“Isteri Cakap “SORRY”, Tandanya Dalam Hati Tengah Marah.” Suami Jangan Terlepas Pandang

Share

“Isteri cakap “sorry”, tandanya dalam hati tengah marah.” Suami jangan terlepas pandang bila isteri sedang memendam perasaan.

Memang nampak remeh tapi percayalah urus rumah tangga memenatkan, tak susah jika saling kerjasama antara suami, isteri. Oleh sebab itu kadang-kadang isteri makan hati, bila marah dipendam-pendam kerana terlalu geram.

Memang jika isteri seorang yang menanggung tugas di rumah memang terbeban. Ikuti perkongsian Azlan Noor ini dan fahami sebaiknya apa yang cuba disampaikan:

“Isteri Cakap “SORRY”

Nampak remeh tapi percayalah kerja urus rumah tangga ni SANGAT MEMENATKAN. Tak kena gaya, boleh jadi stress. Ini yang saya alami hingga berlaku perang dingin dengan Surihati.

Satu hari tu, bila sampai rumah, saya tengok pinggan mangkuk bersusun dalam sinki.

“Kenapa tak basuh pinggan ni?”

Soal saya dengan nada tinggi dari biasa. Masa tu Surihati pun tak cakap banyak, dia jawab satu patah perkataan je,
“Sorry.”

Baca Di Sini: Demi ‘Menjaga Hati’ Isteri Sanggup ‘Makan Hati’, Jangan Seksa Diri, Berterus Teranglah!

Tandanya Dalam Hati Tengah Marah

Sepanjang malam tu dia hanya diam saja. Muka tak ada perasaan. Selesai semua tugas, dia terus naik tidur.

Baru saya sedar. Rupanya saya dah buat kesilapan besar.

Dah banyak kali dah jadi. Surihati saya tak menang tangan uruskan rumah tangga. Sebagai isteri dan ibu yang bekerja, penat kerja tak habis lagi, sambung tugas surirumah pulak. Kadang-kadang, tak sempat habis kerja rumah lagi, dia dah tertidur.

Artikel Berkaitan: Suami Anak Manja Mak, Isteri Pula Makan Hati

Suami Jangan Terlepas Pandang

Lama-lama, saya nampak dia tak gembira.

Bila ingat balik perang dingin tu, saya terbayang, boleh jadi bila dia cakap ‘sorry’ tu, bermaksud,

“Tak tahu ke aku penat nak hadap kerja rumah ni seorang diri. Buat tu buat ni. Tak boleh ke sama-sama buat kerja rumah ni?”

Allahu. Sungguh saya terlepas pandang. Ya, basuh pinggan tu tak susah. Tapi urus rumah tangga tu bukan sekadar basuh pinggan.

Lepas kejadian tu, saya cuba bantu mana yang patut. Tak boleh buat semua, saya buat apa yang saya reti.

Selalu kalau pinggan mangkuk, saya ambil tanggungjawab untuk selesaikan. Saya cakap siap-siap,
“Pinggan semua tu tinggalkan. Nanti Papa settlekan.”

Sekali sekala saya akan masak. Saya minta dia rilek-rilek je bersama anak-anak.

Tak susah nak urus rumah tangga kalau masing-masing saling kerjasama.

1. Suami faham dan peka dengan keadaan isteri.
Jangan tunggu isteri minta tolong baru nak tolong. Atau tunggu isteri merajuk dulu. Tolong peka pada keadaan. Mereka tak minta banyak pun. Jangan tahu nak marah, nak kondem saja.

2. Beri pertolongan tanpa di minta.
Kalau nampak ada pinggan mangkuk dalam sinki, tolong basuhkan. Lepas tu, kalau nampak baju dalam mesin basuh belum jemur, tolong ambil penyangkut dan jemurkan.

Kalau nampak ruang tamu bersepah dengan mainan anak-anak, tolong kemaskan dan sapu. Tong sampah dah penuh, tolong buangkan.

Tak Susah Jika Saling Kerjasama

3. Buang ego dan tak berkira.
Tak jatuh pun maruah suami bila buat kerja rumah. Manusia paling mulia Nabi (baca selawat) pun sama-sama dalam bab rumah tangga, apa lagi kita. Jangan berkira.

4. Bahagikan tugas.
Suami isteri yang bijak, mereka dah siap-siap bahagikan tugas masing-masing termasuk anak-anak. Jadi tiap kali masa bertugas, semua dah tahu apa yang perlu dibuat.

5. Kerjasama
Ini paling penting. Sama-sama duduk, sama-sama jaga. Tak adil serah bulat-bulat kepada isteri sahaja. Isteri pun ada had limit juga. Suami la yang kena bantu.

Menarik : Isteri ‘Makan Hati’ Kena Tanggung Keluarga, Suami Pula Lebihkan Keluarga Sendiri

Bertanggungjawab

Betul,
Suami pun penat dengan kerja di pejabat yang tak habis-habis. Tapi rumah kita tu, bukan tanggungjawab isteri seorang. Tanggungjawab bersama.

Bila sama-sama buat, kerja jadi ringan. Kerja jadi cepat. Hati pun senang. Isteri lebih ceria.

Kalau bukan suami gagah perkasa yang perlu bantu isteri, siapa lagi?

Superman?
Andalah Superman itu.

Mingguan Wanita : Isteri bertambah bahagia bila suaminya ringan tulang dan sering membantu. Bersamalah untuk ringankan beban isteri di rumah. Bila isteri cakap sorry, cepat-cepatlah faham wahai suami…

Sumber : Azlan Noor

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat