Ipar duai tinggal serumah, lebih banyak ruang curang dalam rumah tangga. Kehidupan berumah tangga adalah satu ikatan suci yang memerlukan kepercayaan, kesetiaan, dan komitmen yang teguh antara suami isteri.
Ipar Duai Tinggal Serumah, Lebih Banyak Ruang Curang Dalam Rumah Tangga
Namun, apabila ada anggota keluarga lain seperti ipar tinggal serumah, situasi ini boleh menimbulkan beberapa cabaran dan risiko, termasuk membuka ruang bagi masalah curang dalam rumah tangga. Meskipun tidak semua situasi akan berakhir dengan konflik, kes curang atau rasa cemburu, namun ada beberapa perkara penting yang perlu difikirkan apabila berkongsi rumah dengan ipar duai.
Walaupun ipar adalah sebahagian dari keluarga, namun sebagai individu dewasa, terdapat batasan yang perlu dijaga, terutama dalam menjaga aurat dan etika sosial. Tinggal serumah boleh membuka ruang untuk interaksi yang mungkin tidak sesuai, seperti perbualan yang terlalu intim atau pergaulan yang terlampau bebas. Tanpa batasan yang jelas, kemungkinan untuk berlakunya hubungan tidak sihat semakin tinggi.
Semalam kebetulan lapang, buka TV ada cerita Ipar Adalah Maut. Mulanya tengok cerita apa ini nombor satu pilihan untuk carta filem di Malaysia. Berdasarkan kisah benar, dan tajuknya itu petikan hadis Nabi, jadi saya tekan butang “play.”
Baik point dia apa?
1) Pengajaran filem sangat bagus, tapi tak sesuai untuk anak-anak tengok bersama. Ada babak kelamin yang bukan sepatut dibiasakan tayangannya walau atas tujuan pelajaran.
2) Ipar adalah maut. Kenapa maut? Sebab maut ini datangnya tanpa diduga. Bak nasihat temannya Nisa (watak utama), taufan paling bahaya datang secara tiba-tiba. Maut boleh sapa sesiapa saja tak kira walau orang yang berdekatan dengan kita. Kalau nak berlaku, akhirnya terjadi juga. Siapa nak sangka adik ipar menjadi fitnah yang hanya bermula dengan “alah adik ipar saja, eh tu abang ipar saya”. Benar kata Pak Junaedi.
3) Ada orang kata Rani itu yang bersalah, dia yang sengaja menggoda-goda, ada yang kata Nisa dan emaknya yang bersalah kerana membuka ruang fitnah itu bekerja, ada yang feminis menyalahkan Aris sebagai jantan durjana, punya isteri eh tapi masih gatal telurnya.
Baik jom kita tengok macam mana hukum bagi panduan.
Hukum ipar-duai tinggal serumah yang ketiadaan mahram adalah haram dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah (sadd al-dzari’ah). Larangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga daripada timbulnya sebarang kerosakan yang besar pada masa akan datang. Adapun, tidak mengapa ipar-duai tumpang tidur bermalam yang berasingan bilik selagi adanya mahram disisi ipar duai dan aman daripada fitnah. Mahram yang wajib ada ialah mahram dari pihak perempuan bukan lelaki.
4) Kesimpulannya. Setelah kita bicarakan tentang ruang fitnah yang harus ditutupkan, maka akhirnya kita hanya boleh sebutkan kasihan, inilah sebahagian dari ujian niat baik nak menolong darah daging sendiri.
Ads
Bermula dari niat baik ibu nak menjaga anak, bermula dari niat seorang abang ipar untuk melindungi. Dek kerana salah pilihan akhirnya rumah tangga yang baik, berantakan dan tinggal menjadi pelajaran.
Kehidupan berumah tangga menuntut suami isteri untuk berusaha mengekalkan kepercayaan dan kesetiaan antara satu sama lain. Apabila tinggal serumah dengan ipar, cabaran yang timbul boleh menjadi ruang kepada masalah curang jika tidak ditangani dengan bijak.
Namun, dengan komunikasi terbuka, batasan yang jelas, dan penjagaan adab serta etika pergaulan, suami isteri dapat mengelakkan risiko ini dan mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan mereka. Kepercayaan dan kesefahaman adalah asas yang paling penting dalam menghadapi apa jua cabaran dalam rumah tangga.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ads
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Takkan jatuh martabat suami yang sama-sama sinsing lengan buat pikul kerja rumah dengan isteri. Lagilah suami makin disayangi, dikasihi isterinya bila sama prihatin dengan susah payah isteri.
Janganlah indahnya isteri itu cuma dilihat waktu jadi raja sehari saja. Selepas hilang serinya, terus isteri dilayan bak orang gaji. Kasihan isteri diperlakukan sebegitu.
Hadamkan pesanan Ustaz Don Daniyal ini. Dalam melayari bahtera perkahwinan, besar sebenarnya amanah dan tanggungjawab seorang suami.
Kredit foto : Instagram Ustaz Don Daniyal Biyajid
Suami Itu Pemimpin Keluarga
Abang-abang Nak jadi suami ni senang. Kahwin, terus dapat title suami. Tapi ada apa pada gelaran Kalau kita tidak benar-benar berfungsi Sebagai sebenar-benar suami
Suami adalah pemimpin rumahtangga Bukan bos kepada isteri & anak-anak Perlu sama ambil tahu tentang isi rumah Bukan sekadar hulur duit lepas tekak
Suami jangan ego bila ditegur Jangan pula ringan tangan bila marah Lelaki sejati dihormati bila merendah diri Disayang anak isteri bila menyayangi
Sama-sama Pikul Kerja Rumah
Suami, sama-samalah pikul kerja rumah Dulu raja sehari kenapa sekarang macam orang gaji Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua Mulianya kalian bila bantu sama-sama
Isteri, bersabarlah dengan kelemahan suami Bersyukur tatkala masih punya dia di sisi Tegur baik-baik, doa yang baik-baik Insya Allah rezeki yang datang juga baik-baik
I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…
Masa bercinta bukan main lagi tunjuk keprihatinannya. Tup..tup..bila kahwin, sikap yang ditonjolkan sebelum ini terus hilang.
Menyesal dah tak guna, dia sudah menjadi suami dan pastinya anda jadi tanggungjawab dia. Bukan sahaja perangai tetapi berat tulangnya juga jelas terpancar. Anda harapkan bila sudah berkahwin, sama-samlah membantu dalam membuat kerja rumah tangga. Tapi, semuanya diserahkan pada isteri. Kononnya kita nie perempuan dan isteri.
Nak tak nak, terpaksalah hadap semua ini. Walau bagaimanapun, usah mengeluh, mungkin dari sisi itu anda nampak keburukannya. Tetapi, bila difikirkan balik, ada kebaikan yang tersembunyi yang suami anda lakukan. jom kita tengok, mungkin inilah sisi hebat suami anda yang anda tidak tahu.
Bercakap Dengan Elok
Bila berkahwin, maknanya suami anda tidak hidup sendirian. Dia pun ingin tahu pendapat isteri dia. Sebab itulah dia bercakap elok dengan anda, buat lawak hinggakan kadang-kadang anda berdua tidak tahu bila masa anda berdua diam.
Sentiasa Dengan Isteri
Bila berada dengan kita, hati dia senang. Cuba perhatikan bila anda hilang dari pandangan mata dia. Mesti dia akan tanya berkali-kali. Jadi, tiap kali suami dengan anda, dia tidak mahu masa terbuang begitu saja. Jika anda kemas rumah dan dia hanya memerhatikan pun dah kira cukup baik. Ini belum lagi termasuk tengok televisyen bersama.
Ada Saja Lawak
Kalau duduk dengan dia, ada sahaja cerita yang lawak dan boleh tarik perhatian anda. Sementelah bila anda rasa sedih, dia tahu bagaimana nak kembalikan mood anda itu.
Selalu Bagi Sokongan
Sudah dan senang dengan anda sahaja. Suami yang baik adalah suami yang sentiasa buat anda ras bahagia.
Suami Yang Setia
Pantang tengok wanita cantik mulalah mata menjeling. Tapi suami yang hebat hanya sekadar kagum sahaja sebab dalam hati dia hanya anda yang terbaik untuk dia.
Tahu Kesalahan
Tidak semua ketua keluarga ini betul, Ada masanya, dia membuat salah dan kesalahan yang dia lakukan diakui dengan betul dan janjinya tidak akan ulangi lagi. Itulah yang anda harapkan pada suami kan.
Jaga Dan Ambil Berat
Dia sentiasa pastikan keselamatan dan kesihatan anda sekeluarga. Bila kerja di luar kawasan, pesanan supaya pintu rumah terkunci, tanya khabar, beritahu sudah sampai dan sebagainya. Inilah keutamaan dia untuk anda dan anak-anak.
Kadang-kadang bila suami lakukan perkara ini sudah cukup membuatkan dia suami yang hebat. Jadi hargailah suami anda. Dialah yang terbaik untuk anda
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka masalah lambakan tikus di kota besar, mampu mewujudkan peluang pekerjaan bergaji lumayan. Kota metropolitan New York, Amerika Syarikat (AS) mengiklankan ‘jawatan kosong’ pembunuh tikus yang menjadi masalah utama bandar raya berkenaan.
Pejabat Datuk Bandar, Eric Adam turut menetapkan kriteria yang akan mengetuai operasi memerangi haiwan perosak tersebut yang akan memegang jawatan sebagai ‘Pengarah Mitigasi Tikus’ atau ‘czar tikus’ dengan gaji tahunan mencecah antara AS$120,000 (RM526,500) dan AS$170,000 (RM746,000).
“Calon yang ideal adalah mereka yang bermotivasi tinggi dan ‘dahagakan darah’ serta berusaha mencari jalan penyelesaian dari pelbagai sudut termasuk meningkatkan kecekapan operasi, pengumpulan data, inovasi teknologi dan pengurusan sampah,” menurut iklan tersebut.
Bergelut Kawal Populasi Tikus
New York dikatakan bergelut untuk mengawal populasi tikus selama beberapa generasi selepas haiwan perosak itu semakin ‘bermaharajalela’ dan membanjiri taman serta laluan utama di bandar raya berkenaan.
Sehingga Oktober lalu, jabatan sanitasi kota metropolitan itu telah melaporkan lebih 21,600 aduan tentang tikus yang merupakan peningkatan drastik berbanding sebelum pandemik COVID-19 bermula.
Masalah haiwan perosak itu menyebabkan New York berada di tangga kedua mempunyai populasi tikus paling tinggi di belakang Chicago yang berada di kedudukan teratas untuk tempoh lapan tahun berturut-turut.
Tan Sri Michelle Yeoh Cantik Berselendang. Aktres tersohor antarabangsa yang dilahirkan di Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dilihat telah menghadiri majlis pengebumian mantan Perdana...