Isteri boleh tuntut fasakh jika dapat suami dari neraka seperti drama aku tanpa cintamu. Di dera mental secara halus ternyata lebih sakit berbanding kesan lebam di badan.
Menyaksikan drama samarinda jam 10 di kaca tv, Aku Tanpa Cintamu membuat ramai geram dengan perangai suami yang berpura-pura macam malaikat tapi dalam diam mendera mental isteri. Kata orang, tangan sesekali naik dan masa sama lebih kejam kerana suka dera perasaan isteri secara halus.
Drama ini pun tengah trending di kaca tv sekarang. Ia mengisahkan lelaki yang tak berguna dalam rumahtangga. Panas baran, pentingkan diri, cemburu buta, curang, suruh isteri buat loan kereta mewah untuknya, suka keluarganya saja serta semua sifat buruk yang akan meletakkan isteri dalam keadaan tertekan mentalnya.
Drama ini meletakkan Zamarul Hisham sebagai watak utama dan Nuha dilakonkan oleh Bella Astillah. Ramai yang berasa geram dengan lelaki tak berguna ini hingga ia menjadi trending yang mana ramai isteri menyatakan rasa kasihan pada Nuha.
.Di sebalik kisah yang tengah trending ini, apa yang patut seorang isteri lakukan kalau dalam situasi Nuha? Pada siapa dirinya boleh mengadu dan adakah dirinya boleh menuntut fasakh? Ini pandangan peguam syarie, Fahmi Ramli dari Tetuan Khairul Fahmi & Associates mengenai TINDAKAN ISTERI PERLU AMBIL KALAU DUDUK DALAM SITUASI NUHA.
Tak pukul, tapi dera cara halus.
Saya ni dah lama tak tengok drama tv3. Seronok layan Netflix dengan drama peguam Autism, Extraordinary Attorney Woo saja.
Kemudian, ada seorang wanita yang PM dan bertanya, apa perlu dia lakukan kerana hidupnya seperti drama tv3 ‘Aku Tanpa Cintamu’. Suami tak pukul, tapi dera mental.
Untuk lebih mengetahui, saya pun tengoklah sekejap dekat Disney Hotstar macam mana ceritanya. Ohhh rupanya perkahwinan antara seorang duda dengan anak dara yang jauh usia.
Si suami, Adam sangat cemburu buta dan sangat dingin sikapnya terhadap Nuha. Bahkan, Nuha disuruh untuk tanggung bayaran kereta mewah suaminya sedangkan suaminya boleh pula berfoya dengan wanita lain.
Si isteri sering makan hati dengan sikap suaminya yang suka baling barang dan ‘mental torture’ atau beri tekanan mental kepada isteri tersebut.
Jadi, saya faham, persoalan yang nak ditanyakan oleh follower tersebut adalah bagaimana jika suami tak pukul, tapi sering ‘mental torture’?
Apa itu mental torture?
Mental torture atau penderaan mental adalah perbuatan yang melibatkan kepada perasaan dan akal fikir manusia. Kalau perbuatan yang berbentuk fizikal seperti tumbuk, tampar, tendang, ia mungkin dapat dilihat kesan pada tubuh badan mangsa.
Namun, ia tidak dapat dilihat kesan luaran bagi tekanan mental. Tetapi, sakitnya itu lebih perit keatas akal fikir dan perasaan manusia. Sebab itu, ada orang sanggup bunuh diri jika dia benar-benar tekanan perasaan.
Apa contoh perbuatan dera mental isteri?
Biasanya ia berbentuk penderaan lisan seperti menggunakan kata-kata kesat untuk kritik pasangan, memalukan dan mungkin menyalahkan pasangan atas semua perkara.
Ada kes yang suami ini tidak berkata kesat, tapi setiap bait katanya itu sangat memberikan tekanan serta membuatkan pasangan berada dalam keadaan sangat tertekan. Ada juga yang berbentuk pemulauan atau menghempaskan barang untuk mengamuk namun tidak kena kepada tubuh isteri.
Jumpa dengan Kaunselor berdaftar
Jangan takut untuk berjumpa dengan kaunselor. Sesetengah isteri bimbang untuk berjumpa dengan kaunselor kerana takut dikatakan ‘gila’ atau ‘mental tak stabil’ hingga boleh kehilangan hak jagaan anak.
Jangan bimbang, ia tidak akan sampai tahap sedemikian. Di Pejabat Agama Islam Daerah juga mempunyai kaunselor rumahtangga. Untuk bantu kes perceraian, Laporan Kaunseling suami isteri adalah penting di Mahkamah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kisah Benar! Ustazah Tangani Kes Isteri Didera Mental Fizikal 30 Tahun Oleh Suami, Dipijak Hingga Keguguran 3 Kali
Kasihnya Emak, Nafi Didera 2 Anak & Menantu Walau Badan Penuh Luka, Lebam Serta Kesan Patah!
‘Itupun Tak Boleh Fikir Ke’ Awasi Proses Gaslighting Dalam Rumah Tangga
Jumpa dengan Pakar Psikatri di Hospital
Ramai orang salah anggap, jika berjumpa psikatri, maka dia dikatakan gila. Ini paling tidak munasabah. Kepakaran dalam pengurusan psikatri ini penting untuk bantu seseorang yang mengalami stres.
Ini kerana stress itu adalah pembunuh senyap bagi tubuh badan manusia. Buang pemikiran kolot sedemikian. Laporan Psikatri adalah sangat membantu dalam kes fasakh di Mahkamah.
Kongsikan dengan rakan karib
Kadang kita ada masalah, mungkin pasangan kita adalah tempat mengadu masalah. Namun, jika kita bermasalah dengan pasangan, pasti kita perlukan pihak ketiga untuk menjadi tempat luahan.
Jangan malu dan segan untuk kongsikan masalah anda dengan seseorang yang anda sangat percaya. Masalah dalam diri ini jangan dipendam. Kalau dipendam, ia akan lebih menyakitkan diri. Kalau enggan luah kepada rakan, luahkan kepada keluarga. Kerana keluarga akan sentiasa support diri anda.
Boleh ke isteri tuntut Fasakh jika berlaku penderaan mental?
Boleh. Ada peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 53(1)(h)(i) iaitu lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan menderita disebabkan kelakuan aniaya. Seksyen ini tidaklah khusus kepada penderaan fizikal sahaja bahkan, penderaan mental juga adalah salah satu bentuk penganiayaan terhadap seseorang.
Maka, tak ada sebab seseorang suami itu berhak untuk menyakiti akal fikiran isterinya. Jika ada permasalahan, seharusnya ada perbincangan dan nasihat yang baik, bukan mendera mental pasangan.
Kesimpulan
Penderaan mental janganlah dipandang ringan. Kesannya sangat teruk kepada isteri mahupun suami. Namun, pada kebiasaan kes yang dibawa di Mahkamah, banyak isteri yang mohon fasakh untuk isu sebegini.
Tetapi, ia sukar dibuktikan hanya dengan air mata. Di Mahkamah, ia mesti dibuktikan dengan Laporan Pakar dan mengesahkan ia benar-benar mendatangkan mudharat keatas perkahwinan tersebut.
Semoga penulisan ini memberikan anda manfaat bagi mereka yang sedang melalui fasa mental depression sebegini. Saya harap Drama tv itu sekadar drama sahaja, tidak menjadi realiti kepada anda yang membaca. Aminnn.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery