Isteri Fail Cerai Selepas 34 Tahun Hidup Bersama?,“Berat Buat Keputusan Ini Tapi Hati Perempuan…”

Share

Isteri ND Lala fail cerai selepas 34 tahun hidup bersama?, berat buat keputusan ini tapi hati perempuan. Bukan tidak sayang tapi hati terluka. Lebih terluka bila mana suami yang dipercayai bertindak menikah satu lagi yang madu itu seusia dengan anak sendiri.

Dalam keadaan ramai masih memperkatakan tentang tindakan penyanyi Datuk Nd Lala bernikah lagi dengan rakan sekolah anaknya seperti didedahkan oleh isterinya di Instagram, kali ini Datin Fauziah membuat lebih kejutan.

Isteri Fail Cerai Selepas 34 Tahun Hidup Bersama?

34 tahun hidup  bersama, hari ini dirinya pergi ke Mahkamah Rendah Syariah kerana mahu memfailkan perceraian.

Memetik laporan Harian Metro, isteri pelakon dan penyanyi era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, di sini, hari ini kerana mahu memfailkan perceraian.

Fauziah Sarman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, di sini, hari ini kerana mahu memfailkan perceraian.

Fauziah ketika ditemui dan ditanya mengenai dakwaan suaminya bernikah lagi satu dengan wanita dikenali Siti Munirah Abd Ghani seperti dikongsikan di Instagram berkata, dia tidak tahu bila ia berlaku.

“Tak tahu. Lebih baik tanya pada abang ND sendiri. Dia yang tahu,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– ND Lala Berjodoh Dengan Rakan Sekolah Anak, Isteri Pertama Dedah Wajah Madu

Benda Kecil Pun Nak Marah, Sila Berhati-hati Itu Tandanya Anda Alami Sihir Pelalau

“Cinta Itu Mahal & Hanya Untuk Allah Sahaja” Zarina Zainuddin Kongsi Kisah Hidup Bermadu

Sanggup Nikah Ekspres Untuk Bermadu, Jangan Sampai Lelaki Ambil Kesempatan

Sebelum itu, Fauziah hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Seksyen 16, di sini, bersama adik perempuannya, Effi bagi urusan berkenaan, namun diminta ke mahkamah untuk berbuat demikian.

Kelmarin dan hari ini, Fauziah memuat naik gambar wanita terbabit dengan meletakkan keterangan gambar wanita itu adalah isteri suaminya.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa dia berbuat begitu, Fauziah menjawab tidak tahu.

“Entahlah, tak boleh nak cakap,” katanya dalam nada sebak dan mengesat air mata.

“Berat Buat Keputusan Ini Tapi Hati Perempuan…”

Sementara itu, Effi yang menemaninya berkata, bukan mudah untuk kakaknya membuat keputusan permohonan cerai itu memandangkan usia perkahwinan yang sudah lama dibina dan rasa sayang di hati.

“Usia perkahwinan mereka 34 tahun. Sayang mesti sayang dengan rumah tangga yang dah lama. Tapi, itulah keadaan mungkin, kita tak tahu kan macam mana. Doakan yang baik-baik saja.

“Saya dan kakak ada di sini hari ini secara tiba-tiba. Kakak saya pun sebenarnya berat nak buat keputusan macam ini. Tapi, itulah hati perempuan kan,” katanya.

Fauziah yang hadir mengenakan jubah berwarna hijau gelap kelihatan sugul, namun tetap tersenyum dan lebih banyak berdiam diri.

Terdahulu, Fauziah mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis penyondol Instagram miliknya

Pada hantaran sama yang dikemas kini semula hari ini, dia memuat naik foto wanita terbabit dengan keterangan gambar ditulis, ‘Isteri Dato’ ND Lala…Datin Siti Munirah Abd Ghani’.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai ND Lala bernikah lagi satu selama ini.

Sebelum ini, bapa kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Difahamkan Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, di sini, dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu terutama keluarga.

Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bukan senang melupakan bila suami  cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita. 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros