InsyaAllah, Yusuf Iskandar Bakal Dapat Adik – Hairul Azreen

Share

Sweet sungguh berita perkongsian pelakon filem Paskal, Hairul Azreen Idris, 30 yang mengumumkan bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua, selepas Yusuf Iskandar.

Selepas 2 tahun, nampaknya Yusuf akan bergelar abang. Tentulah ini berita gembira buat Hairul dan isteri, Hanis Zalikha.

Catatannya di laman instagram miliknya, “Alhamdulillah.. Insya-Allah, Yusuf Iskandar bakal dapat Adik! Rezeki milik Allah. Terima Kasih Allah.” mengundang ribuan ucapan tahniah daripada followernya.

Sememangnya Allah anugerahkan rezeki berganda buat suami isteri ini. Selepas kejayaan besar dalam lakonan, malah mengutip jualan tiket RM26.1 juta selepas 28 hari tayangan filem Paskal, Allah kurniakan pula rezeki cahaya mata untuk keduanya.

 

Bercuti Di Tokyo, Jepun

Benarlah rezeki itu tidak pernah salah alamat.

Ketika ini, Hairul dan keluarganya sedang bercuti di Tokyo, Jepun. Bukan saja bercuti bertiga, malah berkumpul dengan adik beradik yang lain. Seronok sebenarnya dapat jalan-jalan dengan adik beradik yang dah berkeluarga ini.

Bahagia Hairul dan Hanis juga dikongsi dengan ramai rakan artis dan para peminatnya. Dalam status pengumuman itu juga ramai rakan artis yang memberikan ucapan tahniah dan doa. Antaranya, Nad Zainal, Mira Filzah, Janna Nick, Gambit Saifullah, Uqasha Senros dan Siti Elizad.

Tak lupa juga para peminat yang terus-terusan menyokong pasangan bahagia ini. Mereka pun turut sama rasa bahagia dengan berita kehamilan Hanis, ibu muda yang cukup pandai mendidik Yusuf ini.

 

Amalan Doa Untuk Ibu Hamil

Semasa mengandung inilah ibu digalakkan membaca doa dan membaca al-Quran. Disenaraikan ini antara surah yang boleh ibu hamil baca sepanjang 9 bulan menanti cahaya mata.

Surah al-Fatihah : Untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman : Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf :

Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah al-Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Al-Tawbah : Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah al-Nahl : Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Sumber/Foto: Hairul Azreen

Published by
Netty Ah Hiyer