Sungguhlah.. perkahwinan itu sebenarnya untuk apa? Isteri itu untuk apa? Sebagai peneman hidup, atau orang gaji yang boleh disuruh-suruh bila-bila masa. Penat isteri tak pernah suami nak hadam, siap dituduh mengada-ngada pula.
Membaca catatan BroOhsem, Akhtar Syamir ini banyak benarnya. Tolong lah wahai suami, fikirlah sedalamnya anda mengahwini isteri anda untuk apa.
Isteri Untuk Jadi Orang Gaji
“Sudikah kau menjadi orang gajiku?”
Saya bagi situasi. Anda fikirkan logik dia. Dikongsi dari pm.
Suami jarang bagi nafkah. Bila bagi, selalu minta balik. RM10, RM10, RM20. Nampak kecil tapi bila kerap, nafkah yang diberi tu umpama dipulangkan semula dah. Duit yang diberi kena sentiasa ada apabila diminta.
Isteri dimarahi guna duit dekat pakaian dan keperluan lain. Duit barang dapur habis beli barang dapur pun dipersoalkan kenapa habiskan.
Isteri buat bisnes kecil-kecilan. Duit keuntungan yang sedikit tu pun selagi tak habis, dia akan minta sedikit demi sedikit. Apabila duit berkurangan, isteri dipersalahkan. Salah isteri kerana tak pandai menyimpan.
Ads
Penjagaan diri isteri semakin terabai. Beli barang-barang kecantikan, dikatakan membazir.
Isteri pergi kelas bisnes untuk tambah ilmu dan terpaksa hantar anak-anak ke rumah mak kerana suami sibuk bermain game, tak boleh diharapkan untuk jaga. Ini pula dikatakan lebih mementingkan bisnes dari anak-anak. Anak-anak terabai katanya.
Tiada Peluk Cium, Katanya Zaman Itu Dah Berlalu
Game sudah menguasai diri. Balik kerja game. Masa dengan isteri, masa dengan anak dah tiada. Tidur lewat, bangun lewat. Merungut tekanan tempat kerja.
Bila isteri tidak sihat pun dimarahi kerana tiada siapa yang nak uruskan anak dan buat kerja rumah.
Isteri rindu nak peluk suami macam dulu. Nak berbual-bual dan bermanja. Tiada langsung masa berbicara, berbincang. Suami cakap zaman tu dah berlalu.
Ads
Isteri tertekan. Emosi tidak terjaga dan tidak dipedulikan. Kadang-kadang terlepas kemarahan kepada anak dan menangis menyesal selepas anak dimarahi dan dipukul.
Suaminya harapkan isteri yang kemas teratur bila dia balik kerja. Anak-anak makan elok-elok tak main-main, tak sepahkan barang. Rumah perlu sentiasa kemas tiada kotor satu pon bila dia balik. Isteri tak boleh sakit kalau boleh. Malah, isteri tak boleh mengadu penat.
Isteri Jadi Orang Gaji Selepas Berkahwin
Serabut? Ini realiti para isteri sekarang. Jangan cakap benda sebegini tak berlaku. Saya banyak terima pm macam ni.
Kesimpulannya. Isteri ditukar menjadi orang gaji selepas berkahwin.
Ads
Suami : Cari rezeki, main game, rehat. Emosi isteri kena jaga. Masa perlu dihormati. Isteri : Cari rezeki, uruskan rumah, uruskan suami, uruskan anak. Emosi tak perlu jaga. Itu semua memang tanggungjawab seorang isteri. Masa isteri perlu dihabiskan untuk keluarga.
Berubahlah. Jangan aniaya isteri sendiri. Jangan tukar orang yang anda cintai menjadi orang gaji. Sekurang-kurangnya orang gaji pun akan dapat gaji. Tapi isteri jadi lebih teruk dari itu.
Fikir semula anda nak kahwin untuk apa? Untuk ada teman seumur hidup atau untuk ada orang gaji seumur hidup?
Kepada isteri yang di dalam keadaan sebegini. Anda perlu lebih tegas. Suami perlu tahu apa yang bakal dia hadapi dan hilang jika anda tiada lagi. Kadang-kadang orang tidak sedar sampailah masa bila dia kehilangan segala-galanya.
