Bukan mudah sebenarnya isteri nak tawar hati tiba-tiba dalam hubungan, melainkan golongan suami selalu ulang-ulang benda yang dia tak suka. Sampai satu tahap dia sudah penat nak hadap perangai suami yang tidak pernah berubah.
Isteri Bila Sudah Mula Tawar Hati
Sudah ditegur dan nasihat tapi tiada perubahan, peluang yang diberi dipandang remeh tak dipeduli. Akhirnya jadilah masalah rumah tangga seperti yang Puan Intan Dzulkefli kongsikan ini.
Tiba-tiba Isteri Tawar Hati?
“Saya nak bercerai dengan suami. Saya rasa tak bahagia. Saya rasa give up nak masuk syurga Allah sebagai seorang isteri. Susah sangat…”
Jika isteri asyik minta cerai dan suami asyik marah-marah, marah anak, bentak isteri, itulah tandanya sesuatu keberkahan di dalam rumahtangga kita telah hilang.
Bila Isteri Sudah Berubah
Jangan main-main apabila isteri telah tawar hati. Dia yang dulu mungkin sangat suka tersenyum dan tergelak berubah menjadi seperti tidak pandai mengukir senyum. Dia yang dulu suka bercakap mungkin semakin lama semakin hilang butir bicara. Dia sudah tidak kisah apa yang hendak si suami lakukan, bicarakan. Kalau dulu pandangannya lekat sentiasa pada wajah suami, kini memandang muka suami pun sudah tidak sudi.
Semuanya kerana dia sudah tawar hati, pelbagai hal yang terpendam akhirnya menyebabkan hatinya semakin menjauh.
Suami Jangan Ingat Perkara Remeh
Ads
Untuk para suami, sekiranya isteri berubah sikap jauh berbeza dari sifatnya semasa baru menikah denganmu, telitilah perkara ini:
1) Semaklah bagaimana hubunganmu dengan Ilahi. Bagaimana layanan isteri kepada kita seakan cerminan bagaimana layanan kita dengan Allah. Solat jaga atau tidak? Konsisten solat berjemaah atau tidak?
Jika kita sebagai hamba pun tak taat kepada Allah, bagaimana isteri nak taat kepada kita? Respect is earned, not given.
2) Kamu ambil berat atau tidak soal ibadah wajib isteri? Makan pakainya? Ada tanya isteri dah solat ke belum? Ada tanya isteri dah makan ke belum? Ada beri ruang untuk isteri solat, mengaji dan makan dengan tenang tanpa perlu anak-anak mencelah sama? Atau langsung tak pernah beri ruang untuk isteri ber-Me Time?
3) Apabila isteri minta jagakan anak, bagaimana reaksimu? Marah? Membentak? Merungut?
Sebenarnya jika isteri sudah mula mahu marah-marahkan anak-anak, peranan suami ialah untuk ambil tugas melayan anak-anak, biarkan isteri cool down. Bukannya si suami pergi menambah marahkan anak-anak pula. Itu hanya menambahkan stres si ibu.
Ads
Ketahuilah tiada ibu yang suka marah kepada anak-anak melainkan sebenarnya dia telah terlalu ‘tepu’.
4) Apabila isteri berkongsi cerita, dengarlah. Apabila isteri meluah perasaan, dengarlah. Bukan sekadar duduk di sisi tetapi tangan sibuk main telefon, tidak mendengar dengan telinga dan hati sekali. Akhirnya isteri hilang ‘rasa’ untuk meluahkan apa terbuku di hati lalu menjadi barah yang bakal merosakkan tautan hati sesebuah perkahwinan.
5) Apabila kita diminta untuk berubah, meninggalkan sesuatu perkara buruk yang menjejaskan kredibiliti kita sebagai suami di sisi isteri, berusahalah untuk berubah. Sekiranya isteri tidak suka kita asyik main game hingga terabai rumah tangga, ubahlah. Sekiranya isteri tak suka kita merokok, cubalah untuk berhenti. Sekiranya isteri tak suka kita terlalu melayan komen-komen kaum wanita di media sosial, hormati permintaannya dan berubahlah!
Apabila kita belum berubah tetapi isteri tidak lagi menegur untuk kita berubah, itu bukanlah tanda dia sudah menerima, melainkan sebenarnya dia sudah tawar hati dan jauh hati!
Ads
Dua Belah Pihak Kena Berkorban
Rumahtangga adalah mujahadah. Kita tidak boleh expect hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha keras untuk menjayakannya. Ia perlu pengorbanan dan kerjasama kedua belah pihak.
Sekiranya perkahwinan itu adalah kenderaan, ia tidak cukup hanya bermodalkan cinta (petrol) untuk memastikan ia terus berjalan, melainkan perlu diservis enjin dan sebagainya (toleransi, muafakat, hormat menghormati).
Usah Pendam, Luah Apa Yang Dirasa
Perbaikilah apa yang perlu di dalam diri & keluarga agar rumahtangga akan terus kukuh. Jangan pendam masalah hingga akhirnya apabila ditanya apa masalah, diri sendiri pun sudah tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan.
“Tak tahulah. Yang saya tahu, saya sudah tak boleh nak hidup dengan awak, nak pandang muka awak pun saya sudah menyampah,”
Masalah rumah tangga ibarat anai-anai. Kita tak nampak ia memusnahkan di sebalik dinding, nampak seperti rumah masih kukuh, alih-alih rupanya semakin rapuh, tahu-tahu sudah runtuh!
Memang ada benarnya setiap kali berlakunya perselisihan faham mahupun konflik dalam rumah tangga, perkara yang paling payah suami isteri nak buat adalah berbincang. Masing-masing ada ego sendiri dan sering mengelak perbincangan yang dianggap lebih merumitkan keadaan nanti.
Baca perkongsian daripada Penceramah Motivasi dan Kaunselor berdaftar, Encik Fadzli Aziz ini sebagai rujukan;
Perkara yang paling payah nak buat bila dalam konflik rumahtangga adalah berbincang…
Kenapa?
Mungkin sebab…
Takut jadi makin marah
Jadi makin sakit hati
Hanya nak cari salah je, bukan cari solusi
Bukan ada perubahan pun
Buang masa
Asyik ulang hal yang sama
Apabila perkara ni berlaku dalam rumahtangga, maka ramai pasangan akan elakkan perbincangan.
“Aaah.. biarlah. Malas nak fikir, nanti eloklah sendiri”
Sebab tu wujud suasana
Lebih baik diam dari bercakap
Lebih baik main handphone dari mengadap
Bila berdua tak tahu nak cakap apa
Rasa lebih best kat luar berbanding balik rumah
Langsung tak bersentuhan dah
Rumah hanya tempat tidur
Keadaan ni tak best. Tapi siapa nak mula dulu untuk perbaiki?
Masa ni PERBINCANGAN adalah sangat penting. Tapi tiada siapa yang akan mulakan.Maka drama makan hati sepanjang rumahtangga akan bermula.
Kes macam ni bukan melibatkan pasangan muda sahaja tetapi berlaku pada pasangan lama.Sebab tu ada yang dah 25 tahun kahwin akhirnya cerai kerana nak mencari bahagia dihujung usia.
Maka belajarlah seni berbincang. Perbaikilah kaedah berbincang. Jadikan perbincangan solusi pantas konflik kecil.
Mingguan Wanita:Memang ada benarnya, bila berlaku konflik atau perselisihan dalam rumah tangga, memang payah suami isteri nak mulakan berbincang. Masing-masing lebih suka berdiam diri, harap hubungan elok sendiri. Hakikatnya dalam rumah tangga, komunikasi diantara pasangan adalah yang paling penting.
Dalam hubungan perkahwinan, perkara yang paling penting adalah komunikasi di antara suami isteri. Isteri lebih tahu perangan suaminya berbanding orang lain, hatta ibunya sendiri. Namun seringkali tak ramai isteri yang sanggup berterus terang perangai suami, sebab nak jaga hati dan tak nak buat suami terasa. Sekaligus tidak mahu mengeruhkan keadaan dalam rumahtangga.
Kalau setiap hari isteri berterus-terang, maka ramai suami yang akan TERASA. Sebab apa yang keluar dari mulut dia tu adalah fakta, hakikat, realiti.
Dia bercakap tentang apa yang dia lalui, apa yang dia rasa, apa yang dia nampak, apa yang dia hadap semasa hidup dengan kita.
Tapi, tak ramai isteri yang sanggup berterus terang depan suami sebab nak jaga hati dan perasaan suami. Tak nak suami terasa, tak nak suami jauh hati, tak nak suami pulaukan dan abaikan dia untuk apa yang suami dengar dari mulut dia.
Banyak ja perangai kita sebagai suami yang tak digemari isteri. Isteri tak suka kita buat macam tu, macam ni.. Cuma dia tak cakap depan-depan.
Tak Nak Keruhkan Hubungan
Dia cakap berlapik, dia cakap berkias. Orang perempuan dalam hubungan ni, dia lebih fikir bab tak nak buat sesuatu yang boleh menjejaskan hubungan, yang boleh mengeruhkan keadaan.
Kalau kita suami pun ada pemikiran yang sama, insyaAllah, bahagia rumahtangga…kalau kita nak isteri berterus-terang cakap kat kita tentang diri kita, maka kita kena terbuka untuk terima dan bermuhasabah.
Kalau kita ego, maka kita akan MARAH dengan setiap luahan isteri sebab kita tak boleh terima yang itulah sebenarnya DIRI KITA sendiri.
Mingguan Wanita: Ada benarnya perkongsian ini. Setiap perangai suami, hanya isteri yang benar-benar faham dan lebih mengetahui. Banyak sebenarnya perangai suami yang isteri pendamkan sahaja, demi nak jaga hati dan tak nak buat suami terasa.
Memang ada benarnya, isteri yang bercakap adalah lebih baik daripada isteri yang tiba-tiba senyap tanpa diketahui punca. Senyap seorang isteri boleh sebabkan dirinya ‘makan hati’, rasa tawar hati dan paling bimbang dah tak ambil peduli pasal suami.
Isteri bercakap lebih baik daripada isteri senyap.Bila dia bercakap, tak kisah la dia nak marah kita ke, dia nak berleter kita ke, dia nak kata apa saja kat kita, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang dimarahkannya, apa yang dileterkannya, apa yang dikatakannya.
Kalau dia senyap, tetiba dia tak bercakap, kita sendiri pun tak tahu apa yang silap, kat mana yang silap.
Orang perempuan ni, cara dia zahirkan fikiran dia, cara dia luahkan perasaan dia adalah melalui kata-kata…tapi bila dia dah banyak berkata-kata dan kata-kata itu satu pun tak masuk kepala suami dia, maka dia akan FED UP.
Dia tak terus senyap macam tu saja.. Dia akan senyap bila dah banyak kali dia marah, dah banyak kali dia berleter… senyap tu tak bagus untuk dia walaupun pada kita, kita sangat suka isteri senyap.
Senyap isteri tu boleh makan diri dia, buat dia rasa tawar hati dan tak nak peduli suami.
Take Note Isteri Marah Atau Berleter
Masa isteri dah senyap, pujuk rayu ni adakalanya berguna, adakalanya tidak…jadi, take note siap-siap untuk setiap isi kandungan ketika dia marah, ketika dia berleter.
Salah silap kita ada dalam tu sebenarnya.Pastikan dia tak marah untuk benda yang berulang, dia tak berleter untuk benda yang sama…kalau dia dah senyap, minta maaf pun sia-sia.
Dia punya keras tu, makan hari la baru dia akan kembali bersuara.
Mingguan Wanita: Setuju sangat, biarlah isteri rajin bercakap daripada senyap tiba-tiba. Komunikasi dalam rumahtangga sangat penting, untuk keharmonian suami isteri.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.