Isteri Bakal Lahirkan Anak Bongsu 14 April. Penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah memberitahu isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin akan melahirkan anak keempat mereka pada 14 April ini secara pembedahan.
Malah pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd Ali ini turut memberitahu mereka sekeluarga teruja dek kerana sambutan Aidilfitri ini akan diserikan dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
Jamal dan isteri telah menimang tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17
Menurut Jamal lagi isterinya bakal melahirkan bayi perempuan.
“Alhamdulillah, sambutan Aidilfitri tahun ini akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata bongsu saya.
“Isteri saya bakal melahirkan bayi perempuan pada 14 April ini secara pembedahan.
“Kalau saya dan isteri merancang untuk bayi kami dilahirkan pada 1 April sempena ulang tahun perkahwinan.
“Tapi, doktor kata terlalu awal dan memberikan tarikh 14 April ini,” katanya dengan nada teruja.
Memberitahu lanjut seperti mana dilaporkan mStar, Jamal turut menyatakan doktor menasihati isterinya supaya tidak hamil lagi kerana sudah empat kali menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi.
“Alhamdulillah, dah ada empat orang anak cukuplah.
“Doktor pun nasihatkan dan tidak benarkan isteri saya hamil sebab semua anak kami lahir secara pembedahan.
“Apa-apa pun, saya bersyukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri sekarang berada dalam keadaan baik,” sambungnya.
Menarik Juga : “Anak Meragam Diam, Setiap Kali Jamal Abdillah Nyanyikan Lagu Azura”
Baca Disini : Datuk Jamal Abdillah Bantu Isteri Mandi, Uruskan Anak Kecil “Suka Buat Sendiri, Mahu Bina Ikatan Kasih Sayang”
Sumber : mStar Online
Sumber Foto : Instagram Jamal Abdillah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?