Intan Ladyana Sah Bergelar Isteri Harris “Syukur Majlis Sudah Selesai, Paling Penting Nikah”

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif yang kini sudah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pasangan mempelai ini disatukan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur, sehari lebih awal daripada perancangan asal mereka.

Intan Ladyana & Harris Alif Nikah Awal Sehari

Pasangan ini memberitahu sepatutnya majlis pernikahan mereka diadakan sehari lebih awal disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ya, mengikut perancangan asal kami memang memilih untuk melangsungkan pernikahan pada 6 Februari sejak tahun lepas, kami ingat menjelang Februari Covid-19 semakin ok.

“Tapi kami hanya mampu merancang, ALLAH SWT jua yang menentukan. Kebetulan pihak JAWI ada kekosongan untuk tarikh 5 Februari, maka kami sepakat untuk bernikah hari ini,” ujar Harris.

Seperti yang difahamkan, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian berserta tujuh dulang hantaran, manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang. Namun, ia tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Harris Sudah Bersedia Pegang Tanggungjawab Sebaagi Suami

Berkongsi mengenai perasaannya selepas sah bernikah, Harris seperti yang dilaporkan di Harian Metro menyatakan kini sudah bermula tanggungjawabnya sebagai suami.

“Sebelum akad nikah, rasa seperti tidak ada apa-apa. Apabila duduk di kerusi, ketika nak lafaz baru terasa gementar. Tapi, selepas selesai memang terus lega. Dalam masa sama, terus ada satu perasaan yang mana bermula sudah tanggungjawab baru sebagai ketua keluarga.

“Selepas ini saya sudah hidup berdua. Ini adalah langkah baru untuk ke alam perkahwinan dan sebagai suami,” ungkapnya.

Baca Disini Juga: 

Intan Ladyana Bakal Nikahi Lelaki 17 Tahun Lebih Muda, Benarlah Jodoh Itu Rahsia Allah

Ibu Tunggal Cukup Kental, Ashira Mahu Membina Hidup Lebih Baik Bersama Anak

Pemuda Nikah Dua Wanita Serentak, Pengantin Lelaki ‘Malu-malu” Bila Gambar Dirakam

Intan pula menyatakan dia bersyukur majlis nikah berlangsung dengan selamat.

“Apabila jurunikah sebut sudah sah, saya terus terasa seperti, sudah selesai kah? Cepat betul rasanya. Selama ini saya berfikir ia ambil masa yang lama. Alhamdulillah, ia lancar dan dipermudahkan,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro
Sumber Foto: Instagram Intan Ladyana, Instagram, @hattadolmat_

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh