Inilah dilema orang dah kahwin, suami suka keluar malam tetapi tak pernah faham kenapa isteri halang dan berkira budaya melepak dengan kawan sampai ke pagi.
Eh, tak salah nak keluar malam tetapi encik suami kenalah faham beberapa perkara ini dulu. Meh, jemput baca pandangan dan tip daripada Puan Wana Abas Shafurah Abas ini…
Saya kerap juga menaiki grab atau uber.
Beberapa bulan lepas saya menaiki uber untuk perjalanan agak jauh. Waktu jem pulak tu. Kebetulan saya dapat driver yang rajin berbual. Muda lagi orangnya. Lepas hampir 15 minit bercerita, sekali terkeluar cerita yang isterinya bekerja.
“Ko dah kahwin ke dik? Nampak muda lagi.”
“Saya baru kahwin 8 bulan akak. Saya umur 25. Isteri saya umur 23. Tapi saya rasa nak bercerai la.”
Terkejut saya “ko biar benar. Baru lagi kahwin dah nak bercerai”
“Saya tak tahan dengan perangai isteri saya kak. Dia tak bagi saya keluar dengan kawan-kawan. Saya malam-malam nak lah lepak ngan kawan.
Ada sekali tu dia tanya saya kat mana. Terus dia datang tempat saya lepak tu. Stress saya.”
Saya dengar terus jadi kesian.
“Ko nak tak akak share tips macamana nak keluar lepak malam tanpa isteri marah?”
“Serius ke kak. Camane?”
Tetiba rasa cam kaunselor pulak.
“Ko buat 3 mende ni. Sure isteri ko tak kisah ko lepak dengan kawan kawan malam malam.”
“Pertama sebelum ko keluar make sure ko dah siapkan makanan untuk isteri ko makan. Dah berbual dengan dia. Kalau ada anak nanti make sure anak dah makan, dah mandi, dah cebuk berak. Jangan ko keluar jumpa kawan kawan isteri tunggang terbalik urus anak masak suap anak makan.
Kedua ko tunaikan hak ko dengan tuhan. Pergilah solat kat masjid. Dapat seminggu sekali pun bagus. Bawa isteri ko sekali ajak dengar ceramah. Kalau ada anak nanti ko pastikan anak solat mengaji. Semak bacaan anak solat. Baca alQuran ke. Seminggu 1 muka surat pun takpe. Ni setahun 1 mukasurat manala bini ko nak confident ngan ko.
Last sekali lepas balik lepak make sure bangun subuh dan belikan siapkan makanan untuk isteri. Pastu pukul 8 ko sambunglah tidur. Ni tidak, dah la balik lambat, subuh tidak. Siap terbongkang sampai zohor. Mana isteri ko tak marah.”
“Betul juga tu. suami akak buat ke semua tu?”
Dia tanya balik.
“Buatlah dik. Sebab tu akak tahu dan ok dia keluar. Melainkan anak sakit barulah akak bising. Ni rahsia besar. Akak bagitau sebab kesian kat ko muda muda nak bercerai.”
Sedang elok pula kereta sampai kat rumah.
“Tq akak. Saya suka tips ke 3. Saya cuba akak. Rezeki saya jumpa akak”
“Syaitan memang suka tengok suami isteri bercerai. Selagi boleh cuba bertahan. Tak boleh nak buat maca mana” sempat sound sebelum keluar kereta.
Tetiba rasa lupa nak pesan.
“Last sekali dik, kalau ada kawan ko yang perli perli ko kalau berbuat baik kat anak isteri pastu sibuk kempen ko kawin lain sedangkan tak pernah ajak ko buat perkara baik. Ko hati hati dik. Ni namanya kawan kawan membawa ke neraka.”