Isteri Cantik Di Luar Tapi SERABAI Di Rumah Sebab Amanah Dan Tanggungjawab

Share

Rasanya setiap isteri dan mak-mak memang tidak cukup tangan bila berada di rumah. Ada sahaja kerja rumah yang perlu dilakukan. Bermula dari pagi, sediakan sarapan dan selepas itu barulah bersiap cantik ke tempat kerja. Bagi suri rumah, lagilah, memang tak memang tangan untuk uruskan rumah tangga. Semua ini adalah tanggungjawab dan amanah yang harus di pikul oleh seorang isteri.

Sebab itulah, kalau suami yang tidak faham mula komplen macam-macam. Katanya isteri serabai dan tak cantik bila di rumah. Tetapi kalau di luar rumah boleh pula dia bersiap cantik. Sedih juga bila suami mula bercakap begitu.

Tapi, hakikatnya, perubahan isteri di rumah dengan cara berpakaian begitu bukan kehendaknya. Sebaliknya, dia lakukan ini kerana tanggungjawab sehingga diri pun diabaikan. Inilah kebenarannya seperti yang diperkatakan dan dikongsi oleh Farizal Radzali.

Rungutan Suami

Duduk rumah pakai baju kelawar, bau bawang, bau minyak angin, rambut serabai macam wan peah, muka pucat macam zombi, tapi bila keluar pergi kenduri, keluar berjalan-jalan, pergi shopping, pergi kerja, jumpa kawan, pandai pulak bergaya pakai cantik dan wangi-wangi.

Itulah yang selalu kita dengar rungutan ini dari pihak lelaki @ suami, kan?

Rata-rata orang sama ada lelaki atau perempuan setuju dengan kenyataan ini kan?

Kenapa Begitu

Tapi pernah tak sesiapa fikir balik kenapa jadi macam tu?

Sebab isteri ini ada banyak tugas kat rumah. Memasak, mengemas, membasuh, mendidik, ada yang sampai bertukang, jadi tukang paip, memanjat, mengangkat, betulkan lampu, semua bidang dia buat. Kalah engineer arkitek semua.

Dapat bayangkan tak kalau isteri tu bergaya feminin, dengan baju kurung berlabuci, bedak seinci, lipstik merah menyala, pipi pinki-pinki. Agaknya semua kerja tu dia boleh buat tak?

Boleh bayangkan tak dia pakai minyak wangi lavender, lepas tu potong bawang, agaknya jadi bau apa? Lawang???

Bayangkan dia pakai lawa-lawa, tudung terletak, kerongsang tersemat, agak-agaknya bila anak dia berak, dengan anak main air, tak lalu duduk diam. Macam mana ke gayanya?

Cuba tengok bila dia nak keluar, dia pakai lawa, wangi, comel je. Sebab dia tahu dia tak payah nak potong bawang, tak payah nak selak lengan baju untuk betulkan sinki yang tersumbat, tak perlu berlarian nak kejar anak-anak kecil, dia tak perlu buat apa yang selalu dia buat kat rumah.

Usah Pertikaikan

Cuba tengok, perempuan ini masa dia belum kahwin, dia lawa saja. Sudah kahwin, dia agak serabai semacam. Lepas tu kalau dah menjanda, lawa pulak. Agak-agaknyalah kan, kenapa masa kahwin saja dia serabai? Kenapa ye?

Nak pertikai boleh, nak komplen boleh, tapi tengok diri sendiri dulu. Amanah dah buat? Tanggungjawab dah langsai?

Yang komplen tu, pernah bayangkan tak? Kalaulah isteri anda keluar rumah dengan rupa yang sama macam dia duduk rumah, rasa-rasnya anda nak bawa dia keluar tak? Malu kan? Jadi dia bergaya untuk keluar, bukan untuk dirinya semata-mata, untuk jaga air muka suaminya juga.

Baca di sini: Usah SALAHKAN ISTERI Bila Tidak Mampu Urus Rumah Tangga. Dia Sebenarnya MENTAL LOAD

Isteri Ada Rutin Uruskan Kerja Rumah, Jangan Memandai Ubah Melainkan Menolong

Lebih lanjut di sini

Isteri Jarang Komplen Tentang Suami

Isteri ni, dia tak terfikir suaminya akan komplen tentang dirinya yang serabai. Sebab isteri ni jarang nak pertikai serabai suami. Perut sudah ke depan, jambang tak bersisir, dengan bau rokok, gigi tak gosok. Tapi isteri terima je. Jadi isteri ni ingat suami pun akan terima serabai si isteri. Mana tau dia komplen pulak.

Bayangkan kalau isteri tu, balik saja kerja duduk rehat tengok tv, sambil main game kat handphone. Anak-anak ada orang tengokkan. Bila lapar, makanan dah terhidang. Pinggan, kain baju ada orang basuhkan. Percayalah, dia akan cantik sebagaimana yang suami suka lihat.

Sebab itu, kalau nak isteri bergaya berhias diri kat rumah, tolonglah buat kerja rumah. Tugas isteri memamg untuk menghias diri untuk suaminya sahaja, bukan buat kerja semua tu. Tapi disebabkan kasih & ehsan, sayang keluarga lebih dari sayang diri sendiri, maka dia abaikan dirinya sendiri.

MW: Serabai bukanlah sehingga sakit mata suami melihatnya. Isteri pun tahu juga nak jaga diri masa kat rumah. Betul tak?

Sumber: Farizal Radzali

Published by
Nora