Ipar duai tinggal serumah, lebih banyak ruang curang dalam rumah tangga. Kehidupan berumah tangga adalah satu ikatan suci yang memerlukan kepercayaan, kesetiaan, dan komitmen yang teguh antara suami isteri.
Namun, apabila ada anggota keluarga lain seperti ipar tinggal serumah, situasi ini boleh menimbulkan beberapa cabaran dan risiko, termasuk membuka ruang bagi masalah curang dalam rumah tangga. Meskipun tidak semua situasi akan berakhir dengan konflik, kes curang atau rasa cemburu, namun ada beberapa perkara penting yang perlu difikirkan apabila berkongsi rumah dengan ipar duai.
Walaupun ipar adalah sebahagian dari keluarga, namun sebagai individu dewasa, terdapat batasan yang perlu dijaga, terutama dalam menjaga aurat dan etika sosial. Tinggal serumah boleh membuka ruang untuk interaksi yang mungkin tidak sesuai, seperti perbualan yang terlalu intim atau pergaulan yang terlampau bebas. Tanpa batasan yang jelas, kemungkinan untuk berlakunya hubungan tidak sihat semakin tinggi.
Baca perkongsian daripada Ustazah Nazirah Abu Bakar ini.
Semalam kebetulan lapang, buka TV ada cerita Ipar Adalah Maut. Mulanya tengok cerita apa ini nombor satu pilihan untuk carta filem di Malaysia. Berdasarkan kisah benar, dan tajuknya itu petikan hadis Nabi, jadi saya tekan butang “play.”
Baik point dia apa?
1) Pengajaran filem sangat bagus, tapi tak sesuai untuk anak-anak tengok bersama. Ada babak kelamin yang bukan sepatut dibiasakan tayangannya walau atas tujuan pelajaran.
2) Ipar adalah maut. Kenapa maut? Sebab maut ini datangnya tanpa diduga. Bak nasihat temannya Nisa (watak utama), taufan paling bahaya datang secara tiba-tiba. Maut boleh sapa sesiapa saja tak kira walau orang yang berdekatan dengan kita. Kalau nak berlaku, akhirnya terjadi juga. Siapa nak sangka adik ipar menjadi fitnah yang hanya bermula dengan “alah adik ipar saja, eh tu abang ipar saya”. Benar kata Pak Junaedi.
3) Ada orang kata Rani itu yang bersalah, dia yang sengaja menggoda-goda, ada yang kata Nisa dan emaknya yang bersalah kerana membuka ruang fitnah itu bekerja, ada yang feminis menyalahkan Aris sebagai jantan durjana, punya isteri eh tapi masih gatal telurnya.
Baik jom kita tengok macam mana hukum bagi panduan.
Hukum ipar-duai tinggal serumah yang ketiadaan mahram adalah haram dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah (sadd al-dzari’ah). Larangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga daripada timbulnya sebarang kerosakan yang besar pada masa akan datang. Adapun, tidak mengapa ipar-duai tumpang tidur bermalam yang berasingan bilik selagi adanya mahram disisi ipar duai dan aman daripada fitnah. Mahram yang wajib ada ialah mahram dari pihak perempuan bukan lelaki.
4) Kesimpulannya. Setelah kita bicarakan tentang ruang fitnah yang harus ditutupkan, maka akhirnya kita hanya boleh sebutkan kasihan, inilah sebahagian dari ujian niat baik nak menolong darah daging sendiri.
Bermula dari niat baik ibu nak menjaga anak, bermula dari niat seorang abang ipar untuk melindungi. Dek kerana salah pilihan akhirnya rumah tangga yang baik, berantakan dan tinggal menjadi pelajaran.
Kehidupan berumah tangga menuntut suami isteri untuk berusaha mengekalkan kepercayaan dan kesetiaan antara satu sama lain. Apabila tinggal serumah dengan ipar, cabaran yang timbul boleh menjadi ruang kepada masalah curang jika tidak ditangani dengan bijak.
Namun, dengan komunikasi terbuka, batasan yang jelas, dan penjagaan adab serta etika pergaulan, suami isteri dapat mengelakkan risiko ini dan mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan mereka. Kepercayaan dan kesefahaman adalah asas yang paling penting dalam menghadapi apa jua cabaran dalam rumah tangga.
Sumber: Ustazah Nazirah Abu Bakar
Baca artikel lain juga: Ipar Duai Bila Berkumpul, Elak Jatuhkan Air Muka Sesama Sendiri
Suami Curang Ketika Isteri Berpantang Di Kampung, Sedih, Sakit Bersalin Pun Tak Hilang Lagi
Suami Curang, Alasan Sebab Isteri Gemuk Dan Tak Pandai Jaga Badan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.