Keadaan sekarang memerlukan pasangan bekerja untuk teruskan kehidupan. Tapi, kalau isteri kerja sekalipun, jangan sampai isteri ambil peranan suami. Sementelah dengan suami ambil kesempatan pula.
Sebenarnya, isteri ambil peranan sebagai ketua keluarga, bila suami mengharapkan sepenuhnya dan kerah tenaga fizikal isteri untuk melakukan semua kerja rumah. Ini termasuklah tanggungjawab dalam perbelanjaan rumah.
Sebagai hidup berpasangan, janganlah suami lepas tangan dan menunggang pasangan untuk kesenangan diri sendiri. Kupasan yang menarik dari perkongsian Sharifah Zahidah ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Tak Menarik Sebab Kerja Rumah Dia Uruskan, Suami Jangan Pandang, Bandingkan Perempuan Lain
Kerja Rumah Jangan Bagi Isteri Penat Seorang, Kena Sama-Sama, Elak Rumahtangga TENAT
BERPASANGANAN BERMAKNA SALING MEMBERI KESAN
Saya teringat ayat dalam Surah An Naba, ayat 8:, “وَخَلَقْنَـٰكُمْ أَزْوَٰجًۭا ”
“Dan kami menciptakan kamu secara BERPASANG-PASANGAN.”
Berpasangan, bukan sekadar SALING BERTEMAN seperti yang paling common difahami. Tapi, berpasangan adalah pada SALING MEMBERI KESAN. Baik cara kita berperanan, baiklah kesannya pada pasangan. Buruk cara kita berperanan, buruklah kesannya pada pasangan.
Pen tanpa penutup, akan menyebabkan dakwat pen rosak dan kering. Penutup tanpa pen, menyebabkan tiada hasil/outcome yang akan terhasil. Kewujudan keduanya, pen dan batang pen sebenarnya saling memberi kesan. Begitulah kita dan pasangan. Baik peranan kita, baiklah kejadian dan urusan pasangan.
Biar saling berperanan, bukan menunggang pasangan dan biarkan isteri ambil peranan dalam rumahtangga.
Yang paling penting, kita kena COMPATIBLE dengan pasangan kita. Kalau kita penutup pen, pasangan adalah pen – tapi saiz tak compatible – maka terbazirlah potensi dan peranan kedua-dua pihak ini. Penutup terbazir tak dapat menutupi, pen pula terbazir sebab tak dapat berfungsi.
Sebab itu, mencari yang SEKUFU dan yang mempunyai wawasa sama dengan kita adalah perkara kritikal dalam mencipta rumahtangga yang BERFUNGSI.
MENUNGGANG PASANGAN
Berfungsi ni, dalam erti kata lain, bermaksud kita saling memberi kesan baik kepada pasangan kita kerana suami isteri dipasangkan untuk BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN. Bukan seorang menunggang seorang yang lain. Simbiosis, bukan parasitisme.
Bab ‘menunggang’ ni memang banyak terjadi baik di pihak lelaki mahupun perempuan.
Bagaimana menunggang pasangan?
Apabila si suami pergunakan isteri dan mengerah ‘tenaga fizikal’ isteri sehingga isteri bertukar mengambil peranan suami. Menjadikan soal mencari nafkah sebagai soal utama dalam hidupnya. Suami pula berlepas tangan sewenangnya.
Suami tak salur TENAGA FIZIKAL dia untuk isteri dan rumahtangga. Ini menunggang pasangan.
Atau apabila seorang isteri mempergunakan suami dan menjadikannya semata sebagai mesin ATM tanpa menyalurkan rasa cinta dan bahagia buat mengubat lelah sang suami yang bekerja. Duit suami dia nak, tapi nak beri hati dan cinta dia pada suami sendiri sangat berkira. Isteri tak salur TENAGA CINTA/EMOSI dia untuk suami dan rumahtangga. Ini menunggang pasangan.
Banyak kan, kes isteri asyik complaint nafkah tak cukup, serba serbi kurang dari sang suami walau suami dah kerja macam lembu mencukupkan segala keperluan buat dirinya dan keluarga tapi dia tak reti nak appreciate penat lelah suami. Buat suami akhirnya terluka dan makan hati.
Banyak juga, kes suami tak sedar diri asyik complaint isteri tak bantu bab nafkah, walhal isteri tulah yang bekerja tanggung 90% belanja rumah, jaga anak, siapkan dan hantar anak sekolah, segalanya diletak di bahu sang isteri melebihi upaya dan tenaganya sebagai seorang wanita. Buat isteri terluka dan makan hati.
Kita diciptakan dengan peranan berbeza bukan untuk menunggang pasangan. Kita diciptakan berbeza agar masing-masing dapat berperanan.
KENALI KEKUATAN YANG ALLAH BERI
Lelaki kekuatannya adalah pada TENAGA FIZIKAL. Penat macam mana bekerja cari rezeki, itu adalah BEARABLE untuk mereka. Biar sahaja mereka penat cari nafkah buat keluarga. Jangan stopkan. Cuma pulihkan tenaga fizikal mereka dengan memberikan kasih sayang dari tenaga cinta kita selayaknya.
Wanita kekuatannya adalah pada TENAGA CINTA. Penat macam mana mencintai (ya, mencintai memerlukan banyak tenaga emosi ya), itu adalah BEARABLE dan dia akan terus boleh mencintai dengan luar biasa. Ini yang kita nak kena bagi pada suami dan keluarga.
BUKAN BAGI TENAGA FIZIKAL kita yang secoet ni saja. Memang kita akan burn out! Suami jangan jadi dayus minta tenaga fizikal isteri yang limited. Cukup minta kasih sayang sebab isteri ada banyak stok kasih sayang.
Dan suami jangan jadi bacul kedekut tenaga fizikal untuk isteri dan keluarga. Sebab kalian ada banyak tenaga ini! Isteri perlukan tenaga fizikal anda untuk
menggerakkan keluarga! Anda perlukan tenaga cinta mereka untuk menggerakan jiwa anda!
Masing-masing ada kekuatan yang berbeza menyebabkan peranan kita juga berbeza. Tak salah isteri bekerja, asalkan BEBAN bukan dipindahkan atas bahunya. Bekerja sebab dia happy, dan bekerja sebab dia WAJIB menafkahi keluarga adalah dua perkara dengan tekanan yang berbeza.
Semua Beban Isteri Tanggung
Yang buat ramai wanita-wanita bertukar menjadi singa dan naga, adalah kerana kesakitan dan beban yang mereka tanggung adalah melebihi keupayaan yang ALLAH dah design dalam diri mereka.
Kekuatan mereka bukan pada TENAGA FIZIKAL yang kena kerah menjadi PENCARI REZEKI utama dalam keluarga.
Kekuatan mereka adalah pada TENAGA CINTA (EMOSI) yang mereka boleh salurkan untuk membentuk cuaca rumahtangga yang sentiasa bahagia dan ceria untuk keluarga.
Yang membuatkan lelaki ramai jadi buaya dan durjana, adalah kerana dia tak gunakan TENAGA FIZIKALNYA dengan betul menyebabkan sistem fungsi dirinya terganggu dan hidup penuh keliru sampai akhirnya memilih menjadi biawak hidup yang gagal berperanan sebagai anak jantan sejati. Lelaki zaman sekarang cukup keliru walau benda paling basic nak faham iaitu tentang tanggungjawab menafkahi keluarga.
Lelaki ALLAH cipta bekerja, aktif bergerak secara fizikal atau secara intelektual. Tapi, bila terikat di kerusi dengan game, judi online, tidur berlebihan, tengok tv dan beristirehat berjam lamanya – habis rosak otak dan fungsi kelelakiannya.
Sistem pendidikan di akhir zaman ini kurang meraikan fitrah anak lelaki yang lebih banyak memaksa mereka untuk DUDUK dan DENGAR berbanding BUAT DAN TUNJUK (menjadi ketua/contoh tauladan). Anak lelaki kena melasak, kena pimpin orang, kena tunjuk apa dia buat, kena laksanakan/execute perancangan. Bukan duduk dan turut.
Bila dari kecil terbiasa duduk dan turut, walhal lelaki fitrahnya bergerak dan tangkas,
hebatdan perkasa, akhirnya lelaki menjadi pondan apabila sampai bab berperanan.
Otot mereka lemah. Kerja sikit dah penat. Itu yang balik rumah terus pengsan sampai langsung tak pandai nak tolong isteri yang berperang seharian jaga anak dan menjaga urusan rumahtangga.
Penat sangat katanya! Sebab? Otot tubuh yang dibesarkan dengan manja dan ‘duduk-duduk’ saja. Balik rumah buat buta, main HP sesedap rasa walhal isteri yang turut sama kerja, menyinsing lengan kena mengurus segalanya.
Begitulah kecelaruan yang terjadi dalam isu berperanan dalam rumahtangga hari ini.
Benda simple saja sebenarnya. ALLAH dah sebut dalam Al Quran hakikat kita lelaki perempuan ini bagaimana.
Tapi bila kita buat-buat tak faham….
Maka caca merba sistem kekeluargaan kita jadinya.
Yang lelaki jadi pondan. Yang perempuan berlebih dari jantan.
Anak-anak membesar tengok bapa duduk rumah, ibu pula yang bekerja. Maka jadinya apa nanti? Kita reprint biawak hidup (lelaki manja) dan naga jadian (wanita terbeban) dalam generasi-generasi seterusnya. Wanita kemain kasar dan hati kering zaman sekarang. Lelaki kemain malas dan pondan pantang buat kerja dah pengsan.
Semoga semua pasangan yang teruji dengan ujian ‘bertukar peranan’ atau ujian ‘ditunggang pasangan’ ini akan dapat selesaikan konflik yang melanda dengan sebaik cara.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang cara suami yang lepas tangan inilah boleh buat isteri jadi ‘raja’ dalam rumahtangga.
Sumber: Sharifah Zahidah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita