Berita

Isteri Ditinggalkan Suami Selepas Derita Kanser Payudara, Tak Mampu Bekerja Sara Dua Anak

Share

Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan membuang sebelah dari payudaranya dua tahun lalu.

Kanser tahap 3 yang dideritainya hampir merebak ke sebelah terpaksa dibuang atas faktor risiko kesihatan selain nasihat dari doktor jika mahu terus kembali sihat. Namun tindakan itu mengakibatkan dirinya diceraikan suami yang malu punyai isteri hanya punya sebelah payudara.

Isteri Ditinggalkan Suami Selepas Derita Kanser Payudara

Di saat seorang isteri sedang bertarung nyawa melawan kanser, mengharapkan adanya sokongan suami ketika dirinya sakit, namun ketika inilah Nor Aniza Ismail, 48 diuji apabila suami bertindak meninggalkan membesarkan dua anak sendirian kerana dirinya tidak suka isteri membuang sebelah payudara.

Tidak hanya diceraikan suami, dirinya turut  berhadapan cabaran apabila sel kansernya dikesan aktif kembali biarpun sudah membuang sebelah payudaranya termasuk menjalani radioterapi dan kimoterapi.

Dia yang sebelum itu diceraikan suami pada 29 Oktober 2024, hanya bergantung kepada jualan nasi lemak yang diletak di kedai-kedai namun selepas kansernya kembali aktif, dirinya mengalami kepayahan untuk menyara dua anaknya, Falisha Auni Az Zahra 7 tahun dan Farisha Aulia Izzatul Nnisa, 9 tahun yang juga seorang anak istimewa mengidap down sindrom.

“Saya tiada pilihan selain meneruskan pembedahan demi kelangsungan hidup. Saya perlu kuat untuk anak-anak, terutama anak saya yang memerlukan perhatian khas tetapi suami saya memilih untuk pergi dan meninggalkan kami tanpa sebarang bantuan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Wanita.

Menurut Aniza, bekas suami meninggalkan dirinya begitu sahaja tanpa sebarang nafkah. Dirinya pernah membuat tuntutan di mahkamah syariah menuntut RM500 sebulan buat dua anaknya tetapi bekas suami yang juga seorang pemuzik tidak mengendahkan tuntutan tersebut.

Tambahnya, dirinya ada menerima bantuan zakat bayaran sewa rumah dan anak istimewanya menerima bantuan dari JKM. Memandangkan kesukaran dirinya mencari rezeki selepas kansernya kembali aktif, dirinya tidak mampu menyara dua anaknya buat masa ini.

“Jujurnya, dengan kewangan terhad, hanya berharap duit bantuan anak istimewa itu sajalah yang saya jimat-jimatkan.Kalau ikutkan memang sangat susah sampaikan persiapan aidilfitri tidak saya lakukan apa-apa lagi. Sebabnya memang tak mampu dah.

“Buat masa ini, saya perlu berulang alik ke hospital untuk pelbagai ujian selepas kanser ini dikesan datang semula. Ia sangat menyukar saya mencari rezeki buat masa ini. Makan pun ala kadar sahaja mengikat perut,” katanya yang mengakui agak tertekan dengan ujian dilaluinya kini.

Hari ini, ibu dua anak ini diuji dengan kesulitan kewangan juga kesihatan. Jika kita punya niat untuk membantu meringankan bebannya, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank atas namanya, Nor Aniza Ismail di akaun 152108008392. Moga setiap sedekah kita meringankan beban ditanggungnya.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.

“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.

“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros