Isteri tentunya adalah orang yang paling rapat dengan suami selepas disatukan di dalam ikatan perkahwinan. Sebagai pasangan dalam melayari bahtera perkahwinan, pastinya pelbagai onak dan duri akan diharungi sepanjang kehidupan.
Ada pasangan yang saling meletakkan sepenuh kepercayaan pada pasangan masing-masing. Tiada rahsia antara satu sama lain. Malah segala perkara termasuk pin nombor kad bank atau kata laluan handphone juga diketahui pasangan.
Bagi isteri, sekiranya suami tidak membuat sebarang password atau kata laluan di handphone atau kata laluan itu dikongsi dengannya, ia seolah-olah memberi petanda bahawa suami tidak ada apa-apa rahsia yang nak disembunyikan.
Isteri bebas untuk membuka handphonenya bahkan membelek whatsapp atau apa saja yang ada di dalam handphone. Jika begitu, hati isteri akan rasa lebih tenang dan lega. Hilang rasa curiga di hati. Mana taknya, handphone adalah alat yang banyak menyimpan rahsia pemiliknya. Sebab itu, ramai suami (juga isteri) yang tak suka atau tak mahu berkongsi kata laluan handphone mereka dengan pasangan.
Namun, jangan salah sangka pula kalau suami tak mahu kongsi password handphone miliknya. Pasti suami ada pendapatnya yang tersendiri mengapa dia melakukan demikian.
Ada suami yang memang tak suka barang peribadinya disentuh oleh orang lain termasuklah handphone. Bukan pula bermakna dia cuba menyembunyikan sesuatu rahsia tapi itu sifatnya. Malah, dia akan berasakan dirinya dicurigai andai pasangannya memaksa untuk dia berkongsi kata laluan handphonenya.
Biasanya suami jenis ini juga tidak suka ‘mengodek’ handphone milik isterinya. Ini kerana dia menghormati hak dan privacy pasangan. Jadi, nak tak nak, isteri kena terima andai itulah sikap suami.
Lagi artikel menarik di sini:
Dengan Suami Tak Payah Berbasa-Basi, Cakap Direct Baru Dia Faham
Munculnya Orang KETIGA Bila Suami Isteri Tidak Lagi BERFUNGSI Dalam Rumah Tangga
Ikuti Mingguan Wanita di instagram
Tak dinafikan, handphone banyak menyimpan rahsia seseorang. Jadi, secara logiknya, kalau tak ada apa-apa nak dirahsiakan, kenapa nak tetapkan password pada handphone?
Ada yang bagi alasan, tak nak anak-anak guna handhpone kerana segala urusan kerja di dalam handphone. Nanti kalau terjadi apa-apa, susah pula. Okay, itu memang ada betulnya. Tapi takkan tak boleh nak kongsi password dengan isteri? Ha..dalam situasi inilah isteri akan rasa curiga dengan suami.
Ini kerana banyak kes kecurangan yang dibongkarkan apabila isteri atau suami mencari bukti dengan membelek handphone pasangan. Bahkan, kebanyakan yang curang itu memang tidak akan berkongsi password dengan pasangannya kerana tidak mahu rahsianya terbongkar.
Tak dinafikan, bila wujud curiga dalam diri, tentu kita akan cari kesempatan untuk ‘godek’ handphone pasangan kita. Namun, awas. Jangan keterlaluan. Ini kerana, perbuatan ini boleh membuatkan pasangan rasa dirinya tak dihormati haknya.
Yang penting, kena ada rasa percaya antara satu sama lain agar tiap apa yang dilakukan tidak akan menimbulkan ketidakselesaan pada diri pasangan. Untuk pasangan pula, kena sentiasa jujur di antara satu sama lain.