Isteri bantu ringankan beban kewangan rumah tangga, suami jadi terlalu selesa. Dalam sesebuah perkahwinan, tanggungjawab kewangan lazimnya terletak di bahu suami. Namun, dalam dunia moden yang serba pantas dan mencabar ini, ramai isteri turut memainkan peranan penting dalam meringankan beban kewangan keluarga.
Mereka bekerja, menyumbang kepada pendapatan rumah tangga, dan kadangkala menjadi tulang belakang kepada ekonomi keluarga. Walaupun ini adalah satu tindakan terpuji dan membuktikan komitmen isteri dalam perkahwinan, terdapat risiko apabila suami menjadi terlalu selesa dan bergantung kepada isteri dalam aspek kewangan.
Tak kiralah isteri yang bekerja atau suri rumah, masing-masing ada peranannya dalam membantu suami dalam meneruskan kehidupan berkeluarga.
Dalam kenaikan harga barang membuatkan suami dan isteri perlu bergabung agar keperluan isi rumah mencukupi. Oleh itu, wahai suami hargailah isteri sebaiknya.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Zaman sekarang ini, isteri juga penyumbang terbesar dalam ekonomi dan kewangan keluarga.
Isteri juga bayar bil, malah isteri juga beli barang dapur, isteri juga isi minyak kereta dan isteri juga bayar ansuran rumah…
Dalam masa yang sama, isteri juga bayar “hutang-hutang” suami…
Suami “terpaksa” bergantung pada ehsan si isteri dalam menampung kos sara hidup setiap bulan…
Bila sudah jadi macam ini, seharusnya suami perlu ada rasa terhutang budi pada si isteri. Si isteri sudah meringankan hampir 50 peratus daripada bebanan komitmen si suami, maka:
– Berbuat baiklah dengan si isteri.
– Layanlah si isteri dengan berhemah.
– Jangan tinggi suara dan bersikap kasar dengan isteri.
– Fahami keterbatasan isteri dalam melayani suami.
– Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.
– Bantu isteri menguruskan anak-anak.
– Hulur dan bagi juga duit kepada isteri sekadar kemampuan yang ada.
– Ambil tahu apa yang isteri beli, apa yang isteri bayar, apa yang tak cukup dalam rumah.
Jangan bersikap sambil lewa dan selesa dengan bantuan kewangan yang dihulurkan isteri. Zaman makin mencabar, barang makin mahal dan kos hidup makin tinggi.
Kalau hidup bergantung pada dua pendapatan, maka jaga hati dan perasaan empunya pendapatan seorang lagi…
Dia wanita yang berusaha untuk buat yang terbaik demi keluarganya…
Isteri memang tak berkira dengan suami dan keluarga, bukan balasan yang diminta sebaliknya memadailah menghargai pengorbanannya.
Isteri yang membantu suami dalam meringankan beban kewangan adalah satu tindakan yang mulia dan patut dipuji. Namun, suami perlu berhati-hati agar tidak menjadi terlalu selesa dan bergantung sepenuhnya kepada isteri.
Komunikasi yang baik, perancangan kewangan bersama, dan sikap saling menghargai adalah kunci untuk mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan. Pada akhirnya, perkahwinan yang berjaya adalah perkahwinan yang dibina atas dasar kerjasama, kepercayaan, dan saling menyokong antara satu sama lain.
Sumber/ Foto: Firdaus Shakirin
Baca artikel lain juga: Isteri Banyak Bantu Ringankan Beban Kewangan Suami, Sebab Itu Nampak Stabil, Jangan Suka-suka Nak Sondol
Tak Salah Isteri Bantu Kewangan Tapi Jangan Sampai Suami Lupa Tentang Tanggungjawab NAFKAH!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.