Isteri Duduk Rumah Bukan Goyang Kaki, Sebenarnya Kerja Dia Tak Pernah Habis

Share

Hebatnya bagi mak-mak yang memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Dia sentiasa ada menjaga rumah, menguruskan anak dan keluarga. Boleh dikatakan kerja-kerja rumah difokuskan sepenuhnya.

Malah, ada orang mengatakan hidup seorang suri rumah tangga cukup mudah, tak perlu fikir pasal kerja atau stres. Kalau stres pun mungkin dengan melayan anak-anak yang semakin banyak akal.

Hakikatnya, suri rumah ini kerjanya memang tak pernah habis. 24 jam menguruskan rumah tangga. Bayangkan. Waktu pagi, menyediakan sarapan untuk keluarga, mengemas rumah, menyediakan hidangan tengah hari dan malamnya mungkin melipat baju, uruskan anak-anak dan banyak lagi. Memang tak pernah habis.

Jangan ingat, suri rumah hanya goyang kaki, banyak masa untuk rileks dan sebagainya. Sampai mengatakan suri rumah hanya menghabiskan duit suami semata-mata. Tak perlu perli atau iri hati. Semua itu pilihan masing-masing dan ujiannya tetap berbeza.

Perkongsian Insyirah Soleha ini ada benarnya. Kita tak perlu bandingkan atau perli suri ruamh tangga hanya kerana dia ‘bekerja’ di rumah. Masing-masing telah ditetapkan rezekinya.

Baca Artikel Lain Di Sini: Surirumah Sekarang Jauh Beza, Usah Bandingkan Dengan Cara Kehidupan Dulu

Berbanggalah Jadi Suri Rumah, JANGAN MALU Kerana Ia Kerjaya Paling Mencabar!

Info Lebih Menarik DI SINI

Bukan Bebankan Suami

Nak ajak ibu-ibu sur irumah berniaga atas talian tak salah cuma gunalah perkataan yang baik, bukan ayat yang buat ibu rasa tak berguna sebab tak membantu menyumbang ekonomi dalam keluarga.

Ramai orang pandang suri rumah sebagai orang yang membebankan suami, sedangkan seorang isteri yang bekerja mahupun tidak tetap memberi kebaikan kepada keluarga.

Ada suami yang menetapkan syarat beristerikan wanita bekerjaya supaya sama-sama beri kebaikan pada masyarakat.

Sesetengah lelaki yang menetapkan syarat kepada bakal isteri, mahu wanita tidak bekerja supaya boleh uruskan rumah tangga dengan baik.

Dua-dua pun tak salah kalau orang luar tidak campur tangan, bekerja atau tidak, mungkin ianya fardhu ain untuk wanita, boleh jadi juga ia fardhu kifayah untuk isteri bekerjaya.

Tanpa Prejudis

Sokong kedua pilihan tanpa prejudis.
Ibu memilih duduk di rumah, usahlah perli-perli habiskan duit suami dan paksa untuk meniaga atas talian dari duduk rumah goyang kaki.

Ada ibu, anaknya ramai tetapi semua boleh teratur termasuklah emosi ibu kerana suami yang sangat supportive. Maka ibu boleh meniaga dengan cemerlang walau hanya dari rumah.

Sesetengah ibu, anak baru seorang tetapi high demand. Tak boleh tinggal walau sekejap, sentiasa perlu perhatian. Ada yang punya anak super aktif, tinggal 1 minit maka ada projek mega yang dibuat. Sekejap hilang tanpa suara, bila jumpa anak kecil dah tuang satu jug air yang siap bancuh untuk sambut suami pulang dari kerja.

Baru nak berdandan untuk suami, tengok anak dah bersorak berjaya pecahkan telur-telur atas lantai sambil senyum paling comel.

Setiap orang, ada ujiannya.
Tiap hidup, ada likunya.

Kita cuma boleh beri semangat dan galakan tapi elakkan sampai menjatuhkan orang yang tak mampu terbang tinggi seperti yang diharapkan. Sokongan yang kita terima tak sama dengan cabaran yang orang lain hadapi, maka bicaralah dengan rendah hati.

Ummu Amir.

MW: Tak perlu nak bandingkan isteri bekerja atau suri rumah. Bila bergelar isteri, tugasnya tetap sama. Uruskan keluarga dan masa yang sama membantu pasangan untuk meringan beban.

Sumber: Insyirah Soleha

Published by
Nora