Berapa ramai isteri yang sedar, dalam tempoh perkahwinan dia boleh menuntut bayaran nafkah dari suaminya. Jika anda sebahagian darinya, anda isteri yang berilmu.
Bagi yang belum jelas, mohon baca agar tidak terus menjadi mangsa aniaya suami yang culas tanggungjawab.
Perkongsian Peguam Syarie, Mohd Azlin Bin Mohamad Razali dalam Perunding Keluarga Islam menjelaskan seorang isteri itu berhak menuntut nafkah daripada suaminya dalam tempoh perkahwinan.
Dan ini yang dilalui ketika mengendalikan satu kes kliennya.
Pengalaman terlibat mengendalikan satu kes tuntutan tunggakan nafkah anak dan tunggakan nafkah isteri. Seorang wanita memfailkan tunggakan nafkah anak dan nafkah isteri (beliau) yang telah tidak dibayar oleh suaminya semasa dalam tempoh pernikahan.
Saya mewakili salah satu pihak dalam tuntutan tersebut. Tugas kita bukan sahaja kenal pasti jumlah sebenar yang tertunggak, malah bantu cari cara pembayaran semula yang lebih memudahkan kedua-dua pihak.
Saya nak kongsikan bagaimana wanita (Plaintif) ini bijak dan ada ilmu berkaitan haknya dalam rumahtangga.
Wanita ini telah memfailkan satu tuntutan nafkah anak dan nafkah isteri semasa dalam perkahwinan beliau lagi. Beliau tidak tunggu lama bila suami beliau mula culas dalam membayar nafkah. Bila nampak macam tak konsisten je beliau terus dapatkan perintah mahkamah.
Nampak macam simple tapi kesannya besar. Tak ramai yang macam beliau yang berbuat begitu. Betul, ia memang tak ramai. Kebanyakkannya tunggu bila berlaku perceraian baru mula menuntut.
Sedangkan pengabaian nafkah telah mula berlaku dalam tempoh kahwin lagi. Tak salah jika buat begitu. Mungkin itu lebih baik sebab kalau fail dalam tempoh perkahwinan nanti keruh pulak hubungan suami isteri.
Tak kisah tempoh yang mana nak difailkan. Cuma jangan letakkan dalam mind kita kes nafkah hanya boleh dituntut selepas bercerai. Nafkah isteri boleh dituntut dalam tempoh kahwin walaupun pihak-pihak tidak bercerai.
Berbalik kepada kes tadi. Bila wanita ini failkan nafkah anak dan isteri semasa dalam tempoh perkahwinan lagi. Mahkamah keluarkan perintah arahan bayar nafkah anak dan isteri setiap bulan. Termasuk cara pembayaran sekali.
Perkahwinan beliau masih berjalan seperti biasa. Cuma beza nya wanita ini dengan orang lain adalah dia dah secure nafkah dia dan anak-anak dengan perintah mahkamah.
Jika suami tak bayar, atau mengelat dia boleh tuntut kemudian sebagai hutang pada mana yang tertunggak. Dan itulah yang beliau tuntut sekarang bilamana suami beliau (kini bekas suami) gagal konsisten dalam pembayaran nafkah selepas perintah dikeluarkan.
Berdasarkan perintah tersebut beliau dapat buat kiraan yang jelas berapa tunggakan yang tidak dibayar. Itu gunanya ada ilmu dalam rumah tangga.
Baca Sini : Ini 7 Hak Yang Boleh Tuntut Di Mahkamah Selepas Penceraian Berlaku
Tambahnya lagi, “Semua tuntutan nafkah dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah.”
“Ia memang mengambil masa sedikit kerana perlukan pertimbangan daripada mahkamah. Kalau suami setuju dengan jumlah, prosesnya lebih mudah.”
Moga ada manfaat untuk semua.wanita.
Sumber/Foto : Perunding Keluarga Islam- Mohamad
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.