Jangan terasa jika anda bukan begini. Ini saya tunjukkan apa yang dilalui isteri yang di dalam perhubungan toksik begini. Saya tidak pukul rata. Harap faham. Perkongsian ini untuk dijadikan sempadan.
MW : Suami yang membahagiakan hati isteri, dirinya akan bahagia sama. Inilah sifir rumah tangga paling lejen dan terbukti kebenarannya.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi. http://t.me/broohsemfansBroOhsem
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesekali layan gajet atas urusan bisnes tak salah, tetapi janganlah sampai melalaikan sehingga anak-anak terabai. Lagi teruk ada mak ayah yang kononnya nak bahagiakan hati anak-anak tetapi asyik berkepit dengan gajet 24 jam. Betul ke cara kita tu?
Begitulah sedikit perkongsian daripada saudara Ahmad Hisyam Sabrani, kalau boleh sibuk kita biar berpada.
Hadap Gajet Sampai Melalaikan
Kau mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, huffaz quran, orang berjaya, taat mak bapak., pemimpin negara… Tapi hari-hari dalam hidup kau mengadap handphone lebih lama daripada masa kau mengadap anak-anak. Kau senyum depan gajet lebih banyak daripada kau senyum depan anak.
Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kau mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kau terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kau jerkah dia depan orang ramai.
Anak kau demam, kau bawa pergi klinik. Sementara tunggu no.giliran naik, kau layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu takda kawan nak bersembang. Paling kuat pun kau bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kau tak terganggu.
Perangai Mak Ayah Zaman Sekarang
Hari sukan sekolah, anak kau semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kau berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.
Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kau lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian… Kau di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, “Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan” dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kau turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.
Kau letakkan harapan pada masa depan anak kau setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kau letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anakpun melalui “perantaraan” Youtube dan Ipad. Kalau takda gajet, kau pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.
Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kau tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kau nak sedar, setelah kau nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.
Kau adalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kau…
Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya. (HR al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah lafaz al-Bukhari)
Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa-apa yang dipimpinnya. Adakah ia pelihara atau ia sia-siakan, hingga seseorang ditanya tentang keluarganya. (HR an-Nasaa’ie dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik. Ibnu Hajar mensahihkannya)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pernah tinggal rumah flat, lantai simen dan tiada perabot antara detik sukar yang pernah dihadapi Imam Muda Asyraf suatu ketika dahulu. Benarlah, pepatah ada mengatakan disebalik kejayaan seorang suami, pasti berdirinya seorang isteri yang hebat, memberi sokongan tidak berbelah bahagi di kala susah dan senang.
Kejayaan Imam Muda Asyraf pada hari ini rupanya adalah berkat kesabaran isterinya yang pernah mengharungi detik sukar bersama suatu ketika dahulu.
Kisah mereka ini wajar dijadikan contoh buat pasangan suami isteri yang sedang melalui detik sukar dalam kehidupan ketika ini. Percayalah, berkat usaha gigih dan saling menyokong diantara satu sama lain, akan memberikan kebahagiaan dan kesenangan di kemudian hari.
Melalui perkongsian di Facebook page IMAM MUDA Asyraf, beliau berkongsi luahan hati, pengalaman kehidupan susah senang bersama isteri tersayang.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yang serba daif ini menjadi menantu.
“Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh. Saya buat partime sebagai imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri.
“Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung.
Pesanan Seorang Isteri
“Apa yang saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri :
“Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yang barakah…”
“Beliau langsung tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan apa yang saya belikan. Beg tangan dan kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami untuk membeli sesuatu untuk menggembirakan isteri. Tapi si suami tak mampu.
“Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yang terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yang paling bahagia. Detik itulah yang paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.
“Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.
Bersyukurlah Apa Yang Ada
“Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yang turut melalui. Bersyukurlah apa yang ada. Sebelum menangis bila dah tiada.
“Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka di sisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dengan kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.
Semoga Allah mengabadikan bahagia ini hingga ke syurga.”
MW: Semoga perkongsian ini menjadi panduan buat suami isteri dalam melayari bahtera rumahtangga, susah senang bersama.
Ada sesetengah orang, tengok drama dalam tv terus bermimpi nak pasangan romantik macam hero atau heroin yang ditengok. Siap ‘tagged’ bagai, kononnya harap suami atau isteri berubah jadi macam itu. Cuba nilai balik, betul ke istilah romantik boleh diukur macam itu, yang jenis bagi bunga dan buat kejutan yang tak dijangka?
Hmmm… rasanya anda akan dapat jawapan yang tepat dalam perkongsian Doktor Taufiq Razif kali ini. Jom baca, pasangan kita romantik ke tidak!
Banyak sangat saya tengok orang duk kagum dengan Neelofa lah, Janna Nick lah, Fattah Amin lah, Aaron Aziz lah. Kononnya tersangat la romantik bila kat dalam drama TV. Tu yang rating tontonan mencanak naik kalau diorang yang jadi hero dan heroin.
Saya bukan nak kondem siapa siapa. Apatah lagi nak mengecam. Mengecam bukan gaya saya sebenarnya. Cuma saya nak kita tengok balik pasangan kita yang dah sedia ada kat rumah tu. Tu la sebenarnya orang kita kena kagumi dan hargai. Romantik ni sebenarnya bukan cuma dengan kata-kata puitis. Cuba tengok balik pasangan kita. Tak cukup romantik ke?
Romantiknya suami kita bila:
1. Balik dengan berketiak masam hanya kerana berpenat lelah mencari nafkah untuk seisi keluarga.
2. Balik dengan berwajah masam hanya kerana terlewat sampai ke tempat kerja sebab nak hantar anak ke sekolah.
3. Cuba nak bantu kita memasak walaupun tahu dirinya memang tak berbakat.
4. Cuba nak bantu kita lipat baju walaupun dah tahu last sekali kita akan lipat balik baju tu sebab tak puas hati.
5. Cuba buat muka comel walaupun tahu kita tengah dilanda Pre-Menstrual Syndrome ( PMS ).
6. Menegur kita bila berpakaian seksi hanya kerana tak sanggup berkongsi jiwa dan raga kita dengan lelaki lain.
Romantiknya isteri kita bila:
1. Menyambut kita dengan bau susu basi hanya kerana dia asyik menjaga bayi kecil kita sampai melupakan diri sendiri.
2. Membebel panjang dan akhirnya menangis bila kita lambat pulang ke rumah hanya kerana bimbangkan keselamatan kita.
3. Selalu cemburu buta hanya kerana tak mahu kehilangan kita.
4. Minta dibelikan itu dan ini hanya kerana cuba membahagiakan hati sendiri kerana takut mood yang negatif akan membuat suami jauh hati.
5. Cuba diet dengan bermacam produk dan tarian zumba walaupun tahu peluang untuk kembali langsing macam anak dara amatlah tipis hanya kerana nak menyenangkan hati seorang jejaka bernama suami.
Tak cukup romantik lagi ke pasangan kita? Tujuan saya Taufiq Razif buat artikel ni bukan nak cakap semua yang pasangan kita buat ni semuanya betul tapi saya nak kita semua tengok kelebihan yang ada pada pasangan kita masing-masing je. Habis je baca artikel ni terus tatap wajah pasangan yang tengah tidur tu. Cuba ingat balik kenangan manis yang korang dah lalui bersama selama ini.
Jika kenangan tu dah mula pudar, kembali hangatkan balik dengan bercerita nostalgia nostalgia lama dengan si dia. Kalau boleh bawa la si dia ke tempat yang ada memori manis korang tu semula. Jangan cuma merungut dengan pasangan yang dah kurang romantik. Latih dan ajari pasangan kita untuk kembali romantik tau. Itulah ladang amal kita semua.
Saya Taufiq Razif bukan doktor cinta tau! Saya cuma nak kita saling menghargai pasangan masing-masing je. Ramai sangat yang komen dan PM saya tentang hubungan perkahwinan mereka yang dah dihujung tanduk. Saya berharap artikel ni dapat membantu pasangan yang di luar sana untuk mendapat cinta impian mereka. Ada satu tips rumahtangga terhebat yang saya pernah dengar daripada Ustaz Ebit Lew ” Kurangkan menuntut hak diri kita. Lebihkan tunaikan hak si dia. Baru la rumahtangga kekal bahagia “.
NOTA:
Nak lagi best? Bacalah Al Quran dan Hadis setiap hari bersama pasangan dan anak-anak. 5 minit tiap hari pun jadi lah. Amalkan selama seminggu. Cuba la rasakan sendiri kesannya.
Sumber: Doktor Taufiq Razif
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...