Irene terkejut nama jadi bualan netizen. Sebelum ini heboh mengenai dakwaan suami kepada Ira Kazar yang juga pengarah Syamsul Yusof dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan.
Wanita Bernama Irene Deanna itu didakwa menjalin hubungan dengan Syamsul selepas tersebar foto Syamsul menghadiri makan malam yang disertai keluarga wanita itu. Turut kelihatan, sekeping gambar berdua Syamsul bersama Irene.Dek kerana itu, ramai yang ingin mengetahui siapa empunya badan tersebut.
Seperti mana yang dilaporkan irene berasa terkejut apabila namanya dipetik dan menjadi bualan netizen. Menurutnya Syamsul merupakan kenalan ibu dan ayahnya sahaja.
“Kami sekadar kawan biasa sebab Syamsul kenalan emak dan ayah, bukan saya. Memang hanya kenalan ‘hi bye’.
“Itu sekadar gambar sahaja. Sebenarnya, Syamsul datang atas urusan kerja dengan syarikat permotoran, jadi kami ambil gambar bersama sebab dia adalah kenalan keluarga.
“Saya tak tahu nak komen sebab tiada apa-apa pun. Jadi, ‘no comment’,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Wanita tersebut juga menyatakan dirinya tidak terganggu dengan gosip yang melanda.
“Saya terkejut, tapi sememangnya tiada apapun.
“Syukur, gosip ini tidak menganggu emosi saya. Saya buat kerja macam biasa.
“Tiada ‘stress’ atau apa-apa, saya okay sahaja,” sambungnya.
Berkongsi perasaan apabila membaca komen-komen dari netizen, Irene menerangkan dia cuma tertawa membaca dakwaan dilemparkan.
“Saya baca dan hanya tergelak,” ungkapnya.
Sumber Gambar: Instagram Irenee Deanna
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.