Isteri baru bersalin 4 bulan ditalak suami, gara-gara mak mentua tidak suka. Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga, pasti inginkan rumahtangga mawaddah, sakinah dan rahmah. Perkahwinan adalah perkongsian dua jiwa antara lelaki dan perempuan, mengemudi rumahtangga dengan cara mereka mengikut lunas agama.
Namun tidak semua rumahtangga itu bahagia kerana adanya campur tangan dari mentua. Lebih menyedihkan suami yang diharap mempertahankan rumahtangga hanya mengikut saja cakap emaknya tanpa sebab munasabah.
Isteri Baru Bersalin 4 Bulan Ditalak Suami
Di media sosial viral curahan hati seorang ibu muda, Azaria Sherin Nur Syafa yang mengajukan soalan kepada Ustaz Hanan Attaki tentang masalah rumahtangga dilaluinya. Dirinya ditalak ketika baru melahirkan anak kecilnya gara-gara tidak disukai mentua tanpa sebab yang jelas.
Dalam pertanyaan kepada Ustaz Hanan dalam satu forum ilmu, Sherin bercerita dirinya bertemu suami pada 2015 dan pertemuan kedua pada 2021. Dari perkenalan itu, dirinya dirisik dan mereka bernikah pada 2022. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki dalam keluarga kecilnya.
Tapi malangnya, dari awal perkahwinan hingga saat sudah melahirkan seorang cucu, kini berusia 4 bulan mentuanya tetap tidak menyukai dirinya walau dia tidak tahu di mana salahnya. Dirinya telah dijatuhkan talak pada 16 Jun 2023 yang lalu.
Masa yang sama, wanita muda ini bertanya pada Ustaz Hanan Attaki apakah dia berdosa jika melawan mentua yang mencampuri urusan rumahtangganya dengan suaminya? Pada hal selama ini dirinya meredhao dan mengikhlaskan jika suami memberikan nafkah kepada orang tuanya tanpa memberi kepada isteri dan anaknya.
Dia juga bertanyakan apakah suami berdosa jika meninggalkan isteri dan anaknya yang masih memerlukan susuk seorang ayah.
Menangis saat wanita muda ini berkongsi curahan hati ini, Ustaz Hanan pun memberikan jawapan atas pertanyaan Sherin. Dia menyebut salahsatu musibah besar adalah ujian perpisahan dalam rumah tangga.
“Ujian berpisah dalam rumah tangga itu musibah besar. Dan itu termasuk peristiwa yang disukai oleh iblis. Iblis itu akan sangat bangga ketika tentera kecilnya berhasil memisahkan seorang lelaki dengan isterinya. Itu dinyatakan dalam Al-Quran. Sehingga salah satu di antara musibah paling besar itu adalah perceraian,” jelas Ustaz Hanan.
Ustaz Hanan juga menasihatinya agar tidak perlu khuatir jika anak kecilnya kekurangan kasih sayang seorang ayah, Kerana perhatian Allah itu lebih baik dari perhatian bekas suaminya.
“Saat kehilangan sesuatu, bukan bererti telah kehilangan segalanya. Allah akan menggantikan yang lebih baik daripada sesuatu yang telah pergi.
“Tapi ketika kita kehilangan sesuatu, kita bukan kehilangan segalanya. Orang beriman boleh kehilangan, tetapi dia tidak kehilangan segalanya kerana dia selalu punya Allah dalam hidupnya. Dan ketika kita kehilangan sesuatu Allah menggantikan sesuatu. Perancangan, Allah lebih baik daripada sesuatu yang telah pergi itu,”kata Ustaz Hanan.
Benarlah, rumahtangga anak akan rosak jika mendapat mentua yang teruk.
Kagum dengan semangat wanita prihatin, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tidak putus-putus mengumpul dana bagi membantu saudara sesama Islam kita di Gaza yang ditimpa musibah.
Bila ada pengkritik fesyen memuat naik satu status larangan individu 60 kg menghadiri fashion show, ramai sungguh yang memberi sokongan moral pada mereka yang bersaiz besar ini. Pelakon Fasha Sandha pun sama turut mempersoalkan ‘mengapa berat 60 kg tak boleh ke pertunjukan fesyen?’.
“Apa masalahnya kalau orang saiz besar nak pergi fashion show?” Ini respons Fasha yang dimuat naik dalam instagram miliknya.
Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Binti Hassan, 34 yang ketika ini sedang menjalani penggambaran drama ‘Istana Firdausi’ turut terkesan dengan status sedemikian.
“So what if manusia berate lebih 60 kg nak pergi fashion show? Apa masalahnya? Dulu I pun pernah lebih 60 kg. Haih.. Apa laa..” tambah ibu kepada dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Saya Pernah Lebih 70 KG, Walau Sekarang Dah 57.8 KG
Fasha juga memaklumkan betapa satu cabaran bagi orang yang genetiknya berbadan besar nak jaga badan. Macam-macam usaha perlu dilakukan demi nak dapatkan badan langsing. Fasha memahami kesukaran tersebut.
“Tak baik hina orang yang genetik memang dah semulajadi besar. Kalau jenis kurus kering sebab genetik, memang selamanya akan kecik walau melantak 2 pinggan nasi.”
“You tau betapa seksanya orang yang genetik berbadan besar ni jaga badan? Makan pun kena catu tau. Kepada yang dihina oleh wanita jelita kurus tersebut. Saya harap awak tabah.”
“Jangan risau, saya pun pernah lebih 70 kg walaupun sekarang dah 57.8 kg.”
“Kita sama-sama buktikan, kita boleh berjaya. Saya sokong team perempuan besar.”
Tapi Persoalannya..
“Apa masalahnya kalau orang saiz besar nak pergi fashion show? Sepatutnya orang bijak pandai fashion macam you, bagi semangat pada orang. Bukan memberi hinaan”
“Orang bersaiz besar pun layak untuk berfesyen dan bergayakan?” Benarlah seperti kata Fasha ini, wanita bersaiz besar pun tetap punya perasaan mahu kelihatan cantik dan berpakaian menawan.
Malah di New York Fashion Week 2018 pun ada saga model plus-size yang berjalan catwalk di pentas runaway. Mungkin ‘dia’ tak tahu wanita chubby ni sweet dan ada aura tersendiri sebenarnya.
Jeli Kelapa buah-buahan dan Jeli Oren ini bukan sahaja cantik malah sangat sesuai mak-mak sediakan sebagai pemanis mulut ketika ada majlis tertentu, seperti Birthday Party anak nanti. Malah boleh ‘pancing’ anak-anak yang tak suka makan buah-buahan dengan jeli berwarna-warni ini. Cara buat jeli ni pun mudah sangat, boleh libatkan anak-anak tolong buat sekali bersama-sama.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Puan Yasmin Karim sebagai rujukan;
Jeli Kelapa + Buah-Buahan Campuran
Bahan-Bahan:
1 peket serbuk konyaku
100 gram atau 1/2 cawan gula tebu organik
900ml air kelapa muda (air dari 1 kelapa setengah)
Buah-buahan ikut suka berapa banyak nak letak
p/s: Min guna gula tebu organik bukan sebab hipster tau, tapi sebab sedap. Bila buat sirap dengan gula tebu organik rasa dia macam air tebu dan tak terlalu manis potong kaki.
Cara Membuat:
1. Boleh kerah anak-anak tolong susun buah-buahan dalam acuan. Min suka guna silikon senang keluarkan. Beli dekat mr diy je.
2. Gaul dulu serbuk konyaku dengan gula tebu. Kalau tuang terus dalam air mendidih dia akan jadi berketul.
3. Dah gaul tuang serbuk konyaku dalam air kelapa yang dah dididihkan. Tuang sikit-sikit dan whisk sampai habis.
4. Dah larut semua gula cepat-cepat tuang bancuhan dalam acuan.
Min suka guna buah-buahan yang firm macam blueberry, strawberry dan kiwi sebab bila nak keluarkan dari acuan senang dan cantik.
1. Perah jus oren.
2. Keluarkan serat-serat oren daripada kulit oren.
3. Didihkan air dan jus oren.
4. Masukkan gula dan serbuk konyaku.
5. Bila gula dah larut sendukkan bancuhan tu dalam kulit oren.
6. Masukkan dalam peti ais lebih kurang sejam dan bila dah keras boleh potong dan serve.
Jodoh kami sampai di sini, Nurul Shuhada bakal fail pengesahan lafaz cerai 1 Mac yang jatuh pada hari lahirnya.
Segalanya nampak seperti sempurna selepas isu rumahtangganya diganggu pihak ketiga. Namun tiada angin tiada ribut, malam tadi akhbar melaporkan pelakon Hafidz Roshdi sudah melafazkan talak satu kepada isterinya, Nurul Shuhada bersaksikan ahli keluarganya.
Pasti ramai yang seakan tidak percaya dan menaruh simpati akan perjalanan kisah rumahtangganya. Menyedihkan dirinya akan memfailkan pengesahan lafaz cerai itu 1 Mac yang kebetulan jatuh pada hari lahirnya sendiri.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Jodoh Kami Sampai Di Sini
Selepas isu ini tular di media sosial di Insta Storinya, Nurul Shuhada berkongsi hantaran yang berbaur kesedihan.
Dalam hantarannya itu, ibu dua anak ini, Humairah, 6 dan Umar, 2 dirinya turut berkongsi kata-kata yang dipetik dari satu akaun Instagram lain mengenai hubungan cinta.
“Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak. Amin, yamujib,” tulisnya.
Antara petikan yang tertera dalam kata-kata yang dikongsikan Shuhada adalah mengenai bagaimana orang yang tepat, akan menjaga hubungan cinta.
“Orang yang tepat akan tahu bagaimana untuk memegang cintamu. Orang yang tepat akan memilihmu seperti mana kamu memilihnya,” tulis kata-kata itu.
Shuhada Bakal Fail Pengesahan Lafaz Cerai 1 Mac Yang Jatuh Pada Hari Lahirnya
Memetik laporan Harian Metro, dirinya hanya menuturkan kata-kata “jodoh kami sampai di sini” dan enggan mengulas lebih lanjut serta minta diberikan ruang buatnya.
“Saya minta maaf, buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsikan lagi. Cuma, saya mohon doakan semoga hati saya dan anak-anak reda, insya-Allah. Selebihnya, tunggulah 1 Mac ini,” katanya.
Teka teki rumahtangga pasangan ini mula hangat selepas Hafidz dilihat tidak lagi memuat naik gambar isterinya di instagram sebaliknya yang tinggal hanyalah gambar dua anaknya. Namun dirinya kemudian menafikan rumahtangganya bermasalah.
Isu menjadi lebih hangat selepas Nurul Shuhada menulis ada pihak lain mengganggu rumahtangganya sehingga seorang wanita. Athira Yuhada membuat permohonan maaf dan mengakui hubungannya dan Hafidz sudah berakhir namun ketika itu dilihat Hafidz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan wanita dikaitkan dengannya. Sehinggalah media melaporkan pelakon ni sudah menceraikan isterinya semalam.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...