Kekeluargaan

Isteri Banyak Bantu Ringankan Beban Kewangan Suami, Sebab Itu Nampak Stabil, Jangan Suka-suka Nak Sondol

Share

Isteri banyak bantu ringankan beban kewangan suami, sebab itu nampak stabil, jangan suka-suka nak sondol. Suami orang memang nampak stabil sebab banyak bebanan dia ditanggung bersama isteri, maka wanita di luar sana jangan ganggu.

Nama pun suami orang pasti sahaja, ada isteri disisi membantu itu dan ini demi kelangsungan hidup bersama. Jika tiada isteri yang membantu mungkin suami orang tersebut masih belum stabil.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik mengapa lelaki atau ”suami orang” ini lebih stabil:

Betul ke suami orang ini “lebih stabil” daripada orang bujang?

Mari saya hendak singkap di sebalik mitos kestabilan itu.

Dalam perjalanan hendak stabilkan kehidupan sebagai seorang lelaki yang jadi suami dan juga ayah ini, sebenarnya sudah macam-macam yang ditempuhi dan dihadapi.

Pergi kerja naik motosikal tak kira hujan atau panas sebab tidak ada kereta lagi.

Bukan Mudah Nak Stabil

Kerja sampai 12 jam sehari dan kadang-kadang lebih untuk cari rezeki… Tiada istilah hujung minggu kalau hujung minggu itu digunakan untuk cari pendapatan extra… Tengah bulan kira syiling, seminggu sebelum gaji tiap-tiap hari makan mi segera.

Duit pekin (berjimat), makan ikat perut…kadang-kadang lapar pun sanggup tak makan sebab hendak guna duit untuk perkara lain… Hendak beli kereta, nak bayar deposit rumah, mahu beli perabot, hendak beli barang elektrik.

Betapa teruknya dia kumpul, himpun, kerah, perah apa yang dia ada.

Tup, tup… orang nampak, suami orang ini stabil… Yang menstabilkan suami orang ini adalah seorang perempuan yang naik motosikal pergi kerja dalam hujan dan panas.

Malah, yang menstabilkan suami orang ni adalah seorang perempuan yang turut bekerja, berniaga untuk menampung apa yang tak cukup…

Yang menstabilkan suami orang ini adalah seorang perempuan yang jadi dropship, agen untuk duit sampingan…

Kemudian yang menstabilkan suami orang ini adalah seorang perempuan yang kira duit syiling sama-sama, makan mi segera dan ikan kering sama-sama…

Suami orang nampak stabil sebab banyak urusan dia dipermudahkan isteri… Sudah tentu suami orang nampak stabil sebab banyak kewajipan dia dikongsi isteri.

Suami orang nampak stabil sebab banyak bebanan dia ditanggung bersama isteri…

Dia stabil sebab ada isteri…

Jadi, jika anda nampak suami orang itu stabil, maka jangan ganggu “kestabilan” dia…

Jangan ada mindset yang suami orang ini sudah punya semua, berharta, ada itu ini, jika anda tidak berada dan nampak dia ketika dia tidak punya apa-apa…

Jika dia masih naik motosikal, makan mi segera sebelum gaji dan seluar dalam pun tak berganti, maka masih mahukah anda dengan dia?

Jadi wanita di luar sana yang berkenan dengan suami orang yang kononnya nampak stabil kerana wujudnya seorang isteri yang banyak berkorban. Suami pun jangan lupa diri yang hidupnya makin stabil kerana seorang isteri. Renung-renungkan.

Sumber: Firdaus Shakirin

Baca juga artikel lain: Bila Suami Anak Selalu BANTU Lakukan TUGASAN Rumah, Hati Isteri PASTI Berbunga

Suami Kurang Berkemampuan, Ini Caranya Berterima Kasih Pada Isteri Yang Sanggup Membantu

ISTERI Gunakan Kudrat Bekerja BANTU Suami, Sampai Hati Suami BERKIRA Buat Kerja Rumah

 

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 

 

 

Published by
Has