Selalunya kes suami curang sering menjadi perhatian dan dipaparkan. Bagaimanapun tidak kurang juga ada isteri yang curang apabila berhadapan masalah rumah tangga hingga menjadikan alasan itu untuk menjalin hubungan terlarang.
Ini kerana, ada sesetengah wanita yang menjadikan alasan itu untuk mempunyai orang ketiga, malah menganggap ia lebih baik daripada pasangan.
Perunding motivasi, Fadzli Aziz, berkata beliau mengakui ketika ini banyak berhadapan dengan kes isteri curang, isteri mempunyai orang ketiga, malah sehingga kes isteri berzina.
Artikel lain: Suami Curang Lebih Cepat Mati, Boleh Tingkatkan Risiko Serangan Sakit Jantung
Isteri Curang Bila Ada Masalah Dengan Suami
Katanya, mereka turut memberi alasan tindakan curang itu kerana mempunyai masalah dengan pasangan.
“Sebenarnya jika ada masalah dalam rumah tangga, cari usaha atau jalan untuk selesaikan dan jika memang tiada jalan, maka pilihlah untuk berpisah bukan dengan jalan curang.
“Sebabnya jika seorang wanita membuka hati kepada lelaki lain ketika masih lagi bergelar isteri orang adalah sesuatu yang sangat bahaya malah berdosa,” katanya.
Beliau yang juga bekas anggota kumpulan nasyid UNIC berkata, jika masih mahu bersama dengan lelaki lain, perlu tunggu sehingga sudah berpisah dengan suami.
Artikel lain: Wanita Dominan Cenderung Jadi Isteri Curang Dan Derhaka?
Namun katanya, sebelum memilih untuk bercerai, cuba sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangga terlebih dahulu.
“Jangan sesekali membuka hati dan peluang kepada orang ketiga kerana mereka boleh merosakkan rumah tangga dan wanita itu sendiri.
“Kadang-kadang wanita merasakan orang ketiga lebih baik daripada pasangannya dan ini kerana dia masih belum berkahwin dengan mereka.
“Kebaikan yang wanita itu nampak pada orang ketiga itu adalah sebahagian kecil kebaikan yang mungkin tiada pada pasangannya kerana ketika itu dia hanya nampak keburukan suaminya sahaja,” katanya dalam ciapan di TikTok berkaitan kes wanita curang apabila ada masalah dengan suami.
Itu Bukan Alasan Jalin Hubungan Terlarang
Justeru, seharusnya jangan curang, sebaliknya ingat semula segala kebaikan yang suami pernah lakukan kepadanya.
Artikel berkaitan: Pasangan Curang Susah Nak Diheret Ke Mahkamah, Peguam Ini Terangkan Penyebabnya
Selain itu katanya, imbas semula kenapa dia memilih untuk berkahwin dengan suaminya dan sudah pasti kerana seorang yang baik.
“Tetapi sekarang mungkin wanita itu tidak dapat menikmati kebaikan kerana terlalu fokus kepada keburukan pasangan.
“Hingga kadang-kadang, apabila masing-masing sudah berpisah baru nampak kebaikan pasangan mereka,” katanya.
Fadzli berkata, orang ketiga memang akan sentiasa menunjukkan kebaikan sahaja tetapi itu tidak bermakna mereka benar-benar baik.
Baca lagi: Che Ta Tak Salahkan Penyondol 100 Peratus Kes Curang Kalau Suami Sendiri Tak Gatal, Mesti Tak Jadi
Jika orang ketiga betul ikhlas dan baik, dia sendiri tidak akan sama sekali cuba untuk merosakkan rumah tangga orang lain.
“Jika dia benar-benar baik dan menghormati wanita, dia tidak akan sama sekali bercinta dengan isteri orang sekali gus merosakkan rumah tangga orang.
“Tetapi bagi yang masih sanggup berbuat demikian, terbukti mereka tidak menghormati wanita berkenaan malah lebih mementingkan keperluan diri sendiri.
“Saya pasti ini bukan faktor dan ciri baik wanita mahukan sebagai pasangan,” katanya.
Setiap pasangan perlu memastikan rumah tangga sentiasa harmoni dan berusaha membaiki masalah dihadapi.
Sumber: Berita Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI