Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada perasaan ini walaupun tak terlalu serius. Ibaratnya semua perkara nak difikirkan serentak hingga hati dan perasaan sendiri terabai.
Perkongsian daripada Mohd Fhais yang selalu berkongsi ilmu keibubapaan dan rumah tangga
ini ada betulnya.Selalu orang kata wanita mudah sangat stres dan moody bukan. Kenapa? Jawapannya kerana mereka suka nak menjaga hati orang lain lebih dari hati diri sendiri. Walaupun hati sendiri terabai.
“Bang jangan lupa ya kenduri aqiqah adik abang hari sabtu ni.”
“Bang dah lama tak balik jumpa mak abang, bila nak balik?”
“Bang nanti kita pergi melawat adik abang tengok baby”
“Bang nanti kita pergi tengok mak kat hospital”
“Bang mana nak cari sofa bed untuk ayah, senang dia nak duduk dan baring”
Beginilah bila jadi wanita, setiap masa dia sentiasa fikir tentang orang lain. Tentang adik, adik ipar, mak mentua, mak dengan ayah sendiri.
Memang sahih bahawa wanita ini dilahirkan sebagai CONNECTOR.
Yang mahu menjaga silaturahim, selalu fikir akan kebaikan orang lain dan sentiasa berusaha supaya rasa bahagia itu dapat di beri pada ahli keluarga lain terlebih dahulu.
Diri sendiri selalu jadi yang terakhir…
Sebab itulah penting sangat bagi seorang wanita untuk mempunyai lelaki yang boleh mendengar dan memahami dengan baik.
Apa yang dicakap itu hanyalah secebis dari apa yang bermain di otak mereka. Dalam otak isteri, berselirat banyak lagi benda lain.
Belum cerita lagi pasal anak, rumah, kerja, penat, mengantuk dan berat badan naik. Kalau cerita semua 7 hari 7 malam belum tentu habis.
Makin lama pendam, makin berselirat jadinya otak wanita. Makin mudahlah stres!
Bila otak sudah lapang kerja banyak macam mana pun isteri tak akan stres, anak meragam pun boleh gelak ketawa.
Bukan sahaja stres boleh hilang malah segala kedutan dan kulit kusam isteri pun boleh hilang sekali.
Jangan terkejut pula selepas selalu jadi pendengar setia, isteri anda akan jadi semakin cantik dan awet muda.
Sumber: Mohd Fhais
Artikel berkaitan: Isteri Marah-marah Itu Tanda Dia Penat Fizikal & Mental, Ini Langkah Yang Suami Perlu Buat
Isteri Yang Membantu Suami Kurang Berkemampuan Wajar Dihargai, Ucaplah Terima Kasih
Isteri Kalau Nak Manjakan Suami Biarlah Berpada-pada, Jangan Sampai Dia Lupa Tanggungjawab