“Isteri Bukan Robot, Tapi Insan Suci Di Sisi Kita Yang Melahirkan Anak-Anak” Datuk Yusof

Share

“Isteri Bukan Robot, Tapi Insan Suci Di Sisi Kita Yang Melahirkan Anak-Anak” itulah antara luahan dan pesanan Datuk Yusof Haslam sewaktu ditemubual menerusi rancangan Melodi, TV3.

Seperti yang umum ketahui, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan dia sudah bernikah kali kedua dengan gadis pilihannya Ira Kazar. Perkahwinan tersebut berlaku di Thailand. Malah bapa pengantin perempuan, Kazar Saisi sendiri yang menjadi wali perkahwinan tersebut.

“Isteri Bukan Robot”

Jelas kekecewaan terpancar di wajah Datuk Yusof sepanjnang sesi temubual berlangsung. Malah dirinya turut menitipkan nasihat bagaimana rumahtangganya bersama isteri bertahan.

Ini dek kerana dirinya bersikap pemujuk.

Katanya lagi jika isteri merajuk tidak boleh dibiarkan saja, berasingan dan isteri memendam rasa kerana kita manusia tidak sempurna.

“Kalau ada masalah selesaikan dan lebih-lebih lagi sebagai suami dan imam dalam keluarga memang akan ada masalah, terutama membabitkan emosi dan perasaan, apabila isteri merajuk.

“Apabila sudah membuat kesilapan, kita mengaku silap itu. Jangan menyimpan rahsia dan insya Allah rumah tangga akan kekal.

“Kita tidak boleh pentingkan diri dan menganggap isteri kena dengar cakap kita 100 peratus. Isteri bukan robot, tapi insan suci di sisi kita yang melahirkan anak-anak,” katanya.

“Bohonglah, Saya Kata Tak Kecewa”

Air mata yang menitis menggambarkan perasaan Datuk Yusof.

“Bohonglah, saya kata tak kecewa. Tapi perasaan dan luahan hati saya tentulah tidak sama dengan isteri. Ibunya berasa sedih dan mungkin rasa marah sedikit. Saya pun berpesan dengan isteri, kita doakan yang terbaiklah.

“Kalau timbul apa-apa permasalahan selepas ini, saya harap Syamsul akan berikan penjelasan sejelas-jelasnya dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

“Jika ditakdirkan, saya harap tak berlaku sekiranya mereka tiada jodoh, saya harap Syamsul sebagai suami harus menjalankan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak dia. Tanggungjawab suami bukan semata-mata untuk kita bagi duit saja, banyak aspek lagi.

“Saya sebagai seorang ayah sentiasa doakan yang terbaik, itu saja. Saya tak mahu lagi cakap soal kecewalah. Syamsul, saya harap lebih bertanggungjawab kerana kehidupan ini bukan satu perkara yang mudah. Hidup ini satu perjuangan untuk pertahankan rumah tangga, pertahankan isteri.

“Jalankan tanggungjawab suami, bukan sekadar bagi duit semata-mata, tapi tanggungjawab menjaga perasaan masing-masing. Dalam rumah tangga, saya dah berkahwin dengan isteri hampir 40 tahun,” luahnya.

Baca Disini : Ibu Mertua Puteri Sarah Doakan “Semoga Allah Gantikan ‘Ayah’ Yang Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya” 

Puteri Sarah Tak Rasa Menyesal, Mohon “Doakan Benda Terbaik Untuk Saya, Anak-Anak”

Sumber : Melodi 

Sumber Foto : Instagram Puteri Sarah Liyana

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’
Published by
Norhayati Suboh