Isteri Acap Tak Pernah Berhenti Berzikir Dan Solat Hajat, Berdoa Suami Dijumpai

Share

Selain ibu, ayah dan adik-beradik, kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29 tentunya memberi kesan emosi kepada isteri, Hamiza dan anak sulungnya.

Biarpun dalam tempoh 20 hari kehilangan Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap, tidak banyak yang didengari tentang isteri Acap ini.

Ketika bercakap dengan pemberita, abang ipar Acap, Abdul Halim Mohamad Ramli, 41 memaklumkan isteri Acap enggan ditemubual sebelum ini kerana dirinya masih lagi terkejut dengan berita kehilangan suaminya.

Malah isteri Acap, peserta Gopeng Ultra Trail 2019 yang hilang ini tidak henti berzikir dan melakukan solat hajat sepanjang pencarian suaminya. Itulah usaha isteri bersama ahli keluarganya.

Hamiza Dan Acap ‘Loving Couple’

Sememangnya kehilangan juruteknologi makmal, Klinik Kesihatan Muar, Johor ini begitu misteri sekali. Sehingga hari ini, pencariannya masih diteruskan, walaupun belum ada tanda-tanda yang membolehkan Acap dikesan.

Dakwaan sesetengah netizen tentang rumah tangga pasangan ini yang dikatakan bermasalah, disangkal oleh abang iparnya.

Baginya, Hamiza dan Acap tiada masalah. Mereka pasangan yang saling mencintai. Jauh sekali seperti apa yang digambarkan oleh khabar angin tersebut.

Bagi saya, mereka ini ‘loving couple’. Langsung tiada masalah, malah pada hari program larian itu diadakan mereka merancang ke taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) selepas tamat larian.”

Namun, Acap tak dapat cuti panjang susulan cuti dibekukan berikutan isu Sungai Kim Kim di Johor. Jadi, tak dapatlah mereka ke sana.” tuturnya kepada pemberita.

Gerak Hati Isteri Sentiasa Positif

Hubungan antara dua keluarga juga sangat rapat. Malah Acap kerap tinggal di rumah ibu mentuanya di Muar, biarpun dia ada rumah sendiri.

Gerak hari adik saya kuat mengatakan tidak berlaku apa-apa pada suaminya. Kami mengharapkan sesuatu yang positif kelak.” sambungnya.

Ketika ini, isteri dan anak Acap berada di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor. Setiap hari bergilir dan berulang alik ke Gopeng untuk melakukan pencarian.

Abang ipar Acap juga terusik dengan dakwaan yang mengatakan Acap pernah beberapo kali hilang sebelum ini. Ianya tidak benar dan diharapkan berita itu tidak terus disebarnya.

Ianya amat mengganggu emosi keluarga.

Mereka sekeluarga juga mengambil pendekatan mahu mengikut pesanan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri. Dalam misi mencari suami adiknya itu, pencarian mengikut kaedah Syariah itulah yang perlu dipatuhi.

Memang itu yang sebenarnya terbuku di hati kami, sebab kita tidak mahu bercampur-campur (syirik). Antara sebab kami tak tinggal lama di lokasi kerana pada hari keempat ada pelbagai dakwaan, bomoh punya firasatlah.. kadang-kadang ia mengarut.”

Itu pun salah satu sebab saya tidak mahu bersubahat benda itu.” maklumnya sambil mengucapkan rasa terima kasih kepada pasukan keselamatan dan rakyat Malaysia yang berusaha dalam pencarian Acap.

Semoga rakyat Malaysia terus mendoakan adik iparnya itu akan ditemui dalam keadaan selamat.

Sumber/Foto : Harian Metro

Published by
Netty Ah Hiyer