Isteri Fizo hamil, umur Khaleeda baru 7 bulan. Maryam bakal punya dua adik. Tahniah diucapkabn buat Fizo Omar dan isteri kesayangan Fazeera Nazri.
Soal dapat anak adalah ketentuan Allah. Rezeki anak telah ditentukan sejak dari awal kejadian kita lagi. Dek kerana itu Fizo dan isterinya, Fazeera bersyukur dikurniakan rezeki hamil anak kedua.
Isteri Fizo Hamil, Umur Khaleeda Baru 7 Bulan
Isteri Fizo baru saja melahirkan anak sulung mereka, Wan Khaleeda yang kini berusia 7 bulan.
Untuk rekod Fizo juga dikurniakan anak bernama Wan Maryam iaitu hasil perkahwinan pertama bersama usahawan, Mawar Karim.
Sememangnya murah rezeki pasangan ini apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata ketiga tidak lama lagi.
Ads
Wan Khaleeda Bakal Jadi Kak Ngah
Pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar telah berkongsi video di Instagram. Pada video tersebut memaparkan dia memeriksa perut anak keduanya, Wan Khaleeda kini berusia tujuh bulan, yang kembung angin.
Tiba-tiba, isterinya, Fazeera yang datang mendekati Fizo dan memaklumkan perutnya juga berasa tidak selesa.
“Ayang (sayang), perut saya tak selesa jugalah,” ungkap Fazeera menerusi video itu.
Ads
“Eh! Menendang. Ini tak ada ubat, kena tunggu sembilan bulan,” jawab Fizo.
Pada masa yang sama Fizo turut menyatakan Wan Khaleeda bakal menjadi ‘kak ngah’, manakala anak sulungnya, Wan Maryam akan mempunyai dua orang adik.
Betapa kata-kata orang dewasa itu, apabila melukakan hati seorang kanak-kanak. ‘Selumbar’nya boleh terbawa-bawa sampai kanak-kanak itu dewasa.
Jadi, awas! Perhatikan dengan apa yang kita sebutkan pada seorang kanak-kanak yang sedang dalam kekusutan fikiran.
Dan ini kisah guru bernama Balqis Huda. Bagaimana ketika di alam kanak-kanak, hatinya pernah terluka dengan tutur kata gurunya yang seolah-olah tidak memahami situasi hidupnya yang susah.
Hari ini, selepas 10 tahun. Bila mana dia menjadi pendidik, kesumat yang disimpan selama itu akhirnya dibalas juga.
Lebih 10 Tahun Aku Simpan Dendam Ini
Ini kisah tentang dendam aku yang sudah terbalas, yang telah aku simpan lebih 10 tahun lamanya.
Tadi masa dalam kelas (Darjah 2) tiba-tiba seorang student datang ke depan dan berbisik kat aku dengan muka runsing,
“Teacher, saya belum beli buku lagi tau. Mak saya kata kalau mak saya dah gaji baru mak saya belikan.”
“Okay takpe takpe, boleh je,” jawabku sambil tersenyum.
Lepas tu dia pun balik ke tempat duduk dengan muka happy and ceria.
Kenapa aku kata dendam? Sebab 13 atau 14 tahun yang lalu, aku pernah cakap benda yang sama persis macam apa yang student aku cakap kat aku tu.
Dulu hidup kami agak susah, tapi guru kelas aku yang juga guru penasihat Puteri Islam tak habis-habis paksa aku untuk beli buku log Puteri Islam yang berharga RM9. Korang jangan sembang ‘RM9 je’, orang punya susah jangan pernah kau buat main. Buku log, yang bagi aku, kalau guna buku biasa pun takde masalah.
Tapi cikgu ni, tidak. Dia memilih untuk tekan aku, despite knowing how hard our family was trying to survive life.
RM9 Pun Awak Tak Mampu?
Aku masih ingat lagi ketika itu, hari itu, dan saat itu, dengan sangat jelas. Takkan pernah aku lupa.
Masa tu cikgu tengah tampal kertas di papan kenyataan. Sama seperti yang pelajar aku buat hari ni, aku pergi ke cikgu dan berbisik,
“Cikgu, boleh tak kalau saya tak beli dulu buku log tu? Mak saya kata kalau mak saya dah mampu baru mak saya beli. Mak saya belum mampu lagi.”
Dengan mencebik, cikgu tu cakap,
“RM9 pun tak mampu?”, sambil tangannya terus menampal. Sedikitpun tak memandang ke wajahku.
Akhirnya Aku Berjaya Selamatkan Seorang Anak..
Sumpah hati aku koyak ketika itu. Bukti koyak? Aku masih ingat apa yang cikgu cakap sampai ke hari ini, suaranya, wajahnya, apa yang sedang dilakukannya. Semua sangat jelas.
Hari ni aku puas, sebab terasa dendam aku dah terbalas. Aku dah lama tak terima diperlakukan begitu oleh cikgu, tapi apalah sangat yang seorang anak kecil boleh lakukan.
Jadi, selama lebih 10 tahun aku simpan tekad, apa yang jadi kat aku, takkan jadi kat mana-mana budak lain. Dan hari ini aku puas, sebab aku dah berjaya selamatkan seorang anak, daripada rasa apa yang aku rasakan dulu. Aku puas, sebab apa yang aku nak orang buat kat aku dulu, aku berjaya buat kat anak murid aku sekarang. Sedikit “ok takpe” yang aku perlukan dari cikgu dulu, aku mampu berikan kat anak murid aku sekarang.
Walaupun hanya seorang yang aku mampu tolong hari ini, aku harap satu je; semoga tiada siapa orang dewasa yang menyentuh emosi anak ini, macam mana emosi aku disentuh dulu.
Ingatlah! Anak-anak Akan Ingat Semua Yang Melukakan Hatinya
Kawan, tolong budak-budak bukan hanya dengan wang, bukan hanya dengan makanan, bukan hanya dengan mainan. Your words. Your words. Your words. Kata-kata kau juga beri kesan. Kata-kata kau yang kau boleh lupakan in few mins, budak-budak akan ingat sampai besar. Ambillah aku sebagai contoh paling dekat.
Anak-anak tak hanya ingat tentang lagu apa yang kau dendangkan, atau kisah apa yang kau ceritakan. Mereka akan ingat semua yang melukakan.
And kids, dont deserve to be hurt.
To many more little Balqis out there, I hope you’re doing fine. Dan aku akan terus membantu, walau dengan hanya kata-kata.
MW : Baik guru mahupun mak ayah, berlembutlah dengan kata-katamu. Sebagaimana dalam satu quote indah yang pernah dibaca, ‘Ingatlah bukan petir dan guruh yang menumbuhkan pokok, tapi titisan air hujan itulah yang menyuburkannya.’ Hadamkan.
Hebatnya ujian suami isteri ini. Diuji anak lelakinya, Muhammad Bilal Yusra mengalami kecacatan tempurung kepala atau Holoprosenphaly dan sumbing.
Membuatkan pasangan ini mengambil keputusan berhenti kerja demi menjaga anak keduanya itu. Anak sulung mereka, Nur Khaulah Al-Azwar juga mengalami masalah pendengaran dan tulang belakang.
Setahun lebih berhenti kerja dan fokus menjaga anak sakit, tentunya tidak mudah untuk kedua ibu ayah ini meneruskan survival kehidupan.
Kedatangan Ustaz Ebit Lew, pendakwah bebas yang banyak membantu orang susah sebelum ini tentunya memberi berita gembira buat mereka.
Berhenti Kerja Demi Jaga Anak Sakit
“Sebak rasa ramai Tag saya dekat Tik Tok berita adik Bilal ni. Terus ke Kulim Kedah.. Mak dan ayahnya berhenti kerja menjaga anak ini dah setahun lebih. Kakaknya juga langsung tidak boleh mendengar.
Betapa berat ujian kedua mak ayah ini. Pasti Allah sayang padanya. Semoga kedua mak ayah ini tabah dan kuat..
Saya tanya ada apa-apa rawatan boleh dibuat. Katanya ada 2 jenis sakit begini. 1 boleh di buat pembedahan. Yang ni tak boleh. Diterangkan ayahnya.
Dua jam sekali menyusu melalui straw terus ke perutnya. Dengar Bilal merengek masa minum susu macam baby lain. Bila susu terlambat atau tak sabar nak menyusu. Saiz badan sama baby lain.
Allahuakbar. Jika ada apa-apa rawatan pakar boleh dibuat teringin nak bantu adik ni.
Beri sedikit sumbangan dan berdoa bersama. Kata ayahnya ya Allah ustaz banyak ni. Takdelah adik sedikit je. Semoga Allah sembuhkan dan beri keajaiban buat Bilal. Buat mak ayahnya Allah beri ketabahan dan kekuatan.
Katanya mereka bertuah dapat jumpa saya. Taklah. Sebenarnya saya sangat bertuah dapat berjumpa adik Bilal dan mak ayahnya yang sedang diuji tanda sangat disayangi Allah. Ya Allah berilah kekuatan dan bantulah keluarga ini.
Mingguan Wanita :Semoga urusan keluarga ini menjaga Bilal dan anak sulungnya dipermudahkan.
Menerusi perkongsiannya tiga hari lalu, Aepul Rozz yang juga suami kepada pelakon Leez Rosli (Leez AF), memaklumkan disahkan positif selepas melakukan ujian calitan kali kedua.
Terbaru Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 33 yang juga vokalis kumpulan Drama Band memaklumkan anak sulungnya, Nur Saffiya Alisha, 5, juga dijangkiti virus itu.
Aepul & Anak Jalani Kuarantin Bersama
Alisha sebelum itu mengalami simptom demam panas dan telah menjalani ujian calitan dan disahkan positif.
Menerusi perkongsian menerusi Insta Story miliknya, Aepul sempat memohon maaf kepada anaknya dan menjalani kuarantin bersama puteri sulungnya itu.
Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram Story miliknya sebelum ini, Aepul memaklumkan disahkan positif selepas melakukan ujian calitan kali kedua.
“Dukacita dimaklumkan, ujian calitan kali kedua membawa keputusan positif. Leez Rosli (isteri) negatif,” ujar Aepul.
Untuk makluman, Leez kini sedang sarat mengandung anak kedua.