“Isteri Ada Hari Dia Terbaring, Tapi Bukan Sakit.’ Isteri Burnout Bukan Mengada-Ngada

Share

“Isteri ada hari dia terbaring, tapi bukan sakit.’ Isteri burnout bukan mengada-ngada tetapi dia cuba mengambil masa untuk kembali pulihkan semangat dia.

Hari-hari hadap rutin yang sama, uruskan suami, anak-anak serta rumahtangga sudah tentu melelahkan. Sebagai suami, anda seharusnya fahami situasi ini, jangan melabel isteri mengada-ngada pula.

Isteri Ada Hari Dia Terbaring

Kongsi lelaki ini, Azizul Zairi, isteri “burnout” bukan ngada-ngada.

Terpijak mainan.
Anak bersepahkan barang.
Susu tumpah.
Anak menangis tanpa sebab.
Suap anak makan pun kena menyinga.

Bakul baju kotor dah penuh.
Sinki penuh pinggan kotor.
Suami asyik main game.
Suami sibuk dengan grup Whatsapp.

Dulu saya tak faham, isteri ada hari yang dia akan melepek dan terbaring seolah tak bermaya macam demam tapi tak sakit.

Akan ada ketika ditanya sepatah, dijawab dengan angguk kepala atau geleng kepala sahaja.

Artikel Berkaitan: Stress Tak Boleh Elak, Hari-hari Ada, Belajar Kawal Agar Tak Burnout

Tapi Bukan Sakit

Ilmuan agama dan ahli perubatan juga menyifatkan ini bukan Depresi mahupun Anxiety, tetapi keadaan inilah yang dipanggil ‘Burnout’. Keadaan bila emosi, fizikal dan mental berada dalam keadaan teramat penat akibat dari ‘stress load’ yang berganda dan tiada henti.

Semua masalah ini tak akan mudah dikawal oleh seorang suami, malah kita lelaki yang gagah pun akan surrender! Ini real.

Kalau kita mampu tangani pun, pasti tak sesempurna air tangan isteri. Kita lelaki ini kalau urus anak, fokus pada anak saja semata. Kadang masakan isteri sudah siapkan dulu ataupun kain baju sudah siap dibasuh.

Tapi tidak bagi seorang isteri, dari A sampai Z berlaku serentak dalam 1 hari dan saya yakin tak semua mampu untuk menghadapinya. Bila hadap hari-hari, tunggu masa sahaja untuk meletup!

Isteri Burnout

Bila sudah meletup, itulah yang terjadi sering berlaku kes bertindak luar kawalan.

Alah mak dulu-dulu boleh je jaga anak 10 orang!!

Bang, serius cakap jauh beza situasi. Jangan compare epal dengan oren.

Bapak orang dulu-dulu sebelum subuh dah keluar menoreh, sebelum anak bangun pukul 8am-9am dah ada kat rumah. Baring kejap, minum kopi sambil tengok anak-anak sebelum berlepas ke kebun sawit.

Lepas Zohor nanti balik kejap, kira anak cukup tak, yang merayap sudah balik makan ke belum. Petang nanti ada masa baru pergi sungai menjala. Buat lauk malam. The power of menjeling itu terus buat anak-anak disiplin tak buat dajal dengan mak.

Zaman kita hari ini awal pagi sudah keluar tinggalkan buta-buta isteri uruskan anak-anak sendirian. Lainlah cerita kalau sebelum pergi kerja kita sudah siapkan sarapan ataupun basuh baju subuh-subuh.

Lepas maghrib nanti baru balik kerja, selagi ada overtime sudah tentu pulun semata nak cari duit lebih untuk keluarga. Karang hari minggu nak hangout dengan kawan lagi.


Bukan Mengada-Ngada

Mana-mana ibu dan isteri pasti mahukan yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Tetapi realitinya setiap orang punya kemampuan masing-masing. Kemampuan untuk menyelesaikan semua tugasan dalam satu-satu masa.

Orang luar mudah berkata-kata,
“Kau rajinkanlah diri solat”
“Tenang jangan gopoh!”
“Biasalah, semua orang stress”

Burnout ini berlaku pada ibu dan isteri seluruh dunia tak kira solat ke tak, tak kira agama mahupun bangsa. Tergantung kemampuan masing-masing untuk dapatkan khidmat profesional mahupun kemampuan untuk dapatkan sokongan dari pasangan sendiri.

Tak Semudah DiSangka

Tugas therapist yang mengendalikan pesakit psikiatri sangat luas merangkumi sejarah kesihatan individu, pengalaman hidup, emosi, mental dan persekitaran semasa. Tak semudah kita nasihat kawan suruh solat, suruh ingat tuhan semata-mata.

Cukup pinjamkan bahu, telinga dan masa sudah memadai. Batiniah ini yang perlu diutamakan.

Kalau tak suka suami main game tanpa henti, beritahu.

Kalau dah sampai tahap trauma dengar anak menangis, beritahu.

Isteri buat semua ini sebab dia sayangkan dirinya sendiri. Dia sendiri kenal dirinya melebihi orang lain, apa yang dia mampu dan tak mampu.

Baca Juga Di Sini:

Nampak Isteri MENJERIT, Jangan MENJAUH Tapi Cepat DEKATI, Itu Red Flag Isteri BURNOUT

Membebel, Itulah Cara Isteri Luahkan Perasaan, Elak ‘Mental Load’ Dan ‘Burnout’

Bila Isteri Mula Parental Burnout, Suami Tolong ‘Break The Routines’

Fikir Dahulu

Saya pernah sampai tahap nak bercerai dengan isteri saya, tapi ini nasihat bapa mertua saya sebelum teruskan niat nak berpisah. Setepek dia sound.

1. Lelaki wajib tahu tugas sebenar seorang isteri.
2. Pernah tak membantu isteri buat kerja rumah ikut sunnah perkahwinan. Kahwin 4 saja ingat sunnah?
3. Henti bercakap bersandarkan zaman 50 tahun lepas yang mana tak releven sama sekali.
4. Simple. Kalau hati ada orang lain yang kita fikir lebih baik, yakin ke yang lebih baik itu akan kekal dengan lelaki macam kita sekarang ni?

Suami yang ikut sunnah akan sentiasa pelihara kebajikan isteri dan sentiasa menyenangkan hati isteri macam yang teladan riwayat nabi yang adil melayani karenah isteri-isterj baginda. Jangan ingat Aisyah R.A tak pernah merajuk ya. Begitu penuh hikmah cara nabi melayari bahtera perkahwinannya.

Mingguan Wanita : Perkahwinan ini melibatkan sebelah pihak saja, dua-dua pihak main peranan sama ada suami atau isteri bagi menjamin kebahagian dalam rumah tangga.

Sumber : Azizul Zairi

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat