Kekeluargaan

Isteri ‘Bertuah,’ Suami Sediakan 7 Orang Pembantu Rumah, Tanda Terima Kasih, Balas Pengorbanan

Share

Isteri ‘bertuah,’ suami sediakan 7 orang pembantu rumah, tanda terima kasih, balas pengorbanan. Rumah tangga adalah asas kepada masyarakat dan menjadi tempat di mana nilai-nilai murni serta kasih sayang dipupuk dan dibina.

Isteri Beruntung Bila Suami Sediakan 7 Orang Pembantu Rumah, Tanda Terima Kasih, Balas Pengorbanan

Dalam konteks ini, peranan seorang suami yang menyantuni isterinya adalah amat penting untuk mewujudkan sebuah rumah tangga yang harmoni dan bahagia.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, pengasas spa, Dr Hannan Yusof berkongsi tentang pentingnya seorang suami menghargai isterinya.

Saya bagi isteri saya tujuh orang pembantu rumah tanda terima kasih.

Macam tak masuk akal, tapi di rumah saya memang ada tujuh orang pekerja sepenuh masa untuk uruskan keluarga saya. Ada pemandu, ada tukang kebun, ada pengawal keselamatan. Semua itu untuk kemudahan isteri dan anak-anak saya.

Saya cerita bukan nak menunjuk. Tapi nak kongsi segala saya buat ini sebab saya nak balas balik pengorbanan isteri saya selama pada saya. Sebab saya nak dia betul-betul rehat sekarang, sebab dia sudah terlalu banyak berjasa pada saya.

Pada awal perkahwinan, dia banyak mengalah. Dia yang uruskan anak-anak sebab dia nak saya fokus kejar cita-cita saya nak berniaga. Dia yang uruskan segala urusan rumah. Duit pun saya tak mampu nak bagi pada dia dulu sebab dulu saya banyak hutang sebab gagal dalam perniagaan kedai makan saya.

Dialah satu-satunya manusia yang yakin saya akan berjaya. Dia korbankan masa dia, kerjaya dia sebab dia nak saya berjaya dulu. Saya banyak tinggalkan famili. Sampai waktu dia lahirkan anak ke dua, saya tak ada sebab waktu itu saya pergi belajar di Korea.

Satu perkara lagi pasal isteri saya, dia tak pernah minta apa-apa daripada saya. Sejak dulu, dia tak pernah mengidam apa-apa. Apa yang saya bagi dia terima dengan gembira. Dia tak pernah bandingkan hidup dia dengan orang lain. Dia sentiasa gembira dengan apa yang kami mampu.

Sebab itulah sekarang saya bagi dia tujuh orang pembantu. Biar dia betul-betul rehat. Segala urusan rumah dan anak-anak dia tak perlu fikir. Waktu untuk dia nikmati hasil penat lelah dia selama ini. Sekarang dia boleh kejar cita-cita dia sejauh mana dia nak. Alhamdulillah.

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” (Surah Al-Furqan (25:74))

Kesimpulannya suami yang menyantuni isterinya adalah seorang suami yang memahami tanggungjawab dan peranannya dalam rumah tangga. Dia bukan sahaja menjadi pelindung dan penyedia, tetapi juga seorang yang memberikan kasih sayang, perhatian, dan menghargai isterinya.

Keberkatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga akan terhasil apabila suami menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Oleh itu, setiap suami harus berusaha untuk menyantuni isterinya demi mencapai kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.

Sumber: Intagram Dr Hannan Yusof

Baca artikel lain juga: Bila Anak Bertambah, Suami Jangan Biar Isteri Buat Semua Kerja, Bantu, Jangan Malas

Isteri Jangan Berharap Dengan Mentua, Ipar Duai Bila Hilang Suami, Kumpullah Harta Sendiri

Suami Peramah Berpotensi Tinggi Ada Skandal Dengan Wanita Lain

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has