iPhone kena curi masa pergi konsert blackpink, lokasi dikesan Riau, Indonesia. Bahaya sentiasa ada tanpa kita sedari. Ditambah bila berada di lokasi tumpuan ramai. Perlu sentiasa berwaspada kerana pencuri ada di mana-mana.
Baru ini, kita digegarkan dengan konsert artis antarabangsa, Blackpink yang menarik lebih 62,000 peminat ke Bukit Jalil. Konsert berskala besar itu menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan masyarakat. Ada pro dan kontra menurut pemikiran seseorang.
Namun apa yang perlu dilakukan bila berada di lokasi tumpuan ramai ialah, berhati-hati dengan barang berharga kita. Ini kerana individu yang berniat jahat akan sentiasa mengambil peluang tanpa mengira dosa atau pahala.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Diraikan 4 Hari 4 Malam, Majlis Berkhatan Bagaikan Konsert Telan Belanja RM856,000!
Bayar RM500 Konsert Billie Eilish, Yang Nampak “BILIS”. Ramai Anak Muda Meroyan Di Media Sosial
Perkongsian satu individu di twitternya, @user94osh di mana dirinya berkongsi iPhone terkini miliknya telah dicuri sebelum konsert Blackpink bermula. Kejadian itu berlaku ketika dirinya mahu membeli air di gerai Haus boom.
Mengejutkan, bila menyedari iPhone miliknya hilang dan dirinya membuka aplikasi find my iPhone, telefon bimbitnya dikesan berada jauh di negara seberang iaitu di Lapangan Terbang Hang Nadim, Batam Riau Indonesia.
Ternyata, pencurinya sudah merancang sejauh ini di mana mereka pasti menyedari pemilik iPhone boleh menjejaki telefon melalui aplikasi tersebut.
Mungkin pencuri sudah membuat perancangan teliti dan tak mustahil ada sindiket terlibat kerana iPhone yang dicuri terus dibawa ke negara seberang di mana pasti sukar untuk kita pergi dan balik ke Indonesia untuk menguruskan hal ini.
Sebaik berkongsi hal ini di media sosialnya, seorang individu bertanya adakah dirinya gadis yang bertanyakan sama ada terjumpa telefonnya di salah sebuah gerai di situ, kata pemilik twitter ia bukan dirinya kerana dirinya tidak pergi ke gerai pakcik tersebuti. Bermakna ada lagi peminat Blackpink yang kehilangan telefon pada malam konsert tersebut.
Dalam pada itu, ramai mengucapkan simpati kepadanya dan menyuruh call centre untuk block telefon tersebut. Dan ada memintanya agar turn on lost mode agar orang yang mencuri tak boleh guna langsung.
Satu pengajaran yang boleh kita sama-sama pelajari di sini, berhati-hati bila berada di lokasi orang ramai atau tempat sesak kerana pencuri sentiasa mencari peluang. Ditambah Ramadan bakal menjelang beberapa minggu lagi dan pasti ramai yang keluar membeli belah persiapan raya terutama di akhir Ramadan nanti.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
TEMUI MARSHA LONDOH YANG AKAN HIBURKAN ORANG RAMAI DI DI FIESTA USHA-USHA BISKUT RAYA DI PUSAT BELI BELAH SETIA CITY MALL. ADA 40 VENDOR POPULAR AKAN BERSAMA KAMI DI FIESTA INI MENJUAL BISKUT RAYA. JOMMMSSSS…
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.