Anak-anak dah mula cuti sekolah! Haaa… mesti ada yang gigih mencari tempat yang sesuai untuk bawa anak berjalan. Ibu ayah, rancanglah aktiviti anak-anak dengan bijak. Banyak pengisian yang bermanfaat di musim cuti sekolah boleh diberikan kepada anak-anak. Banyak kem-kem motivasi yang boleh dihadiri. Ada juga kelas intensif belajar Al-Quran. Ada juga kelas-kelas tahfiz Al-Quran. Hantarlah mereka untuk mendalami ilmu tersebut.
Tetapi kalau ada bajet lebih boleh bawa ke lima tempat ini…
1. Kidzania Damansara
Bawalah anak ke sini sebabnya kidzania mendedahkan anak-anak dengan suasana kerja yang sebenar. Di sini nanti anak-anak akan membuat dan diberi tugasan mirip kerja sebenar. Jadi anak akan jadi biasa dengan pekerjaan yang diorang akan buat.
Kerja anak kat dalam tu siap ada gaji. Anak akan dapat duit khas Kidzania bila diorang dah buat task untuk kerja yang dipilih. Duit ni boleh ditukarkan dengan barang kat kedai khas dalam tu. Duit ni kalau tak habis belanja boleh disimpan dalam bank khas Kidzania. Next time kalau datang lagi boleh withdraw dan ambik duit tu untuk campurkan dengan duit terkini.
2. Genting Strawberry Leisure Park Genting
Ads
Antara tarikan pengunjung ke Genting Highland. Best juga pergi petik strawberry kat sini. Fefeeling duduk luar negara!
3. Farm in the City
Tempat ini sesuai untuk anak kecil dan sesuai yang pra sekolah atau anak yang baru nak kenal binatang. Tempat tak besar macam zoo negara, jadi tidaklah penat nak berjalan.
Ads
Lagi best, binatang dia jinak-jinak. Boleh bawa selfie sekali. Ada banyak kura-kura kat situ dan pengunjung bebas untuk memberi makan daun yang disediakan.
Tapi awas..! Jangan biarkan anak kecil bagi makan kura-kura gergasi ni sendirian. Risau berlaku perkara yang tak diingini, sila pantau!
4. Sunway Lagoon
Banyak benda boleh layan kat sini. Ada permainan adventure, ada permainan air siap dengan tempat luncur air, ada juga mini zoo kat sini.
5. Sekinchan
Ads
Tak ramai yang tahu Sekinchan ini menarik untuk dilawati. Mana nak cari tempat berdekatan dengan KL ni yang ada pantai dan sawah padi. Kombinasi ini memang menjadikan Sekinchan sebagai tarikan utama.
Makan seafood murah kat sini. Nak tengok sawah padi yang menghijau luas pun boleh. Wishing Tree dan melihat kunang-kunang di waktu malam juga jadi point menarik untuk ke sini.
Pilihan bajet tapi bagus untuk anak-anak…
Atau paling kurang bawalah mereka ke perpustakaan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Galakkan mereka meminjam buku di perpustakaan untuk dibaca diantara kunjungan ke perpustakaan seminggu sekali itu. Galakkan mereka habiskan pembacaan sebelum lawatan yang seterusnya.
Sediakan buku log untuk catitkan buku-buku yang telah dibaca, beserta penulis, tarikh mula dan habis baca dan sedikit sinopsis. Jadikan ini sebagai pertandingan diantara adik beradik. Nanti diakhir cuti sekolah, bagilah sedikit hadiah untuk menyukakan hati mereka.
Apa-apa pun rancanglah cuti anda dan cuti sekolah anak-anak anda dengan bijak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jadi mak-mak, bila anak mulai demam dan tak kebah-kebah suhunya memang memang merisaukan.Kasihan dan tak sampai hati melihat anak yang aktif dan cergas, jadi lesu, lemah dan tak berdaya.Selain mengamalkan perubatan secara moden, tak salah mak-mak turut mencuba remidi secara semulajadi untuk kebahkan demam anak.
Menerusi perkongsian oleh Hayana Darliz beliau berkongsi resipi Sup Ayam Barli, yang dikatakan berkesan meredakan demam anaknya dengan cara ini.
Berikut antara perkongsian daripada beliau;
“Sekali lagi berjaya tumpaskan demam dengan resepi sup ayam barli ni. Tanpa ubatan dadah. Adam demam panas tak kurang daripada 39.3 suhunya sejak pagi semalam. Kali ni dia jadi lemah sangat. Sepanjang hari lembik, tak selera makan.”
“Bagi hirup sup ayam ni, alhamdulillah pagi ni kebah terus.Resepi sup ayam barli ni tak pernah kecewakan saya sejak dulu lagi.”
Nah saya kongsikan resepinya.
Bahan-Bahan:
Ayam bahagian yang banyak tulang. Lebih baik guna ayam kampung atau ayam tanpa dicucuk antibiotik.
Halia yang banyak. Sebesar penumbuk pun tak apa. Hiris.
Dua sudu besar Barli . Basuh dan tos.
Rempah 4 beradik. Kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang.
Serai diketuk.
Batang saderi.
1 ulas sederhana Bawang merah dimayang.
5-7 ulas Bawang putih cincang
1 sudu besar Apple cider vinegar atau cuka epal untuk 1 liter air
Garam himalaya.
Cara Membuat:
1. Rebus semua kecuali bawang putih dalam pressure cooker. Tak ada pressure cooker pun boleh, jangan stress pulak.
2. Kalau guna pressure cooker rebusnya 20-30minit, kalau rebus biasa 45-60minit.
3. Rasa, adjust garam. Tutup api.
4. Tabur bawang putih cincang.
Hiruplah sebanyak mana pun sampai demam kebah. Nak jadikan rutin mingguan pun boleh.
Ayam boleh tukar kepada tulang lembu atau kambing. Guna pressure cooker sejam, periuk biasa reneh sejam setengah.
Pelakon kecil molek berwajah comel Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari,33 atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata malam tadi. Ia merupakan kelahiran anak ketiga bagi Sari Yanti yang sebelum ini telah memiliki dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy,8 dan Basit Al-Haq,6 hasil perkahwinan terdahulu.
Dengan ini, Mohd Nadzri Zainal Abidin,33 atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu,Jep Sepahtu suami kepada Sari Yanti, telah selamat bergelar abah dengan kelahiran ini.Berkongsi kegembiraan dan pengalaman yang tidak dilupakan, Jepp mengucapkan rasa kesyukuran diatas kelahiran anaknya serta berterima kasih atas ucapan dan doa yang diterima serta ada memuat naik kata-kata berikut didalam posting terbaru instagram beliau;
“Allahuakbar. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas ucapan serta doa yang tak henti-henti buat kami. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Tq sayang @sariyanti “❤️ #BabyGirl #AnakAbah #Abah
#Babygirl
Meskipun tidak mengumumkan secara rasmi jantina anak mereka, namun menerusi #babygirl yang ditulis, menunjukkan kemungkinan pasangan selebriti ini telah menimang cahayamata seorang puteri.
Sari Yanti, 34,terkenal menerusi peranannya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara. Manakala, Jepp Sepahtu merupakan bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 25 Februari 2017.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Jepp Sepahtu dan Sari Yanti. Semoga kelahiran bayi comel ini, mengikat kasih sayang, menambah kebahagiaan dan melimpahkan rezeki yang melimpah buat keluarga.Selamat berpantang Sari Yanti!
Bukan mudah nak jadi ibu bapa. Dari mengandungkan sampai membesarkan anak-anak cabarannya tak pernah berhenti. Jika betul asuhannya, cemerlanglah hidup anak. Jadi jangan sampai salah acuan. Tapi betul ke nak jadi ibu bapa sebenar, kena buat anak marahkan kita?
Pakar motivasi terkenal, Dr Shukri Abdullah yang banyak berkongsi ilmu motivasi kepada remaja-remaja sekolah, menjelaskan apakah tanda menjadi ibu bapa sebenar.
Menerusi persoalan yang diutarakan oleh seorang ibu ini anda akan tahu jawapannya. Ibu ini bimbang kerana tidak memberikan telefon bimbit pada anak perempuan seusia 14 dan 16 tahun. Dan jawapan Dr. Shukri akan buat ibu bapa berfikir kembali sama ada mahu benarkan anak anda pegang handphone atau sebaliknya.
Dr. Shukri Abdullah, Pakar Motivasi dan
Anak Tertekan Kerana Tiada Handphone!
(Ini catatan seorang ibu yang tidak memberi handphone pada dua orang anak daranya, tingkatan 2 dan 4)
Rakan FB bernama A.H. mesej saya perkara berikut:
“Assalam Dr…saya memang tak bagi handphone pada anak. Yang sulung form 4, yang no 2 form 2. Macamana cara untuk saya nasihatkan diorang supaya tidak merasa rendah diri apabila berada dalam kelompok rakan-rakan yang ada hanphone ni ketika ada aktiviti di luar sekolah.
“Biasanya saya akan wassap kawan-kawan diaorang untuk bertanye bila balik. Pukul berapa aktiviti habis. Nak bawa hanphone nokia..malu. Sedih juga saya. Anak-anak seakan mendesak dan mengatakan saya mengongkong mereka.
“Diaorang cakap kawan-kawan semua ada handphone. Parents diaorang tak kisah pun dan diaorang rasa malu kalau keluar dengan kawan tak ada handphone tapi sampai hr ni memang saya tak bagi pun smartphone pada dua anak dara saya ni.”
Jawapan Balas Dr. Shukri
Ada beberapa isu di sini, biar saya perincikan:
(b) Anak merasa rendah diri kerana tiada handphone ketika bersama rakan-rakan lain ketika aktiviti luar sekolah.
(b) Anak malu nak bawa handphone Nokia (3310), justeru si emak terpaksa wassap kawan untuk tahu bila balik / jam berapa aktiviti habis. Itu buat anak tertekan.
(c) Anak menuduh ibu kongkong mereka walhal parents kawan-kawannya tak kisah pun (mereka ada handphone)
(d) Rumusan: Anak rasa malu keluar dengan kawan kerana tiada handphone.
Respon saya kepada Puan AH:
√ Langkah terbaik, paling power, paling afdal dan paling bijaksana ialah:
Bantu Anak Cari ‘WHY?’ Dalam Hidup Dia
Membantu anak ada matlamat dan halatuju yang mantap, jelas dan mencabar dan membina keyakinan ke arah memperolehi cita impian berkenaan, InSyaAllah apabila anak bersungguh-sungguh berusaha dia yakin akan kejayaan berkenaan, banyak masalah yang kini wujud akan tenggelam dengan sendirinya. Dia kena ada “WHY ?” dia belajar.
Tanpa halatuju dan matlamat yang jelas dan mencabar fikiran mereka akan meronda ke pelbagai kesukaan semasa, justeru pelajaran dikesampingkan. Pada ketika seperti inilah handphone canggih akan menjadi kawan karib dan handphone NOkia 3310 macam tiada nilai!
Apabila matlamat/halatuju itu jelas, maka dia akan sibuk berusaha mengejar cita impian berkenaan.
Contoh : Anak Tingkatan 2
Katakannya dia di sekolah harian, dia berhalatuju untuk masuk ke Tingkatan 4 di sekolah terbaik agar memudahkannya ke kolej-universiti tertentu selepas SPM. Katakanlah dia mahu MRSM atau Sekolah Sains atau SMKA apabila tamat PT3 nanti, Maka pelajaranlah tumpuan utamanya, yang lain kurang penting.
Contoh : Anak Tingkatan 4
Katakan dia mahu ke kolej-universiti tertentu selepas SPM nanti, maka dia tidak ada pilihan kecuali berusaha bersungguh-sungguh ke destinasi berkenaan. Juga pelajaran jadi fokusnya. Yang lain sampingan sahaja.
Antara remaja yang mengikuti kursus motivasi Dr Shukri Abdullah.
Bila Akhirnya Anak Telah Temui ‘Why’ Dalam Hidupnya
1. Dia akan terdorong memilih kawan yang juga bermatlamat atau berhalatuju yang seumpama (serupa tak semesti sama). Kawan-kawan serupa ini akan meletak pelajaran No. 1.
2. Dia akan lebih peka dengan usaha memperolehi gred terbaik, usaha memahami tajuk-tajuk yang diajar, usaha untuk sentiasa mengulangkaji pelajaran.
3. Dia akan terasa MALU bukan kerana hanya memiliki handphone Nokia 3310 walhal kawan-kawan lain ada Samsung, Vivo atau iPhone. Sebaliknya dia akan terasa MALU dan RIMAS bila markahnya jatuh walhal markah kawan-kawan melonjak. MALU atas sebab yang jauh berbeza kini kerana miliki matlamat dan halatuju tertentu.
3. Pada masa yang sama secara tidak langsung dia terpaksa jauhi dengan kawan-kawan yang tiada matlamat dan tiada halatuju kerana apabila pelajar Tingkatan 2 / 4 ini (tiada matlamat / halatuju jelas dan mencabar) maka saya takut mereka banyak merapu. Tumpuan mereka ialah berbicara drama Melayu terkini, lagu Top terkini, pelakon handsome terkini, cerita romantis Korea terkini, apa yang terkini viral dalam media sosial dan sebagainya.
Maknanya, ubah KEUTAMAAN anak, maka FOKUSnya
Biarlah Anak Bandingkan Kita Dengan Ibubapa Lain
Anak menuduh kita KONGKONG itu perkara biasa. Kata Bette Davis lebih kurang begini “Kita BELUM jadi ibu bapa yang sebenarnya selagi anak kita BELUM PERNAH MARAH pada kita” Ya, saya setuju 100%.
Tak nak bagi anak marah, ikut kehendak anak 100%. Apa dia nak bagi. Malah anak dara nak keluar tengok wayang dengan lelaki rakan sekelas pun bagi. Seronoklah anak. Tetapi itu bukan ibu bapa sebenar.
BIAR dia bandingkan dengan ibu bapa lain. Kita paksa anak kita solat 5 kali sehari. Bangun awal untuk Subuh. Balik rumah on time untuk sempat solat Maghrib. Jika dia berkata mak ayah lain tak kisah pun. Kalau itupun kita ikut anak, bukan ibu bapalah namanya.
Ayah “mak ayah lain” tak kisah pun adalah senjata biasa seorang anak gunakan bila berbicara dengan ibu bapa mereka.
Pernahkah anak berkata “Tetapi Mak mak ayah kawan-kawan semuanya garang, tak bagi muka, tak bagi keluar rumah ikut suka” PASTI TIADA. Dia akan banding apa yang senang baginya.
Fahamkan Sejelasnya 3 Point Ini
1. Bantu pupuk matlamat / halatuju kepada anak.
2. Bantu dia cari kawan yang sealiran fikiran / nilai, yang juga bermatlamat / berhalatuju jelas dan mencabar
3. TETAPI spend banyak masa dengan mereka … keluar bersama, riadah bersama, jalan-jalan bersama, sembang-sembang supaya mereka faham walau apapun ibu ayah mereka memang sayang pada mereka.
InSyaAllah, saya tekan dengan mendalam mengenai pembinaan matlamat dan halatuju dan WHY dalam Seminar saya pada anak-anak dan seminar saya pada ibu bapa.
Sumber/Foto : Facebook DrShukri Abdullah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...