Isteri benarkan suami kahwin bekas teman wanita, siap setuju tinggal serumah! Memang luarbiasa ‘pengorbanan’ isteri apabila sanggup berkongsi kasih suami dengan wanita lain.
Suami & Bekas Teman Wanita Saling Menyintai
Seorang wanita di India mempersetujui perkahwinan suaminya dengan bekas teman wanita lelaki berkenaan setelah mengetahui bahawa mereka masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Kejadian itu berlaku di bandar Turupati, negeri Andhra Pradesh. Pencipta kandungan video tempatan, Kalyan sebelum ini berkahwin dengan seorang wanita bernama Vimala selepas mereka berkenalan menerusi media sosial.
Rumahtangga mereka sejahtera sehinggalah Vimala mendapat tahu bahawa suaminya bercinta dengan seorang lagi pencipta kandungan dari Visakhapatnam yang baru berpindah ke kawasan itu.
Daripada cuba memutuskan hubungan suami isteri itu, bekas teman wanita Kalyan, Nitya Sree sebaliknya mahu menyertai keluarga tersebut.
Menurut beberapa saluran berita di India, Kalyan dan Nitya telah memutuskan hubungan kerana mengalami beberapa isu yang sejak itu, telah diselesaikan.
Isteri Benarkan Berkahwin, Tinggal Serumah
Apabila Nitya berpindah ke Tirupati, dia mendapati bahawa mereka masih mempunyai perasaan antara satu sama lain dan merayu kepada Vimala untuk berkahwin.
Ads
Setelah mengambil sedikit masa, Vimala yang pada awalnya keliru akhirnya memutuskan untuk membenarkan perkahwinan itu. Dia malah turut serta bergambar bersama mereka ketika pengantin baharu itu melangsungkan perkahwinan.
Vimala bahkan bersetuju apabila pasangan itu mencadangkan agar mereka sekeluarga tinggal serumah.
Mingguan Wanita: Kentalnya hati ‘mampu’ berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Setuju benarkan berkahwin, malah sanggup tinggal serumah! Memang luar biasa.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Penyanyi Azian Mazwan Sapuwan berkongsi berita sedih pemergian anak keempatnya, Mohammad Aqil Zulkarnain yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
“Innalillahiwainna ilaihirojiu’n.. Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. Semoga roh allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yang beriman.
“Ya Allah.. kuatkan aku..”
Anak Azian Pernah Terbabit Dalam Kemalangan
Sebelum ini, difahamkan Allahyarham pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 22 November lalu. Dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan.
Ketika itu, ibunya enggan mengulas lanjut berkenaan kemalangan yang dihadapi anaknya, dan meminta orang ramai mendoakan proses rawatan anaknya berjalan lancar.
Suami Azian, Mohammad Ahrar Zulkarnain juga pernah berkongsi di facebook memaklumkan keadaan anaknya ketika itu.
Kongsinya, sejak dimasukkan ke hospital dan selepas dibius, bagi memulihkan hati dan limpanya, anaknya dalam keadaan koma.
Rakan Artis Turut Rasa Sebak..
Rakan-rakan artis turut berduka dan merasai kehilangan permata hati Azian Mazwan ini. Masing-masing mendoakan agar penyanyi Rumah Kecil Tiang Seribu ini tabah menghadapi ujian Ilahi.
Azian Mazwan juga mempunyai enam orang anak yang lain, Mohammad Ashraf, Nur Athirah Hanim, Mohammad Azrail, Mohammad Amil, Mohammad Adib dan Anastasia Ayra.
MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Azian Mazwan Sapuwan, semoga roh Mohammad Aqil Zulkarnain ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Antara masalah yang berkemungkinan dialami sewaktu sesi PdPR adalah melibat penggunaan data yang tinggi. Apabila kuota sudah penuh, tak dapatlah nak ikuti kelas online. Guru ini, Mohd Azhar memberi solusi kepada guru-guru lain untuk mengajar PdPR menggunakan Voice Chat Telegram.
Ini kerana, pelaksanaan pengajaran menerusi voice chat telegram melibatkan penggunaan data yang rendah baik kepada guru mahupun alat komunikasi pelajar. Hadamkan tipnya.
PdPR Menerusi Ciri Voice Chat Telegram (Tutorial)
Apabila saya menceritakan PdPR yang saya laksanakan bersama-sama dengan murid-murid kelas saya menggunakan ciri voice chat pada telegram, ramai menyangka saya menggunakan voice message dalam telegram.
Sebenarnya, PdPR menerusi ciri voice chat dalam telegram ini adalah secara “live session”.
Apa yang saya dapati adalah penglibatan murid kali ini adalah lebih tinggi. Mungkin murid sedia tahu bahawa penggunaan ciri ini melibatkan penggunaan data yang rendah.
Ramai murid telah biasa dengan ciri voice chat dalam aplikasi discord. Pada saya ciri ini dilihat dapat menjadikan penggunaan buku teks & modul dimaksimumkan untuk meningkatkan pemahaman murid mengenai topik berkaitan.
Saya mengajar Sains (sekolah luar bandar).. tapi matematik mungkin tidak sesuai. Guru yang nak cuba boleh ikuti langkah-langkah mudah ni.
Ini Langkah-langkahnya
1: Klik pada ruang nama group Telegram (pasti cikgu adalah ADMIN bagi group telegram tersebut)
2: Klik pada menu 3 dots
3: Pilih Voice Chat
4: Tekan Start
5: Murid yang ONLINE akan JOIN tapi guru masih boleh Invite murid yang belum join.
6: Mulakan PDPR (Tekan unmute untuk mulakan pengajaran)
Sepanjang berlangsungnya PdPR, cikgu pilih la seorang murid untuk membaca petikan dalam buku diikuti dengan penerangan oleh cikgu pula (ala-ala talaqqi kitab gitu).. InsyaAllah meriah kelas..
Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu! Mak-mak yang sampai ke rumah lepas pulang dari pejabat sudah pasti nak masak menu yang ringkas dan cepat. Kali ini bolehlah cuba Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu.
Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu
Hari ini sudah masuk hari keempat kita berpuasa. Makin hari makin pening mak-mak nak fikir idea apa untuk berbuka petang ini. Jom kita sama-sama masak menu Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu.
Menerusi video memasak kali ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini? sediakan menu paling ringkas, tak renyah dan cepat masak. Bak kata orang, masak campak-campak kemudian siap! Tapi rasanya memang sedap.
nak pesan pada mak-mak Kalau tak ada pengukus jangan risau, rebus saja. Selamat mencuba!
Bahan-Bahan
1 ekor Ikan Siakap Saiz Sederhana
2 batang serai – dipotong kecil
halia
Daun limau perut – hiris kasar
4 ulas bawang putih -dikisar
6 tangkai cili padi – dikisar
Daun ketumbar
Akar ketumbar
Sos ikan
1 kiub pati ayam
2 biji lemon (diperah ambil air saja)
1 biji lemon (dipotong)
Cara Memasak :
Ikan yang telah disiang dibersihkan kemudian masukkan serai, halia, daun limau ke dalam ikan yang telah disiang.
Rebus air ke dalam kuali.
Kemudian bawang putih, cili padi, daun ketumbar, akar daun ketumbar.
Masukkan juga air lemon, sos ikan, serbuk perasa, daun limau,
Letak Ikan Siakap dan aturkan lemon yang dihiris ke atas ikan.
Tutup kuali biarkan hingga mendidih.
Kemudian masukkan kiub pati ayam kacau dan jika air kurang tambahkan sedikit air.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!