Inti popia biasanya menggunakan sayur-sayuran. Tapi apa kata kali ni cuba kelainan pula, gunakan pisang sebagai intinya. Rasanya tak kurang sedapnya. Ada rasa lemak manis. Bahkan tak susah sangat nak membuatnya. Sama macam popia biasa, hanya intinya berbeza.
Resipi ini telah dikongsi oleh Munierah Eyra (#dapurche‘eyra) secara step by step. Jadi yang nak cuba, boleh lihat cara-caranya.
Ads
Nak tambah menarik, boleh letak pelbagai topping di atasnya. Gerenti anak-anak suka sebab kita boleh letak pelbagai topping di atasnya seperti oreo, keju dan sebagainya. Memang best! Kalau mak ayah pula, tak nak topping, makan macam tu je pun sedap dah.
Ads
Popia Inti Pisang Ni Caranya Pun Tak Susah Mana….Korang Boleh Cuba!!
Bahan-Bahan Popia Inti Pisang:
Kulit popia segera
Pisang
Bancuhan tepung gandum (untuk lekatkan popia) Minyak masak Bahan Topping (Ikut Pilihan Masing-Masing):
Susu pekat (guna untuk topping cheese)
Jem coklat pilihan
Serbuk biskut Oreo
Cheedar cheese
Cornflakes
Nestum
Ads
Cara Membuat:
Buang kulit pisang, dan belah empat.
Ambil selebar kulit popia segera, letakkan sekeping pisang di tengahnya. Lipat seperti membuat popia biasa. Gunakan bancuhan tepung gandum sebagai pelekat. Ulangi langkah hingga selesai. Anda juga simpan sejuk beku popia ini. Keluarkan bila hendak goreng.
Untuk menggoreng, panaskan minyak di dalam kualiti dan bolehlah goreng popia pisang tadi. Jangan lupa balik-balikkan ia dari semasa ke semasa. Goreng hingga ia berwarna kuning keemasan. Angkat dan tos.
Boleh makan begitu saja. Atau hendak lagi menarik, boleh letak topping seperti oreo, keju, conflake dan Nestum di atasnya. Anak-anak pasti suka.
Menurut Bro Ohsem, Akhtar Syamir Charcuterie ini adalah kombinasi pelbagai makanan yang boleh terus dimakan tanpa perlu dimasak. Tetapi, jika melibatkan penggunaan telur, makanan itu perlu juga dimasak dengan betul.
Mudah saja penyediaannya. Dan Bro Ohsem kongsikan contoh hidangan yang boleh anda cuba. Sedap dinikmati bersama seisi keluarga.
Sesekali bolehlah cuba nikmatinya ya.
Charcuterie, Gabungan Hidangan Makanan Enak Lagi Santai
Inilah yang dipanggil Charcuterie. Ianya satu gabungan hidangan makanan yang sedia untuk dimakan. Makan dia santai je. Ambil sini sikit, sana sikit. Kalau nak, gabungkan beberapa jenis makanan dan makan.
Gambar yang pertama ialah Charcuterie yang terkini isteri saya buat. Lebih pelbagai dari yang sebelum ni. Antara makanan yang boleh dikombinasikan adalah ayam atau daging, roti, biskut, telur, pelbagai jenis cheese, buah dan sayur. Kombinasi makanan ni bebas ikut selera kita.
Sebagai contoh, untuk gambar yang pertama tu ada :
1. Chicken slice
2. Chicken pepperoni
3. Smokey Beef Slice
4. Beef Sausage
5. Grilled Tomatoes
6. Scramble Eggs
7. Garlic Bread
8. Blue Cheese
9. Cheddar Cheese
10. Mozrella Cheese
11. Brie Cheese
12. Feta Cheese marinated in Olive Oil
Cheese memang ada banyak jenis. Saya dan isteri Nora Azni memang suka cheese. Tapi kami kalah kat blue cheese. Tengik sikit. Yang lain best.
Daging atau ayam slice tu banyak ada jual kat pasaraya, kat family mart pun ada. Cheese pun sama. Tak perlu masak pun. Ini dalam kategori cold dish jugak la. Cuma kalau ada telur tu kena la masak dulu.
