Isteri-isteri yang bekerja kalua dapat cuti, kemudian boleh me-time tanpa gangguan memang cukup teruja. Inilah ubat baik pulih emosi yang paling mujarab.

Tak perlu percutian mewah dan mahal, cukuplah dapat berehat di rumah dan layan drama kesukaan. Lagi-lagi bagi isteri yang bekerja syif dan susah dapat cuti, mereka cukup teruja bila setiap kali dapat cuti. Kalau suami bawa bercuti itu bonuslah.

Ikuti perkongsian Mohd Fhais ini dan selamilah perasaan isteri yang bekerjaya:

“Abang esok sayang cuti”

Tup tup pagi ini naik notifikasi di facebook isteri tag dekat page
Jalan-Jalan Cuti Santai

Siap bagi hint lagi nak bercuti la tu…

Isteri Teruja Kalau Dapat Cuti

Patutlah dari 10 hari lepas lagi dia sudah beritahu hari apa dia akan cuti. Dapat saja jadual kerja terus dia buat pengumuman dekat rumah.

“Ok bang, minggu ini sayang cuti hari selasa, minggu depan hari jumaat”.

Walaupun dia tahu yang laki dia ini tak akan ingat pun pengumuman macam tu tetap dia nak beritahu juga.

Ads

Lagi hendak dekat cuti lagi kerap dia ulang tayang iklan cuti.

Masa call, dekat akhir perbualan pun akan terselit iklan cuti,
“Esok sayang cuti”

Masa tengah makan pun ada iklan cuti,
“Lusa sayang cuti”

Masa nak tidur pun sempat lagi iklan cuti,
“Abang hari jumaat sayang cuti tau, good night”

Wanita Bekerja Kemaruk Cuti

Rasanya siapa kerja dekat hospital memang akan kemaruk cuti macam ini.

Ads

Bonus tak bagi dia tak hairan tapi kalau cuti kena tarik, dengan pengarah hospital pun dia sanggup berdebat. Dahsyat!

Sebabnya satu saja. Dia hendak berehat. Dia hendak tenangkan fikiran. Dia nak reset emosi. Dia sangat perlukan Me-Time…

Kerja hospital ini penat wei. Saya sudah tengok sendiri. Depan mata nampak macam kerja mereka ini tak penat, tak berat, kerja pun dalam aircond.

Tapi hakikatnya kerja mereka ini sangat-sangatlah penat. Fizikal, mental dan emosi semua kepenatan. Di tambah pula dengan waktu rehat yang tak menentu.

Hari ini kerja siang, esok kerja malam. Ada yang kerja malam berturut-turut pun ada. Serius penat.

Cuti Jadi Ubat Untuk Emosi

Ads

Tidur sehari suntuk pun belum tentu penat ini semua boleh hilang.
Mereka ini sangat perlukan Me-Time, itu sahajalah ubat untuk baik pulih mental dan emosi mereka.

Tak dapat cuti mahal-mahal pun dia tak kisah asalkan dia dapat buat aktiviti yang dia suka dan terhibur.

Alah isteri saya tu dia memang suka tag tempat tempat percutian menarik ni tapi sudahnya dia lebih suka duduk rumah layan drama tanpa sebarang gangguan. Itu la Me-Time paling mahal bagi diri dia.

Tapi kalau dapat bawa pergi bercuti dialah orang paling teruja sekali. Dapat buat Family-Time katanya.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais

Semua isteri bekerja sama je!
.
.
Banyak lagi cerita dan info menarik tentang kekeluargaan di channel telegram saya silakan klik
Isteri Bekerja Kalau Dapat CUTI, Boleh Me-Time Cukup TERUJA, Ubat Baik Pulih EMOSIt.me/CoretanFhais

MW: Wanita yang bekerja atau menjadi suri rumah sepenuhnya masing-masing penat menguruskan keluarga. Jadi apa salahnya sesekali suami bagi “cuti” buat isteri untuk me-time. Bukan selalu pun, sekurang-kurangnya emosi isteri terubat dan motivasinya untuk menguruskan keluarga meningkat.

Sumber: Mohd Phais

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI