Isteri kepada pelawak terkenal Achey Bocey, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dengan panggilan Anne kini begitu aktif berbasikal.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu ini begitu bahagia. Malah Achey juga memberi galakan sepenuhnya buat isteri kesayangan melakukan aktiviti riadah ini.
Bukan sekadar satu hobi sebenarnya Achey menjelaskan Anne perlu mendapatkan berat badan yang ideal terlebih dahulu sebelum menjalani rawatan kesuburan, persenyawaan in-vitro (IVF).
Achey dan isterinya telah mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu. Namun, sehingga hari ini, mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Namun pasangan ini telah mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.
Difahamkan juga isteri Achey kini sedang giat bersukan termasuklah aktiviti berbasikal seperti yang dipraktikkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum melakukan prosedur IVF.
Bagi melakukan IVF Anne perlu utamakan kesihatan diri dan dia juga perlu menurunkan berat badan.
“Untuk prosedur rawatan ini orang rumah saya kena utamakan kesihatan dirinya dulu. Dia kena turunkan berat badannya. Kena steady dulu.
“Benda yang dia ikut adalah macam Datuk Siti. Tengok macam mana Datuk Siti nak dapat Aafiyah, sukan tak berhenti. Itu yang dia berbasikal untuk kuruskan badan sedikit,” ungkapnya.
Difahamkan juga walaupun rawatan membabitkan isteri namun Achey perlu pastikan emosi isteri sentiasa stabil. Jika terlalu sibuk dengan kerjaya, Achey juga bimbang tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada Anne.
“Isteri perlu mendapatkan rehat mencukupi, lihatlah bagaimana Datuk Seri Siti Nurhaliza berehat cukup lama ketika mengandung anak sulungnya, Siti Aafiyah.
“Makan minum perlu dijaga. Apa yang penting, rehat dan emosi. Tambahan pula, anak kami, Tiara, sedang lasak. Saya bimbang isteri tak mampu mengawalnya seorang diri. Jadi, saya perlu sentiasa berada di sisi isteri ketika proses rawatan,” kata Acheh.
Baca Juga Disini:
Walau Bukan Dari Rahim Isteriku, Kerana Dialah Merasa Gelaran Bapa – Achey
Allah Pinjamkan NIKMAT Minggu Lepas, Kemudian Keguguran, Siti Elizad TETAP Teruskan Rawatan IVF
Achey juga menjelaskan, kemungkinan prosedur rawatan tersebut akan dilakukan paling awal pada tahun depan.
Bagi pasangan ini juga, mereka akan tetap meneruskan rawatan tersebut biarpun sedia maklum dengan sebarang kemungkinan termasuklah keberangkalian untuk prosedur IVF itu gagal.
“Orang rumah saya pun dah bersedia. Saya tetap akan teruskan. Kami sudah hampir 10 tahun tak ada hasil. Jadi, sekurang-kurangnya kita mencuba.
“Kalau gugur sekalipun, sekurang-kurangnya ‘benda’ itu dah duduk dalam (rahim). Setidak-tidaknya merasa,” katanya yang sememangnya sebelum ini pernah berhasrat untuk menjalani rawatan IVF.
Sumber: Astro Gempak & Berita Harian
Sumber Foto: Instagram Achey & Instagram Anne Achey
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita