Isteri Beli Barang, Suami Jangan Banyak Tanya, Sebab Semua Untuk Keluarga Juga

Betulkan.. isteri kalau beli barang, dia akan lebihkan keperluan keluarga dia dulu; anak-anak dan suaminya. Lepas itu barulah, dia beli untuk diri sendiri. Itupun berkira betul, sebab takut terambil yang mahal. Sedangkan bahagian itu boleh diagih untuk keluarganya.

Jadi, suami.. janganlah bising tak tentu hala. Marah-marah bila isteri anda beli barang. Sebab, akhirnya semua yang dia beli tu untuk keluarganya juga. Sebab itulah, suami kena belajar macam mana nak hargai apa yang isteri dah laburkan itu.

Macam cara Abdul Muiez Ruslee ini, tahu macam mana nak hargai dan buat isteri tersenyum bahagia.

Duit Orang Perempuan, Selalu Dia Beli Apa

Perempuan ni, kalau dia dapat duit, apa yang dia akan beli?

Pertama, dia akan beli barangan untuk keluarga. Contohnya, baju tidur anak, periuk belanga, bunga dan macam-macam barang lagilah. Yang penting, semua untuk keluarga.

Baki yang ada tu, barulah dia akan beli handbag, kasut dan sebagainya. Itu pun, yang murah-murah saja.

Lelaki pula akan beli apa?

Pertama, dia akan beli barang untuk diri sendiri. Jam tangan, wallet, kasut, kamera dan seangkatan dengannya. Kira macam barang yang dah lama dia idamlah.

Kedua, barulah dia akan agih kepada keluarga.

Cuba tengok barang-barang dalam rumah kita. Siapa yang beli?

Ya, saya tahu, tak semua orang macam tu. Tak pasal-pasal nanti saya kena kecam pula. Walaupun tak ramai, jenis macam ni tetap ada. Termasuklah saya.

Minggu lalu, saya dikurniakan rezeki lebih. Duit YouTube dan bayaran pembelian buku oleh Perpustakaan Negara Malaysia masuk hampir serentak.

Saya dah asingkan untuk mak ayah, mentua dan juga isteri siap-siap. Ada juga bahagian untuk korban. Tak banyak pun, tapi bolehlah sorang sikit merasa.

Sebelum ni, saya pernah bagi duit dekat isteri. Apa dia beli? Haa, macam yang saya sebut tu lah. Semuanya untuk keluarga.

Ada Rezeki Lebih, Bawalah Orang Rumah ‘Shopping’ Emas

Kali ini, dengan sedikit rezeki yang saya dapat, saya tak nak bagi dia tunai. Saya bawa dia ke kedai emas.

Ma. Jom ke Tampin. Kita pergi kedai emas. Tengok-tengok saja.”

IKLAN

Bersinar matanya. “Mana boleh tengok saja.”

Kami sama-sama ketawa. “Jomlah. Ada rezeki, bolehlah beli.”

Duit yang Baba bagi haritu, gunalah untuk beli gelang. Dapat yang biasa pun ok dah.”

Cerah muka dia weh. Yalah, perempuan memang pantang cerita pasal emas. Terus naik.

Bajet berapa?”

Berapa yang ada tu lah. Nanti tak cukup, dapat duit moratarium nanti, Baba tambah lagi.”

Syukur. Bukan main gembira dia.

Ada beberapa kedai emas yang kami pergi. Akhirnya, kami memilih untuk singgah di satu kedai.

Bersinar mata dia bila tengok pulut dakap. Fuhhh. macam ni rupanya pulut dakap yang orang ceritakan tu.

Akhirnya, dia memilih untuk membeli seutas gelang dan sebentuk cincin.

IKLAN

Tak mahal pun. Cukuplah untuk dihantar ke ar-rahnu kalau terdesak

Dia punya senyum, Masya Allah sampai ke telinga. Seronok saja tengok dia gembira.

Isteri Beli Barang, Suami Jangan Banyak Tanya, Sebab Semua Untuk Keluarga Juga

Isteri Tak Nak Hadiah Mahal Pun..

Rakan-rakan sekalian. Begitulah isteri kita, kan. Mereka bukan nak hadiah besar-besar. Tapi cukuplah satu pemberian yang boleh membahagiakan mereka. Walaupun hanya sekeping coklat.

Kau banyak duit, bolehlah.”

Amin. Tapi hakikatnya, tak tuan-tuan sekalian. Saya tak banyak duit. Cukup pakai sendiri dan untuk sedekah saja. Pernah adik saya bagitahu, “Muiez, pekerja kedai ayah tu belum ada suami.”

Tahu apa isteri saya cakap?

Dia bukannya mampu, Epi.”

Hahahaha. Ciskek.

IKLAN

Itulah realitinya.

Kalau ikutkan, saya pun tak tahu bila kali terakhir saya belikan emas untuk isteri. Yang dia beli selama ni pun, dia jual itu, dia beli yang ini. Saya hanya topup seratus dua. Nak kata guna duit saya, taklah.

Jadi, dengan rezeki kecil yang ada ni, memang sepatutnya saya hadiahkan senyuman pada wajahnya, selepas sekian lama dia penat melayan kerenah suami yang nakal ni.

Jangan Banyak Tanya Kalau Isteri Beli Barang

Kawan-kawan.

Kalau isteri kita beli apa-apa barang, jangan banyak tanya. Kalau sehari 8 bungkus poslaju sampai, buat tak tahu saja. Walaupun dia hanya beli beberapa keping penyangkuk daripada China yang memakan masa sebulan nak sampai. Jangan banyak bunyi.

Nanti keluar ayat, “Kalau saya tak beli, abang nak beli?” Biru muka kita nak jawab boi.

Kedua, jika ada rezeki lebih, belanja lah apa-apa untuk isteri. Tak payah mahal-mahal bang. Buka Shopee, beli coklat Cadbury dan pos ke alamat tempat kerja. Kalau nak sedap, belilah Whittaker Almond Gold, Ritter Sport atau Ferrero Roche.

Sampai saja bungkusan di tangan mereka, tak lama lepastu, mesti dapat mesej “I Love You bang.”

Fuhhh. Balik kerja, kalian tengoklah. Paling tidak, ayam golek ada atas meja. Itupun kalau ada stok ayamlah. Kalau takda, mungkin makan telur goreng saja. Itu pun ayam juga. Seekor lagi.

Syukurlah sebab dia nak masak. Tapi, semangat dia lepas dapat hadiah, confirm lain maciam perginya.

Jadi, hargailah orang yang sayang kita. Berilah kasih sayang, nescaya kita akan disayangi.

All the best Bro.

Eh, kalian baca ke panjang-panjang macam ni? Terima kasih kerana sudi baca.

MW : Isteri bukan nak hadiah mahal-mahal pun, asal suami tahu hargai penat lelahnya itu dah cukup membahagiakan.

Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI