Isteri Cikgu Din meninggal dunia, perjuangan duka lara melawan kanser berakhir. Pengorbanan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Din yang sanggup berulang alik dari Sarawak ke Kota Bharu setiap dua minggu sekitar Oktober lalu mengundang simpati ramai.
Cikgu Din atau nama sebenarnya, Mohamad Izzudin Izhar yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Wok, Kanowit, Sarawak sanggup berulang alik demi bersama isterinya, Nur Atiqay My Yusoff yang ketika itu sedang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat dan memerlukan penjagaan rapi.
Namun kerana tugasan selain kesukaran bertukar penempatan mengajar membuatkan kesnya menjadi viral hingga mendapat perhatian dari Menteri Pendidikan, YB Fadlina Sidek yang memaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan penempatan sementara buat Cikgu Din ke Semenanjung bagi memberi ruang untuk Cikgu Din menjaga isterinya.
Namun perjuangan Nur Atiqay melawan kanser berakhir semalam apabila telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.
Perkhabaran duka itu dikongsikan Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar, 34, menerusi perkongsiannya di aplikasi WhatsApp. Jenazahnya akan dimandikan di Masjid Putra Taman Desa SBJ Putra Pasir Pekan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Tumpat, Kelantan.
“Isteri saya telah menghembuskan nafas yang terakhir jam 9 (malam) tadi… saya mohon maaf kalau isteri saya ada salah silap, dan kalau ada hutang (Allahyarham) mohon beritahu saya,” kongsi Cikgu Din ringkas.
Pada Oktober lalu, menerusi perkongsian warganet di Facebook, Cikgu Din dibelenggu resah dan harapan untuk bertukar ke Semenanjung demi isterinya, Nur Atiqah My Yusoff yang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat.
Guru yang bertugas di Sarawak itu juga dilaporkan sanggup berulang-alik dari Sarawak ke Kota Bharu, Kelantan setiap dua minggu untuk menemani isteri, dan membuat permohonan pertukaran apabila keadaan isteri semakin memburuk.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :–Calon Suami Panas Baran, Wanita Tinggalkan Terus, Jangan Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga
Isteri Kena Dera Suami Meninggal Dunia, Jiran Dedah Pasangan Kerap Bergaduh
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE