Isteri bukan orang gaji, lelaki jangan ingat lepas kahwin semua kerja isteri yang kena buat. Dalam masyarakat kita, masih terdapat tanggapan bahawa tugas-tugas rumah tangga adalah tanggungjawab mutlak isteri.
Namun, dalam era moden ini, penting untuk kita memahami bahawa perkahwinan adalah perkongsian yang memerlukan kerjasama kedua-dua belah pihak. Perkahwinan adalah satu perkongsian antara dua individu yang harus saling melengkapi dan menyokong antara satu sama lain.
Suami perlu memahami bahawa isteri bukanlah pembantu rumah, tetapi pasangan hidup yang perlu dihormati dan dibantu. Perkahwinan adalah sebuah perkongsian yang memerlukan komitmen dan kerjasama dari kedua-dua pihak. Dengan bekerjasama dan saling membantu, suami isteri dapat mewujudkan sebuah rumah tangga yang harmoni, bahagia, dan penuh kasih sayang.
Berikut perkongsian Che Puteh Osman
Dari komen, ada lelaki ingat lepas kahwin hidup senang.
Tak payah masak.
Tak payah kemas rumah.
Dapat penjaga mak yang sakit secara percuma.
Dapat penjaga adik-adik kita yang masih kecil
Lagi dahsyat isteri kerja kan, beli sendiri kelengkapan hidup.
Silap haribulan, isteri jadi penjamin, tukang pinjam duit dekat bank.
Lepas itu, kahwin nak mahar semurah mungkin. Kalau boleh kekal 80 ringgit saja.
Silap tu adik, tu bukan isteri, orang gaji kot. Orang gaji pun gaji mahal sekarang, 1500 sebulan. Kalau kahwin 30 tahun, kena darab tu. Orang gaji pun makan free saja dan tidur free saja di rumah kita. Dapat duit poket lagi. ‘Mahar’ nak dapatkan pembantu rumah boleh buat deposit rumah. Punyalah mahal. Alih-alih nak isteri kalau boleh nak free.
Kita nak cari pasangan adik. Percayalah isteri yang beragama ini, dia berihsan. Dia suka sedekah pada keluarga dia. Dia tak kisah pun keluarkan belanja, jaga saudara mara suami dia.
Dia tak kisah, sebabnya suami dia baik. Kalau dia pandai masak, dia memasak, Kalau pandai menjahit dia jahit, kalau pandai bertukang dia bertukang. Dia tak kira aih tu kerja sapa. Dia buat sebab sayang.
Selalu isteri merungut ini, memang tahap dijadikan orang gaji. Sebelum nak isteri kita berihsan, kita sebagai ketua keluarga kena berihsan dulu. Isteri ini taraf dia makmum saja, dia ikut kelaku suami dia.
Kalau suami kaki kikis, pantang nama emas nak gadai, isteri pun jadi kedekut dan berkira.
Suami kalau sedar itu tanggungjawab dia, dan sentiasa sayang dan menghargai isteri yang berihsan, isteri tak berkira aih. Katup rapat aib suami dia.
Kadang ada suami baik, isteri kelaku tak baik. Ada isteri baik, kelaku tak baik. Memang dugaan. Pilihlah pasangan yang sesuai untuk diri kita. Sesuai untuk kita tak semestinya sesuai untuk orang lain.
Sumber: Che Puteh Osman
Baca artikel lain juga: Suami Isteri Nak Rumah Tangga Harmoni, Lebihkan Memberi Berbanding Menerima
Suami Isteri Bila Makin Lama Hidup Bersama, Banyaklah Kelemahan Terserlah, Cara Atasi, Ubahlah Fokus
Suami Isteri Amalkan Makan Bersuap, Hubungan Makin Intim, Rumah Tangga Bahagia
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.