Ira Kazar saman Jawi, pendedahan jabatan agama berkaitan pertuduhan luar nikah sebelum kahwin kepada umum. Susulan sidang media Syamsul Yusof ,  ada banyak isu yang didedahkan kepada umum.

Ini termasuklah isunya bersama Puteri Sarah yang juga isteri pertamanya di mana pagi ini mereka menghadiri pertemuan bersama Jawatankuasa Pendamai berkaitan isu cerai yang dituntut oleh Puteri Sarah. Turut dibangkitkan berkaitan nusyuz isteri pertamanya itu, penjelasan mengenai Aaron Aziz termasuk isu isteri keduanya yang bakal menyaman JAWI berikutan pendedahan jabatan tersebut kepada masyarakat.

Ira Kazar Saman JAWI

Ira Kazar atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berikutan pendedahan pihak tersebut terhadap tuduhan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin kepada umum.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Tidak Berfikir Untuk Bercerai..” Madu Miera Liyana Mahu Pertahankan Rumahtangga Dibina 28 Tahun

10 Tahun Dah Bercerai, Bekas Suami TETAP Tanggung Sepenuhnya Perbelanjaan Bekas Isteri & Anak-Anak

Terkena Sihir Pemisah Rumahtangga, Suami Isteri Bahagia & Punya Anak Ramai Bercerai Tanpa Sebab

Bekas Suami Jaja Keburukan Di Media Sosial & Keluarganya Lepas Cerai, Peguam Kongsi Isteri Boleh Saman EX

Ads

Memetik laporan Sinar Harian, menurut peguamnya, Ammar Ghalip yang mewakili Ira, pihaknya bakal memfailkan saman terhadap Jawi kerana pendedahan yang dibuat oleh pihak tersebut kepada masyarakat.

“Berkenaan dengan kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada Jawi itu, ia masih belum selesai dan dalam siasatan lagi.

“Isu berkenaan masih disiasat dan terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil kepada Jawi,” katanya pada Rabu.

Pendedahan Jabatan Agama Berkaitan Pertuduhan Luar Nikah Sebelum Kahwin Kepada Umum

Pada Rabu media melaporkan Syamsul Yusof, menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan isteri, Ira Kazar.

Ads

Menurutnya, dia tidak pernah melakukan persetubuhan luar nikah seperti yang didakwa dan turut mempersoalkan ketelusan Jawi.

Dalam pada itu, Ira berkata, akan menyaman pihak Jawi pada minggu hadapan berikutan pendedahan kesnya kepada umum.

“Ira akan saman Jawi. Minggu depan kami akan failkan saman,” ujarnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ads

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI