Isteri banyak bantu ringankan beban kewangan suami, sebab itu nampak stabil, jangan suka-suka nak sondol. Suami orang memang nampak stabil sebab banyak bebanan dia ditanggung bersama isteri, maka wanita di luar sana jangan ganggu.
Nama pun suami orang pasti sahaja, ada isteri disisi membantu itu dan ini demi kelangsungan hidup bersama. Jika tiada isteri yang membantu mungkin suami orang tersebut masih belum stabil.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik mengapa lelaki atau ”suami orang” ini lebih stabil:
Betul ke suami orang ini “lebih stabil” daripada orang bujang?
Mari saya hendak singkap di sebalik mitos kestabilan itu.
Dalam perjalanan hendak stabilkan kehidupan sebagai seorang lelaki yang jadi suami dan juga ayah ini, sebenarnya sudah macam-macam yang ditempuhi dan dihadapi.
Pergi kerja naik motosikal tak kira hujan atau panas sebab tidak ada kereta lagi.
Bukan Mudah Nak Stabil
Kerja sampai 12 jam sehari dan kadang-kadang lebih untuk cari rezeki… Tiada istilah hujung minggu kalau hujung minggu itu digunakan untuk cari pendapatan extra… Tengah bulan kira syiling, seminggu sebelum gaji tiap-tiap hari makan mi segera.
Ads
Duit pekin (berjimat), makan ikat perut…kadang-kadang lapar pun sanggup tak makan sebab hendak guna duit untuk perkara lain… Hendak beli kereta, nak bayar deposit rumah, mahu beli perabot, hendak beli barang elektrik.
Betapa teruknya dia kumpul, himpun, kerah, perah apa yang dia ada.
Tup, tup… orang nampak, suami orang ini stabil… Yang menstabilkan suami orang ini adalah seorang perempuan yang naik motosikal pergi kerja dalam hujan dan panas.
Malah, yang menstabilkan suami orang ni adalah seorang perempuan yang turut bekerja, berniaga untuk menampung apa yang tak cukup…
Yang menstabilkan suami orang ini adalah seorang perempuan yang jadi dropship, agen untuk duit sampingan…
Kemudian yang menstabilkan suami orang ini adalah seorang perempuan yang kira duit syiling sama-sama, makan mi segera dan ikan kering sama-sama…
Suami orang nampak stabil sebab banyak urusan dia dipermudahkan isteri… Sudah tentu suami orang nampak stabil sebab banyak kewajipan dia dikongsi isteri.
Suami orang nampak stabil sebab banyak bebanan dia ditanggung bersama isteri…
Ads
Dia stabil sebab ada isteri…
Jadi, jika anda nampak suami orang itu stabil, maka jangan ganggu “kestabilan” dia…
Jangan ada mindset yang suami orang ini sudah punya semua, berharta, ada itu ini, jika anda tidak berada dan nampak dia ketika dia tidak punya apa-apa…
Jika dia masih naik motosikal, makan mi segera sebelum gaji dan seluar dalam pun tak berganti, maka masih mahukah anda dengan dia?
Jadi wanita di luar sana yang berkenan dengan suami orang yang kononnya nampak stabil kerana wujudnya seorang isteri yang banyak berkorban. Suami pun jangan lupa diri yang hidupnya makin stabil kerana seorang isteri. Renung-renungkan.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masih ramai lelaki yang jenis tak pernah merasa cukup dalam hidupnya, sebab itulah tetiba rumah tangga boleh muncul masalah yang tak sepatutnya. Malah wujud sesetengah orang, walau dah kahwin dan ada anak dia tetap mencari sesuatu apa yang orang rumahnya tak ada. Pendek kata, sejenis tak menghargai apa yang dia ada dalam rumah tangga.
Maka kesannya rumah tangga akan hancur perlahan-lahan dan emosi sendiri tertekan dan hubungan suami isteri bermasalah. Kadang pening kaum isteri nak melayan sampai ada yang sanggup buat apa saja selepas kahwin asal suami tak cari lain!
Situasi ini juga turut menjadi dilema orang rumah saudara Amir Syahir yang akhirnya membuat dia berfikir dan meluah pandangan di status Facebook miliknya baru-baru ini…
Soalan Dari Seorang Isteri Tentang Rumah Tangga
Dalam kereta selepas balik dari beli barang dapur, tiba-tiba isteri aku tanya “Apa yang lelaki nak sebenarnya dalam hidup ni. Terutamanya yang dah berkahwin la”.
Aku diam je. Otak tengah bekerja mencari jawapan yang sesuai. Takut salah jawab nanti, jenuh aku. Aku pandang dia. Muka dia macam berfikir sesuatu. Lepastu dia sambung,
“Kalau takde anak, dia cakap nak kahwin lain sebab nak ada anak, ada pewaris daripada darah daging sendiri. Tapi, bila ada anak, ada jugak yang masih main perempuan lain.
Bila isteri tak bekerja dia cakap rasa beban semua kena tanggung. Lepastu cari perempuan yang bekerjaya kononnya boleh bantu dia. Tapi bila dapat isteri yang bekerjaya, yang ada pendapatan tetap, dia still cari lain.
Ada isteri yang cantik, putih gebu, ada anak-anak yang comel pun masih nak berseronok cari perempuan lain kat luar. Kalau isteri tak pandai bergaya dia cakap macam-macam.
Haish, pening la dengan lelaki ni. Taktau apa yang dorang nak dalam hidup. Kalau kahwin sekadar nak sakitkan hati anak orang, baik tak payah kahwin. Enjoy je lah puas-puas.”
Fuhhh. Panjang lebar jugak isteri aku ni meluahkan pendapat dia. Mungkin isu ni dah lama terpendam dalam hati dia. Mungkin dia simpati ada kaum dia yang terkena dengan lelaki jenis macam ni. Aku pun dengar je. Telan air liur jugak nak jawab ni.” Kakaka.
Sebenarnya Lelaki Tak Sedar…
Aku rasa golongan macam ni golongan yang tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada. Ada isteri cantik, nak yang cantik lagi. Ada isteri yang baik dan bertanggungjawab, nak yang muslimah lagi.
Golongan yang selalu fokuskan apa yang mereka tak ada daripada bersyukur dengan apa yang mereka dah ada.
Mereka tak ada isteri yang cun dan berbadan kurus, pastu nak cari lain perempuan yang cantik dan kurus. Tapi mereka tak sedar, isteri mereka sekarang sangat baik dan pandai memasak.
Ingatlah, isteri kau bukan malaikat. Dia cuma manusia biasa yang punya kekurangan. Kau kahwinlah dengan sepuluh orang perempuan sekalipun, kau tak akan pernah jumpa yang sempurna.
Jadi, dalam rumah tangga ni, jangan duk cari apa yang kau takde. Tapi hargailah apa yang kau dah ada. Kalau kau nak cari kesilapan dan kekurangan pasangan kau memang jumpa lah. Tapi cuba kau terima diri pasangan kau seadanya. Kau tentu akan tenang.
Bersyukurlah kerana dikurniakan pasangan buat menemani kau sepanjang kehidupan ni. Dan kau harus lebih bersyukur jika Allah kurniakan kau zuriat bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.
Kau duk kejar apa yang kau takde, tapi dalam masa yang sama kau tak tahu ada orang yang inginkan kehidupan yang kau ada sekarang. Kah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rebecca reda sembuh Covid-19, suami susah bangun dan jalan bertongkat. Begitulah luahan seorang isteri yang juga pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islamapabila suaminya Datuk Nor Azam Sulaiman yang sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 namun diberi ujian apabila susah bangun dan terpaksa jalan menggunakan tongkat.
Datuk Nor Azam kini telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah 21 Julai lalu. Namun Rebecca begitu risau dan terpaksa membawa suaminya mendapatkan rawatan sebuah pusat perubatan kerana berhadapan kesakitan pada bahagian pinggang yang melampau.
Rebecca Reda Sembuh Covid-19, Suami Susah Bangun, Jalan Bertongkat
“Sang cinta suamiku @azambecca tiba-tiba susah nak jalan disebabkan pinggangnya sangat sakit.
“Dua hari lepas dia sudah rasa something dengan pinggangnya, tapi tetap cuba kuatkan diri.
“Tapi semalam tiba-tiba macam susah hendak berjalan pula dan terus bawanya check ke hospital. Risau…
“Tidak tahu nak cakap apa punca. Mungkin ke selepas baik dari Covid-19 stage 4-5 hari itu ada kesan sampingan?
