Isteri Atu dedah hidup suami susah sejak kecil malah Shafeeqa Johari juga berasa beruntung dipertemukan jodoh dengan seorang yang cukup rajin berusaha untuk meningkatkan taraf hidup.
Malah menerusi hantaran sebuah perkongsian di akaun Instagramnya, Syafeeqa juga sangat kagumi cita-cita suaminya yang juga seorang anak nelayan.
Sentiasa menjadi pendengar setia suami, setiap apa yang diceritakan bagi Syafeeqa merupakan cita-cita Atu.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga banyak belajar dari suami yang lima tahun lebih muda darinya.
“Insyaallah, saya happy jika suami saya happy. Dia bukan orang senang tapi dia berusaha untuk kehidupan. Banyak yang saya belajar dari Atu walaupun dia 5 tahun lebih muda dari saya.
“Saya kan, suka dengar apa yang suami saya cerita. Setiap apa yang dia ceritakan itu adalah cita-cita dia.
“Tak pernahlah dia cakap teringin nak pakai kereta mewah itu, baju branded ini, kasut mahal itu ini.
“Kadang-kadang apa yang dia pakai mahal tu saya yang belikan dia untuk dia kerja. Tak adalah mahal sampai tak masuk akal tapi reward untuk dia yang penat bekerja.
“Cita-cita anak nelayan, arwah bapa dia gaji awal bulan 150, akhir bulan 15. Kadang-kadang minta advance dengan bos, beras untuk 7 orang anak. Ikan kadang-kadang Atu pergi jual dari rumah ke rumah.
“Berbeza sangat hidup dia dan life saya. Bukan mereka tak pandai, tapi peluang tu tak ada. Nak sambung belajar kan banyak pakai duit. Dia lepas SPM terus nak bekerja.
“Berbeza dengan saya, habis spm ayah suruh ambil kursus perakaunan. Lesen kereta motor saya ada sejak umur sy 17 lagi. Atu tak, semua dia usaha sendiri. Kadang-kadang kagum dengan dia.
“Dia nak capai tahap tak nak terkesan dengan makluk tu susah sangat. Tapi macam mana dia boleh sabar, apa orang nak cakap tu cakap lah. Dia akan usaha untuk cita-cita dia. Jadi artis bukan cita-cita Atu ya.
“Dia pun tak terjangka yang rezeki nya di pentas seni, tapi cita-cita dia untuk mendalami ilmu Islam itu memang dari saya bercinta lagi dengan dia. Jadi saya tunjuk lah apa yang saya tahu,” kongsi Shafeeqa.
Jangan Jadikan Hutang Satu Keperluan, Biar Hidup Tak Mewah Asal Zero Hutang, Berpadalah!
Kata-Kata Ibarat Satu Doa, Masa Kerja Cat Jalan Hairul Impikan Nak Beli Kereta Sport!
Malah sikap suami yang sentiasa berusaha dalam setiap aspek juga menjadikan Syafeeqa kagum. Malah Syafeeqa juga yang mengajar suaminya mengaji dan mengenal huruf aliff Ba Ta.
“Ya!!! Saya lah yang ajar dia alif, ba, ta, sampai satu tahap saya minta dia berguru dengan ustaz yang betul-betul. Sebab saya isteri, nak betulkan suami tentang sebutan tu saya sendiri segan.
“Baik berguru kannnnn, kang nanti saya mengajar pegang rotan. Sekarang? Duk pulun ajar sumayyah pula lah… lagi payah rupanya ajar anak ni.
“Insyaallah, saya happy jika suami saya happy, dia bukan org senang tapi dia berusaha untuk kehidupan. Banyak yang saya belajar dari Atu walaupun dia 5 tahun lebih muda dari saya,” luah Syafeeqa.
Mingguan Wanita : Allahu bagusnya Syafeeqa begitu memahami suaminya. Betul tu sebagai suami dan isteri kita perlu mencari jalan untuk memastikan keharmonian rumah tangga. Bersamalah kita mengimbangi kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Syafeeqa Johari