Kerja rumah memang tak pernah habis. Ada saja yang perlu mak-mak buat. Kadang-kadang,
mak-mak akan buat sampai luar kemampuan. Itulah yang membuatkan mak mula cepat penat dan mula rasa nak marah.
Bila dah penat, masa brehat pula diganggu dengan anak-anak, mahunya tak ‘meletop’ mak-mak. Anaklah yang menjadi mangsa kemarahan kita. Kadang-kadang, kita tak berniat pun tapi sebab terlalu penat dan suami pula tidak ambil tahu tentang apa yang isteri lakukan.
Menguruskan kerja rumah yang tak pernah habis. Begitulah sikap mak-mak, kalau boleh dia ingin selesaikan kerja rumah dengan sebaik mungkin dan langsung tidak fikirkan tentang kesihatan dan kemapuan diri.
Sepatutnya, mak-mak kena rehat dan jangan paksa diri buat kerja rumah luar kemampuan. Bila terjadi seperti ini, badan tidak mampu menerima, penat dan ‘pantang’ anak buat silap sedikit, mulalah amarah itu keluar.
Inilah antara perkongsian oleh Hanis Athirah Rusli yang perlu mak-mak tahu. Jika berlaku keadaan ini, jangan pendam dan minta bantuan suami.Tidak salah pun, sekurangnya dapat meringankan beban mak-mak.
Bila jadi mak ni kadang-kadang marah tanpa kita sedar kan? Bila sudah lepaskan kemarahan barulah menyesal. Malam-malam masa anak tidur kucup dahi anak sambil minta maaf dekat mereka. Tapi akan datang tetap buat lagi kan?
Selalu kita idamkan esok nak berubah nak jadi ibu yang fun dengan anak-anak, tapi realiti bila tiba hari esok, kita tetap sama, tetap marah, kecewa dan penat.
Ramai ibu yang struggle dengan parenting anger ni. Tapi serius bagitau, bila kita pemarah bukan bermaksud kita ni bad mom. Cuma kita sedang berada dalam parenting trenches. Dalam sangat sangat sehinggalah kita perlu korek semula diri kita yang tengelam ke dasar ni supaya timbul ke atas. Tapi bagaimana?
Ads
Buat Kerja Untuk Semua
Know Your Triggers
Tahu perkara apa yang membuatkan api kemarahan kita tercetus dan cuba atasi. Macam saya, saya selalu rasakan terlalu buat banyak perkara untuk semua. Sehinggalah saya penat.
Bila penat memang mudahlah api kemarahan meletus dan larva kemarahan ini mengalir dekat anak-anak sebab mereka yang paling hampir dengan saya.
Jadi saya berbincang dengan suami, mula minta bantuan beliau apa yang saya tidak mampu buat. Dengan orang lelaki ni kita kena berterus terang je, tak perlu pusing sana, pusing sini.
Ads
Sebab mereka ni sangat sukar untuk memahami apa yang cuba kita nak sampaikan melalui raut wajah, nada suara mahupun eksperesi. Terus luahkan kepada suami tahap kepenatan kita dan minta bantuan mereka. Insya Allah suami yang baik akan tolong pelihara mental isteri dan hulurkan bantuan.
Selain itu, saya utamakan priority pekerjaan atau aktiviti apa yang paling penting untuk dibuat. Sebab sebelum ini saya ingat diri ini boleh multi tasking, paksa diri sehingga penat dan lepas tu tiada masa untuk diri sendiri.
Bagi setiap ibu trigger kemarahan kita berbeza. Tapi cubalah kenal pasti dan fikir alternatif untuk atasi. Insya Allah kita dapat mengawal kemarahan kita dan lebih happy bersama anak-anak.
#tipsparentinghanis
MW: Paling penting, jangan paksa diri dan tak salah pun minta bantuan suami tolong apa yang patut. Kadang-kadang suami ni kena bagitau baru dia buat. Betul tak?
Syukur pada Allah apabila dikurniakan suami yang dulukan mak, ayahnya. Namun jangan sampai abaikan keperluan isteri dan anak-anak. Jika berkemampuan tidak menjadi masalah.
Namun bagi ayah di luar sana yang cukup untuk keperluan suami, isteri serta anak-anak adalah lebih baik utamakan nafkah mengikut urutan yang telah dituntut agama. Nampak macam mudah, tapi besar tanggungjawab seorang suami ini.
Ikuti perkongsian Razzaaq Ajaq ini dan hadam baik-baik iya :
Dilema seorang isteri apabila suami utamakan nafkah ibu, bapa berbanding isteri dan anak.
Mungkin kisah ini boleh dijadikan panduan untuk kita. Luahan seorang isteri tentang nafkah.
Kisah ini bukanlah disebabkan suami tak beri nafkah tapi keutamaan nafkah tersebut yang tidak mengikut urutan.
Di sini kita nampak menjadi seorang suami bukanlah tanggungjawab yang ringan.
Tidak dinafikan anak wajib mentaati ibu bapa. Namun, suami perlu ada pendirian untuk elakkan salah faham antara ahli keluarga.
Bukan Dahulukan Mak, Ayah
Apabila bercerita tentang nafkah, ada yang ingat suami perlu dahulukan ibu bapanya dulu.
Namun, urutan yang betul ialah wajib suami utamakan diri, isteri dan anak-anak sebelum ibu bapanya.
Melainkan situasi di mana ibu bapanya tidak berkemampuan untuk membeli keperluan asas.
Walaupun nampak mudah tapi inilah situasi yang dilalui ramai isteri. Terasa dengan keluarga mertua.
Syukur apabila ada suami mendahulukan ibu bapanya namun jangan sampai mengabaikan keperluan isteri dan anak-anak.
MW: Jika mak, ayah tidak berkemampuan serta wajib dibantu sememangnya tidak menjadi masalah. Baik isteri atau suami berbincanglah dengan baik jika timbul perkara tidak puas hati terutamanya bab nafkah ini. Jangan sampai ada yang terasa terabai dan berkecil hati ya.
Tak salah berkawan, tapi jangan sampai abaikan perasaan perasaan isteri dan anak-anak kerana mereka lebih memerlukan anda. Jangan letakkan kawan lebih utama daripada isteri dan anak-anak hingga mereka rasa kecil hati dan terpinggir.
Ramai suami hari ini dilihat gemar lebihkan kawan-kawan hingga mengabaikan isteri dan anak-anak seolah-olah keluarga tiada lagi kepentingan buat mereka. Hati-hati ya para suami atau ayah, kelak lama-lama anak-anak tidak hairan anda tiada di sisi mereka.
Suami jangan lebihkan kawan daripada isteri dan anak-anak.
Suami sekarang suka lebihkan kawan-kawan daripada isteri dan anak-anak. Malah bagi mereka kawan-kawan adalah segalanya. Konon kawan-kawan boleh bagi mereka segalanya berbanding isteri dan anak-anak.
Yang lebih menyedihkan ada suami yang sanggup habiskan duit untuk kawan-kawannya daripada keperluan isteri dan anak-anak.
Tak Salah Berkawan
Masa mereka dengan isteri dan anak-anak sangat membosankan malah bersama kawan-kawan mereka tidak kisah masa berlalu dari petang hingga awal pagi. Bagi mereka melepak dengan kawan-kawan sangat menyeronokkan.
Wahai para suami, tidak kasihankah anda pada perasaan isteri dan anak-anak anda? mereka juga perlukan anda dan mereka juga ingin meluangkan masa dengan anda.
Lebih-lebih lagi kasihan pada anak-anak yang masih kecil, mereka perlukan ayah untuk mereka bermain. Cuba tengok keadaan mereka bila anda sebagai ayah ada bersama mereka.
Mereka sangat gembira kan? Patutnya anda bersyukur kerana Allah bagi zuriat berbanding dengan orang yang tidak mempunyai anak dan teringin untuk dipanggil ayah.
Memang diakui kawan itu diperlukan, tapi jangan sampai mengabaikan perasaan isteri dan anak-anak anda. Mereka perlukan ruang bersama anda. Jangan lebihkan kawan daripada keluarga anda sendiri.
Rugi rasanya sebagai seorang ayah tidak melalui pengalaman melihat anak-anak membesar di depan mata. Suatu hari jika ditakdirkan anak-anak tidak mempedulikan anda, itu bukan salah mereka tetapi salah anda kerana masa anda bersama mereka tidak dimanfaatkan sebaiknya.
Sebagai ayah dan suami, utamakanlah keluarga anda kerana mereka adalah di bawah tanggungjawab anda. Bukan sahaja memberi wang kepada mereka tetapi masa dan perhatian daripada anda adalah keutamaan mereka.
Jika dengan kawan dari waktu kerja hingga lewat malam boleh anda luangkan, takkan bersama keluarga sendiri anda abaikan. Komunikasi dalam keluarga juga sangat penting bagi mengeratkan lagi kasih sayang.
Kena ingat juga, doa isteri dan anak-anak adalah doakan yang paling mustajab. Jadi jagalah amanah ini dengan sebaiknya serta penuh ikhlas. Mereka tiada siapa selain anda. Kerana bagi mereka andalah hero mereka untuk melindungi mereka dan segalanya.
Ingat ya para suami, rugi jika anda lebih mengutamakan kawan diluar sana daripada keluarga sendiri. Ini juga boleh merosakkan emosi anak-anak anda. Jangan menyesal jika suatu hari mereka abaikan anda.
MW: Sebaiknya, berkawan biar berpada-pada. Utamakan keluarga sebelum kawan-kawan. Berikan ruang dan masa yang lebih buat isteri dan anak-anak sebelum ayah-ayah habiskan masa bersama kawan-kawan. Ingat ya!
‘Tinggalkan diriku’ tanda cinta, Shuib sebak, hiba arwah Sarah seakan tahu apa bakal terjadi, begitulah yang diluahkan oleh pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu yang telah kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos lalu.
Sememangnya pemergiaan arwah Sarah meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup Shuib.
‘Tinggalkan Diriku’ Tanda Cinta, Shuib Sebak
Pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad, 37 itu menyatakan kehilangan arwah isteri meninggalkan rasa sepi, kosong dan bagaikan hilang seluruh jiwanya.
Akui dirinya masih sedih bapa kepada empat orang anak itu mengabadikan sesuatu sebagai tanda cinta dan ingatan buat arwah isteri dan kini tampil melancarkan muzik video single berjudul Tinggalkan Diriku
“Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku.
“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.
“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya yang turut menjelaskan lagu Tinggalkan Diriku dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah hampir tiga tahun lalu.
Turut Masukkan Petikan Rakaman Perbualan Terakhir Dengan Arwah Sarah
Bertambah sayu, Shuib turut memasukkan petikan rakaman perbualan terakhir antara dia dan arwah Siti Sarah.
“Dalam muzik video ini, saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.
“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.
“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” sambungnya.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.