Semoga Baik & Sakit Biasa-Biasa
“Doktor bagi ubat untuk seminggu tengok macm mana. Sebab secara jujurnya suami saya memang tidak suka pergi hospital dan apa lagi masuk hospital.
“InsyaALLAH semoga baik dan sakit ini biasa biasa sahaja ya sayang. Tapi itulah, bangun susah dan nak jalan harus ada tongkatnya. Allahuakbar.
“Ujian dari Allah kami terima dengan reda,insyaAllah ujian pada hambanya yang mampu hadapi dan hebat.
Semoga Suami Seniasa Dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah
“Semoga Allah menghapuskan segala dosa-dosa suami, mengekalkan iman dan segala kebaikan dalam dirinya.
“Semoga setiap langkah suami di lindungi Allah dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya” kongsi Rebecca yang turut berkongsi video suaminya telah disorong menaiki kerusi roda pada hantaran yang sama.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Rebecca Nur Al Islam
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Buat anda yang minat dengan deko rumah berasaskan kayu palet, idea DIY deko kediaman pasangan suami isteri Akmalaily Akman ini boleh beri ilham yang banyak untuk anda. Dari ruang tamu, bilik sampai ke dapur, 90 peratus perabotnya dihasilkan sendiri dengan kayu palet (pine).
“Semoga menjadi inspirasi kepada semua orang di luar sana yang suka deko bajet macam saya.” Ini yang dituturkan Akma laily. Untungnya pasangan ini, suaminya mahir bertukang, isteri pula mahir menjahit. Jimat! Tak perlu beli perabot yang banyak. Jom kita tengok satu persatu ruang beserta idea yang dikongsikan bersama.
Ini Dia Idea Deko Bajet Suami Isteri Kreatif
Ruang Tamu
Meja, kerusi, rak, frame, wall triangle tok laki nukang. Bantal bulus beli kat SSF, bantal pink jahit sendiri. Pokok hidup tu pau rumah mak dulu, ada beli kat Ikea, muroh muroh je.
Bilik Anak
Bed frame, set kerusi, meja budak, troli tok laki nukang. Barang-barang lain macam bantal, tempat letak mainan beli kat Kaison, Mr D.I.Y, kedai RM2.
Frame bed, buai tok laki nukang sendiri. Bantal fox & bunny kita lukis, kita jahit sendiri.
Rak, troli, meja kerusi budok, bed frame tok laki nukang sendiri. Banner hiasan kain tu jahit sendiri guna kain perca.
Bilik Utama
Bunga & love lamp beli kat Kaison. Muroh muroh je.
Tok laki nukang sendiri. Boleh DIY sendiri ye guna batang penyapu ke, susun ikut caler lagi cun ni.
Rak baju belakang tu & cermin solek tok laki nukang sendiri. Cermin tu asalnye cermin lama kat almari dulu-dulu.
Dapur Kering
Meja makan, bingkai frame, wall hexagon tok laki nukang sendiri. Boleh try DIY sendiri ya guna batang aiskrim.
Beralih tempat
Rak & pagar tok laki nukang sendiri.
Dapur Basah
Wallpaper beli kat Kaison, tepek je. Setiap kali sudah masak terus lap ye. Dapur tu beli kedai eletrik biasa. Rak bawang & kabinet tok laki nukang sendiri.
Tempat letak sabun beli kat Ikea, rak pinggan index living.
Kabinet, kerusi, rak bawang tok laki nukang sendiri. Rak besi & balang botol kedai RM2, Ikea, Mr. D.I.Y. Asal muroh kita beli.
Kabinet, shelf, tempat gantung mug semua tok laki nukang sendiri. Botol/balang tu beli Mr. D.I.Y & kedai RM2.
Rak tinggi dan rak putih tok laki nukang sendiri. Pastu cat putih. Balang air kaca dari SSF, rak pinggan dari index living. Bekas beras ore bagi hadioh nikoh.
Kabinet ala kadar ni tok laki nukang sendiri. Langsir saya jahit sendiri. Redah je asalkan nampak rupa langsir.
“Yang tanya tahan ke dop pallet ni. Alhamdulillah setakat ni dah 2 tahun dan masih bertahan. Varnish tebal-tebal yang part kena air tu. Terima kasih. Semoga dapat menjadi panduan buat semua.”