Instafamous Dedah Suami Curang, Pilih Selingkuh Dengan “Lelaki” Yang Jadi Saksi Pernikahan Mereka

Share

Instafamous dedah suami curang, pilih selingkuh dengan ‘lelaki’ yang jadi saksi pernikahan mereka. Perkahwinan merupakan Sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas Al-Quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.

Perkahwinan bukan untuk menutup perlakuan buruk seperti menyukai lelaki lain sama seperti zaman Nabi Luth tetapi perkahwinan adalah untuk membina rumahtangga yang mengamalkan ajaran Islam, melahirkan zuriat yang baik sehingga mampu memikul amanah dan merealisasikan usaha bagi memastikan hidayah Allah SWT berterusan dan tersebar ke seluruh alam ini.

Instafamous Dedah Suami Curang

Satu pendedahan dari instafamous Meylisa Zaara mengenai kecurangan suami mengejutkan banyak pihak. Bukan curang bersama perempuan lain tetapi memilih jalan songsang iaitu menjadi gay.

Lebih menyedihkan di hari pernikahan mereka, “pasangan” kepada suaminya adalah saksi kepada pernikahan mereka.

Meylisa yang juga model hijab yang sering menunjukkan tutorial pemakaian hijab di akaun Youtubenya, HijabModis selain terlibat dalam skincare mengakui pembongkaran suaminya, Rizka Khoirul Atok yang juga seorang ahli perniagaan.

Bahkan dirinya menulis di instagramnya yang dirinya kini melalui pengalaman pahit dalam perkahwinan tak mungkin akan memaafkan perbuatan suaminya itu.

Pilih Selingkuh Dengan “Lelaki” Yang Jadi Saksi Pernikahan Mereka

Ia bermula dari chat mesra suaminya bersama lelaki lain hingga mendatangkan kecurigaan kepadanya. Bila ditanya, dia menjadi mangsa keganasan rumahtangga kerana dipukul selain ditolak ke dinding hanya kerana pertanyaan tersebut.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Suami Curang Lebih Cepat Mati..”, Pilihlah Untuk Setia, Tentu Tak Berani Untuk Mendua

Mimpi Suami Curang & Allah Tunjuk Kebenaran Usai Solat Subuh, Isteri Dedah Penyanyi Main Kayu Tiga

‘Panjat Bonet Kereta, Tangkap Suami Curang.’ Tindakan Nekad, Bila Hati Wanita DiSakiti

Namun satu pendedahan dari peminatnya, membuktikan lelaki yang menjadi pasangan suaminya adalah lelaki yang menjadi saksi pernikahan mereka dan ia diakui oleh Meylisa dalam hal ini.  Bahkan akui Meylisa, dia pernah mengekori suaminya check in di hotel bersama seorang lelaki pada hari raya aiduladha yang lalu.

Jelas hal ini sangat menyedihkan baginya kerana suaminya memilih jalan songsang, hal yang susah untuk diterima oleh seorang isteri. Sumber :- Tribunnews.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros