Isteri Berhias Cantik Di Luar, Lambang Bagusnya Suami Menjaga – Dr Say

Share

Doktor selebriti, Dr Say Shazril Shaharuddin mengulas pendapat pengguna twitter tentang isteri yang malas berhias untuk suaminya di rumah.

Yang mana, suatu ketika dulu pada awalnya, Dr Say juga pernah terfikir tentang isteri yang apabila keluar rumah mula berhias cantik, siap memakai wangian.

Namun, sebagai suami yang matang. Akhirnya, Dr Say sedar betapa isteri yang berhias di luar itu sebenarnya melambangkan bagusnya suami menjaga isterinya.

Iya, isteri itu cerminan seorang suami. Hadamkan perkongsian Dr Say yang dikongsikan di laman instagram miliknya.

Isteri Berhias Untuk Kerja Tapi Bukan Untuk Suami?

Tergerak hati nak bukak topik ni sebab again saya cukup anti lelaki berfikiran kolot macam gambar kedua. 1st and foremost saya rasa penulis twitter ni tak kahwin lagi & kalau dah kawin, i feel sorry for his wife.

Awal-awal dulu saya pun pernah terfikir “kenapa bini aku keluar cantik-cantik sangat, pakai makeup perfume bagai” tapi bila fikir balik AN EXCELLENT WIFE IS THE CROWN OF HER HUSBAND.

Maksudnya kalau bini kita berhias elok-elok tidakkah dia melambangkan betapa bagusnya kita sebagai suami menjaga dia dari segi pakaian & penampilannya? Kalau isteri selebet selenga semongeh tak ke kita sebagai suami rasa malu?

Baca sini : Dr Say Shazril viral setelah terbuka mengaku diri tak subur

Logiknya Nak Ke Bini Pakai Makeup Tebal Berinci Dalam Rumah

Nak cakap pasal isteri berhias kat rumah, logik akalnya bang nak ke bini pakai makeup tebal berinci-inci dalam rumah tu?

Tiap-tiap kali balik dari keluar saya yang ingatkan bini untuk cuci muka dia sebab saya pun geli kalau dia sayang saya dengan makeup lipstick bagai tu.

Lagipun rajin mana pun kita sebagai suami, kita takkan dapat menandingi kerajinan bini kita dari mengemas rumah, jaga anak, masak untuk sekeluarga. Pulak tu dia kerja macam kita.

Bagi lah depa pakai selesa-selesa kat rumah tu sebab bila depa selesa mesti kehidupan kita sebagai suami pun selesa.

Nak depa pakai cantik-cantik untuk malam istimewa bitau ja sebab dalam kepala kebanyakan isteri adalah untuk memberikan yang terbaik untuk suami.

Tang isteri degil berkawan dengan si fulan tu mungkin sebab isteri hang tak tahan

dah dengan kekolotan hang. Tu yg dia berkawan dengan fulan tu tapi benda macam ni kalau bawak bincang, bawak COMMUNICATE sesama each other, boleh setel bang.

Saya tak suka bini berkawan dengan A, bini akur dengan permintaan saya. Saya pun akur bila bini tak bagi saya follow B kat instagram. IT TAKES TWO TO TANGO IN MARRIAGE.

Jangan hang harap bini hang tak boleh kawan si fulan padahal ang pi follow awek tayang dada kat ig, pi whatsapp rakan sekerja sembang topik tak berkaitan kerja. Kita honest, nescaya bini kita turut honest. As always, open conversation please.

Mingguan Wanita : Beruntung andai dapat suami yang memahami apa yang isteri inginkan.

Cari PENCUCI MUKA terbaik di sini : https://invol.co/cl933eu

Sumber/Foto : Dr Say Shazril Shaharuddin

Published by
Netty Ah Hiyer