Isteri Baru Bersalin 4 Bulan Ditalak Suami, Gara-Gara Mak Mentua Tidak Suka

Share

Isteri baru bersalin 4 bulan ditalak suami, gara-gara mak mentua tidak suka. Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga, pasti inginkan rumahtangga mawaddah, sakinah dan rahmah. Perkahwinan adalah perkongsian dua jiwa antara lelaki dan perempuan, mengemudi rumahtangga dengan cara mereka mengikut lunas agama.

Namun tidak semua rumahtangga itu bahagia kerana adanya campur tangan dari mentua. Lebih menyedihkan suami yang diharap mempertahankan rumahtangga hanya mengikut saja cakap emaknya tanpa sebab munasabah.

Isteri Baru Bersalin 4 Bulan Ditalak Suami

Di media sosial viral curahan hati seorang ibu muda, Azaria Sherin Nur Syafa yang mengajukan soalan kepada Ustaz Hanan Attaki tentang masalah rumahtangga dilaluinya. Dirinya ditalak ketika baru melahirkan anak kecilnya gara-gara tidak disukai mentua tanpa sebab yang jelas.

Dalam pertanyaan kepada Ustaz Hanan dalam satu forum ilmu, Sherin bercerita dirinya bertemu suami pada 2015 dan  pertemuan kedua pada 2021. Dari perkenalan itu, dirinya dirisik dan mereka bernikah pada 2022. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki  dalam keluarga kecilnya.

 

Tapi malangnya, dari awal perkahwinan hingga saat sudah melahirkan seorang cucu, kini berusia 4 bulan mentuanya tetap tidak menyukai dirinya walau dia tidak tahu di mana salahnya. Dirinya telah dijatuhkan talak pada 16 Jun 2023 yang lalu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Dicerai Suami Talak 3 Selepas 7 Tahun Berkahwin, Namun Ia Hari Paling Bahagia Buat Wanita Ini

‘Suami Hidap OCD, Sangat Cerewet.’ Wanita Ini Kecewa DiCeraikan Selepas 8 Hari Berkahwin

Bergantung Suami 100 Peratus, Tiada Pekerjaan, Anak Ramai & Bakal DICERAIKAN, Ini Wanita Perlu Buat!

Suami Minta Izin Kahwin Lagi Sebab Zuriat, Dah Poligami Isteri Pertama Hamil Itulah Dicerai

Gara-Gara Mak Mentua Tidak Suka

Masa yang sama, wanita muda ini bertanya pada Ustaz Hanan Attaki apakah dia berdosa jika melawan mentua yang mencampuri urusan rumahtangganya dengan suaminya? Pada hal selama ini dirinya meredhao dan mengikhlaskan jika suami memberikan nafkah kepada orang tuanya tanpa memberi kepada isteri dan anaknya.

Dia juga bertanyakan apakah  suami berdosa jika meninggalkan isteri dan anaknya yang masih memerlukan susuk seorang ayah.

Menangis saat wanita muda ini berkongsi curahan hati ini, Ustaz Hanan pun memberikan jawapan atas pertanyaan Sherin. Dia menyebut salahsatu musibah besar adalah ujian perpisahan dalam rumah tangga.

“Ujian berpisah dalam rumah tangga itu musibah besar. Dan itu termasuk peristiwa yang disukai oleh iblis. Iblis itu akan sangat bangga ketika tentera kecilnya berhasil memisahkan seorang lelaki dengan isterinya. Itu dinyatakan dalam Al-Quran. Sehingga salah satu di antara musibah paling besar itu adalah perceraian,” jelas Ustaz Hanan.

Ustaz Hanan juga menasihatinya agar tidak perlu khuatir jika anak kecilnya kekurangan kasih sayang seorang ayah, Kerana perhatian Allah itu  lebih baik dari perhatian bekas suaminya.

“Saat kehilangan sesuatu, bukan bererti telah kehilangan segalanya. Allah akan menggantikan yang lebih baik daripada sesuatu yang telah pergi.

“Tapi ketika kita kehilangan sesuatu, kita bukan kehilangan segalanya. Orang beriman boleh kehilangan, tetapi dia tidak kehilangan segalanya kerana dia selalu punya Allah dalam hidupnya. Dan ketika kita kehilangan sesuatu Allah menggantikan sesuatu. Perancangan, Allah lebih baik daripada sesuatu yang telah pergi itu,”kata Ustaz Hanan.

Benarlah, rumahtangga anak akan rosak jika mendapat mentua yang teruk.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Kagum dengan semangat wanita prihatin, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tidak putus-putus mengumpul dana bagi membantu saudara sesama Islam kita di Gaza yang ditimpa musibah.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros