Intipati PENTING Pengumuman Bajet 2023 KHAS Buat WANITA & Seisi Rumah!

Share

Intipati penting pengumuman Bajet 2023 khas buat wanita dan seisi rumah. Pengumuman Bajet 2023 yang di sampaikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz petang tadi pastinya dinanti-nantikan oleh semua pihak. Bukan sekadar kumpulan B40 tetapi juga M40, wanita, belia, OKU dan semua segmen masyarakat.

Bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama. Bajet 2023 berteraskan oleh 3R iaitu responsif, bertanggungjawab, reformis memperuntukkan sejumlah 372.3 bilion ringgit.

Antara intipati menarik yang Mingguan Wanita perincikan, khusus memanfaatkan golongan wanita, suri rumah dan seisi keluarga adalah seperti berikut;

1. Lahir Anak 2023, Bantuan Tunai RM500

Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak RM 500 ringgit dengan peruntukan 150 juta ringgit.

2.Tribunal Antigangguan Seksual akan ditubuhkan pada 2023.

3.Pusat Sokongan Sosial Setempat akan diperkukuhkan bagi menangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga.

4. Subsidi Ujian Mamogram & Saringan Kanser Serviks

Memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks yang diperintiskan menggunakan kaedah baharu ujian saringan PCR kepada kaum wanita dengan peruntukan 11 juta ringgit.

Kredit Foto: Beacon Hospital

5. Dana Perniagaan & Pembiayaan Untuk Wanita

Bagi mendorong lebih ramai wanita meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah baik strategi pemasaran, sejumlah 235 juta ringgit dana pembiayaan tersedia khas untuk wanita di bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNITA MARA, dan Biz Lady Bank Rakyat.

6. Wanita Kembali Bekerja, Pengecualian Cukai Pendapatan

Bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh ‘career break’, Kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028.

7. Caruman KWSP Surirumah Dapat Insentif RM600

Suri rumah yang membuat caruman KWSP minimum 60 ringgit setahun akan mendapat insentif padanan tambahan Kerajaan bernilai sehingga 600 ringgit setahun merangkumi 480 ringgit simpanan KWSP serta 120 ringgit caruman Skim PERKESO.

8. Projek Kecil Khusus Kontraktornita Kelas G1 Hingga G4

Inisiatif Kontraktornita bagi menyokong penyertaan lebih ramai kontraktor wanita Bumiputera dalam perolehan Kerajaan. Sebanyak 50 juta ringgit nilai projek-projek kecil akan dikhususkan kepada kontraktor wanita kelas G1 hingga G4.

9. Pelepasan Cukai Bayaran Yuran TASKA & TADIKA Berdaftar

Pelepasan cukai sehingga RM3,000 ringgit ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA berdaftar sehingga tahun taksiran 2024.

11.Bantuan Awal Persekolahan RM150

Bantuan Awal Persekolahan RM150 akan diberikan pada Januari 2023 kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya.

12.Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023.

Pertama: Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
Kedua: Diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

13.Pemilikan Rumah

Untuk menggalakkan pemilikan rumah pertama, sebelum ini, duti setem bagi rumah bernilai 500 ribu ringgit ke bawah telah dikecualikan sepenuhnya hingga akhir tahun 2025.Rumah bernilai lebih 500 ribu hingga 1 juta ringgit, pengecualian bayaran duti setem akan dinaikkan daripada 50 kepada 75 peratus sehingga 31 Disember 2023.

Mulai tahun 2023, semua pindah milik harta tanah atas dasar kasih sayang antara keluarga seperti daripada suami kepada isteri, bapa kepada anak atau datuk kepada cucu hanya dikenakan duti setem sebanyak RM10.

14.Kenaikan Gaji Tambahan Khas Penjawat Awam

Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM 100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM 700 dan 1 juta pesara Kerajaan sebanyak RM350. Manakala Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada bulan Mac 2023.

Ia menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 dan dibayar secara berperingkat adalah sebanyak RM 2,500.

15. Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.

Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM 2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak RM2,500. Ini ialah kategori baharu sebagai usaha Kerajaan meringankan beban keluarga yang menyara ramai anak.

Bagi isi rumah sehingga empat orang anak pula, akan layak menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.

• Kepada isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 ringgit,BKM yang disediakan adalah antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.

• Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang pula,mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu.

•Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga 3,000 ringgit. Kadar BKM maksimum ini meningkat berbanding 2,500 ringgit tahun ini.

16. Kadar Cukai Pendapatan Kumpulan M40 Dikurangkan Dua Mata Peratusan

Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih 50 ribu hingga 100 ribu ringgit.

Pertama : Banjaran pendapatan bercukai lebih RM 50 ribu hingga RM 70 ribu, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus; dan
Kedua: Banjaran pendapatan bercukai lebih RM 70 ribu hingga RM100 ribu, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus.

Semoga Bermanfaat.

Mingguan Wanita: Sama-samalah kita ambil tahu, merebut peluang dan memanfaatkan bajet yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan ini.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab