Dek kerana penat sangat nak memasak. Isteri ini Puan Amira Aziz order saja makanan segera secara online untuk dia dan anak-anak. Yang jadi lucunya, bila rider makanan sampai depan rumah, tengok-tengok suami sendiri yang hantar.
Sudahnya, terkantoilah dengan suami sendiri yang dia tak masak hari itu.
Apa pun, mereka suami isteri ini sama-sama bekerja dan faham akan situasi yang dihadapi oleh pasangan masing-masing. Dan kisah sweet ini dikongsikan oleh Puan Amira dalam grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
“Nie bukan masak tak jadi.. nie kantoi tak masak dengan suami.
Suami saya rider mcd..hari nie tiba-tiba malas nak masak.. cakap dengan anak-anak kita order mcd jew laa hari nie. Anak-anak pun suka laa..saya ingat kan dapat dekat rider lain..saya tunggu jugak rider tu call saya..tapi tak call-call.. tunggu dalam setengah jam dengar bunyi hon.. sekali keluar tengok suami sendiri yang hantar order tu.. patut laa dia tak call..hehe”
Perkongsiannya itu mendapat 85k tanda suka dan lebih 6K komen, membuatkan Puan Amira menegaskan sekali lagi dalam postingnya itu yang dia bukannya ibu yang malas masak.
“Saya cuma penat.. sebab saya pun berkerja jugak.. bila balik kerja saya sambung tengok anak-anak dekat rumah.. sebab suami saya buat order sampai malam..takut orang salah faham pulak.. ingat saya pemalas
”Doktor terang macam ini cara selamat beli makanan online.
Pasangan suami isteri ini adalah pekerja di restoran makanan segera McDonald. Yang mana, Puan Amira bekerja sebagai pekerja sambilan dan suaminya penghantar makanan.
Katanya, “ Aku dengan laki aku dua-dua ada SKM(Sijil Kemahiran Malaysia) boleh jew minta kerja hotel.. tapi masing-masing tak nak terikat dan kena ikut shift.. sebab kita orang dah ada anak-anak.. walaupun kitaorang dua-dua kerja.. anak-anak kitaorang yang jaga sendiri.
Alhamdulillah rezeki aku dapat masuk pagi jew.. tu pun dah kira rezeki kan..suami aku kerja tak ada waktu.. pukul berapa dia nak pergi, pukul berapa dia nak balik.. ikut suka dia.. pun kira rezeki jugak kan.. anak-anak pun membesar dekat rumah sendiri, membesar depan mata kitaorang.. aku tak malu pun aku hanya pekerja mcd jew.. walaupun gaji tak banyak mana..j anji kerja aku Halal dan Allah pun permudahkan banyak urusan kami laki bini
.”MW : Alhamdulillah.. semoga keluarga Puan Amira dilimpahi rezeki yang banyak. Sebenarnya beruntung dapat besarkan anak-anak depan mata dengan tangan sendiri ini.
Sumber/Foto : Amira Aziz