Resipi turun temurun. Setiap kali raya, mesti macam-macam hidangan ada atas meja. Menu wajib tentulah rendang, nasi himpit, lontong, kuah kacang dan sebagainya.
Namun, bagi seetengah keluarga akan ada menu ‘special’ iaitu resipi turun temurun dari keluarga. Kalau hidangan ini tak ada, rasa tak lengkap ye! Lagipun, inilah menu wajib ada untuk dhidangkan kepada ahli keluarga dan saudara mara yang datang.
Tak mustahil juga ada resipi rahsia yang menjadikan ia hidangan istimewa juga. Perkongsian kali ini dari Nurhayati Malek dengan resipi turun temurun dari arwah ibunya iaitu satay goreng.
Resipi sate goreng ni memang resipi turun menurun dari arwah Ummi. Memang kegemaran seisi keluarga.
Pada Syawal pertama kebanyakan orang hidangkan rendang, berbeza dengan keluarga kami lebih sukakan ketupat daun kelapa, sate goreng dan sambal kacang.
Tiga lauk itu pun dah cukup dan wajib ada setiap kali raya.
Saudara-mara pun mesti akan cari menu ni kalau datang beraya. Tapi sebenarnya nak buat sate goreng ni tak susah pun tau.
Bahan-bahan:
1kg daging batang pinang
10 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 senduk serbuk kunyit
2 senduk gula putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 senduk minyak untuk menggoreng
Sedikit garam
Cara Membuatnya:
1. Hiriskan daging melintang dari uratnya supaya daging lebih mudah empuk. Hiris nipis-nipis.
.
2. Kemudian cucikan bersih dan toskan airnya.
.
3. Dalam mangkuk yang berisi daging. Masukkan bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas berserta kunyit. Gaulkan rata. Masukkan sekali dalam 1 senduk serbuk kunyit untuk naikkan warna masakan.
.
4. Masukkan gula dan gaul rata. Ummi selalu pesan kalau nak buat satay ni tak boleh kurang sangat manis sebab satay boleh jadi masam jika gula terlalu sedikit. Cuma jika mahu kurang juga ikut selera masing-masing lah ya.
.
5. Cuci bersih ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kemudian sangai sampai naik bau. Berbeza tau rasanya berbanding beli yang serbuknya sahaja.
.
6. Setelah disangai, kisarkan kering sehingga halus.
.
7. Masukkan ke dalam daging tadi. Gaulkan rata. Tutupkan daging. Perapkan selama lebih kurang 4 jam. Kalau nak biarkan semalaman pastikan simpan dalam fridge tau.
.
8. Setelah diperap. Masukkan 2 senduk minyak masak dan gorengkan satay tadi. Tutupkan kuali biarkan sehingga daging empuk. Jangan lupa untuk kaupkan selalu di bahagian bawah supaya tidak hangus.
.
Nak masak satay ni memang macam rendang juga. Cuma satay ni akan kering sedikit berbanding rendang.
9. Sementara menunggu satay masak bolehlah rebuskan ketupat segera atau ketupat daun kelapa.
.
10. Sambal kacang wajib ada tau.
.
11. Alhamdulillah, siap satay goreng. Memang sedap sangat.
Selamat mencuba semua!
Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarhamah Ummi, Easah Ibni Kamsiah.
Mingguan Wanita : Terliur pula tengok ye. Nak kena buat ni nanti.
Buat Sendiri CAPATI Guna Tepung Gandum Lagi Sedap, Dah Sejuk Pun Lembut! Jika selalu makan capati di kedai mamak je, sebenarnya kita boleh buat sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati makan dan terjamin kebersihannya.
Namun ada caranya untuk pastikan capati ‘homemade’ ini, kekal lembut walaupun dah sejuk. Malah lebih menarik boleh guna tepung gandum je berbanding tepung atta yang selalu digunakan. Tetap boleh jadi juga. Sedapnya makan capati panas cicah dengan kuah kari atau sambal.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...