Isteri ada gerak batin. Kelebihan dan anugerah yang diberikan Allah buat para isteri. Jangan sesekali suami nak kelentong mahupun pura-pura tidak tahu, semua ini sudah dapat dibaca oleh isteri.

Gerak batin yang tidak ada pada orang lain dan hanya diberikan pada yang bergelar isteri. Jangan main-main. Cuma, naluri isteri ini ada masanya akan ‘terover’ pun boleh jadi juga sebab tak dapat nak kawal perasaan.

Apapun, kalau suami curang atau ada perasaan pada wanita lain, dia boleh rasa dan tahu. Itulah hebatnya gerak batin seorang isteri.

Antara perkongsian daripada Tok Abah atau dikenali sebagai Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang cara isteri nak tegur suami secara halus dan sedar akan kesalahan yang dilakukan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Janganlah Nak Berbohong, GERAK BATIN Isteri Sangat Kuat, 3 Hari Dah Dapat ‘Hidu’

Anak Buat ‘Drama’ Kedai Makan, Bungkuslah & Balik, Orang Memerhati Bukan Mengeji Tapi SIMPATI

Gerak Batin Isteri Cukup Kuat, Jangan Main-main

Wanita ada gerak batin yang sangat kuat tatkala si suami ada orang lain di hatinya.

Namun, biasanya seorang wanita jadi tersepit dan tak tahu nak suarakan macamana.

Ini 5 teknik halus untuk menegur suami dan menyedarkannya:

Ads

1. Masukkan topik curang dalam perbualan.

Tanyalah begini, “Si Abu (bukan nama sebenar) peramah semacamlah melayan perempuan. Padahal anak dah berderet -deret dah. Itu hari kantoi keluar dengan Cik Semah belakang rumah. Tak habis-habis main kayu tiga. Apa abang rasa kalau orang yang suka curang dengan pasangan ni?”

Lihat apa makna curang dalam dirinya. Sebab kadangkala lelaki ni rasa benda tu normal, tapi sebenarnya ia dah melangkaui batas. Dengan itu, kalian perlu bincang dan letakkan erti curang yang sama antara kalian supaya kamu atau dia tidak melakukan sesuatu yang dianggap curang.

2. Berhati-hati dengan petanda curang

Jika ada saja tabiat yang pelik atau mencurigakan dari suami kamu, maka kamu perlu hati-hati. Contohnya, bila kamu lihat suami jauhkan diri bila hubungi sesorang. Atau mungkin berwhatsapp dalam tandas lama-lama.
Mesti ada sesuatu yang aneh. Masa inilah gunakan bakat kau sebagai detektif conan dan mulakan penyiasatan.

Ads

3. Yakin dengan gerak hati

Jika kamu rasa ada benda tak kena je, eloklah berbincang terus dengan suami. Atau pun mula lakukan penyiasatan secara diam-diam. Semua ini perlu kamu lalui dengan baik-baik. Jangan terus melenting atau cepat menghukum.

4. Minta suami berlaku jujur

Kadangkala bila kamu cakap baik-baik, Insya Allah suami akan jadi lembut hati. Dan sampai masanya dia akan ceritakan juga sekiranya dia ada bermain kayu tiga di belakang kamu. Masa itu kamu tenang saja. Jangan terbuai emosi. Biarkan dia ceritakan dari A-Z. Sekiranya kes ini kamu tidak dapat tangani dengan baik, maka biar mahkamah selesaikan.

5. Berdoa dan berserah bulat-bulat kepada Allah SWT.

Inilah cara paling berkesan sebagai seorang hamba Allah. Pintu keluar untuk segala ujian dan masalah yang kita hadapi, hanyalah pada pencipta kita. Dia yang memberikan kita kebahagiaan, dan Dia pasti akan menolong hamba-hamba yang bertakwa kepadNya.

Para suami isteri yang Tok Abah sayangi,
Tutuplah macamana pun. Diamlah macamana pun. Bersembunyi sesuatu perkara tetap dikesan pasangan.

Ads

Kerana ingat, tatkala kalian sudah berkahwin, bermakna hati kamu juga telah disatukan.

Maka sembunyilah apa pun, rasa cinta dan sayang terhadap orang lain, tetap pasangan kamu dapat menghidu dengan cepat.

Semoga rumahtangga kalian bahagia sahaja ya.

Mingguan Wanita : Anugerah Allah untuk wanita, keajaiban ke 6 ye.

Sumber: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI