Inspirasi DIY Meja Makan Bajet Dengan Modal RM110 Je!

Share

Inspirasi untuk menghias rumah, boleh didapati dalam pelbagai cara. Ada yang kita dapat bila pergi ke rumah orang lain, ada yang kita tengok di majalah, TV dan di laman web.

Misalnya wanita ini, Nadia Musa mendapat inspirasi untuk membuat sendiri meja makan di rumahnya. Siapa sangka, daripada meja banquet lama yang biasa saja, menjadi luar biasa dan comel! Kreatif  sungguh. http://acebook.com/nadia.cyiee?fref=search&__tn__=%2Cd%2CP-R&eid=ARC_Bfb-pJA-TmlYXFbsk700ivxRq1KUcko6tMdjrQNL5D31bjXYk3_8G6rd9bZ6tgqtQE9e4Cz4IvwB,

Bajet Tak Tinggi Pun Untuk Realisasikan Inspirasi Ini…

Menurut Nadia yang berkongsi DIY meja makan bajet ini di laman FB miliknya, dia teruja untuk berkongsi idea ini dengan orang lain juga, supaya sedikit sebanyak dapat menjadi inspirasi kepada orang lain untuk mencubanya pula. Malah dia juga mengakui, dia mendapat inspirasi daripada salah satu group deko yang dilayarinya.

Apa pun, yang PENTING: KENA RAJIN! Ada Inspirasi Je Tak Cukup!

Ada orang rela beli je daripada buat sendiri. Kata mereka lebih mudah sedangkan boleh DIY yang tentunya lebih menjimatkan. Jadi, kenapa nak belanja lebih kalau kita boleh berjimat? Hasilnya pun cukup tak mengecewakan. Dengan bajet yang sangat berpatutan pulak tu.

Waduh, memang berbaloi dengan rupa paras selepas ‘make over’ yang sungguh wow! Jom kita lihat apa bahan yang Nadia buat.

Bahan Diperlukan:

Spray putih MR DIY

Wallpaper marble Mr DIY

Meja banquet lama (sedia ada di rumah)

4 buah kerusi plastik  (RM26 sebuah, yang lebih lasak sikit)

Jumlah Belanja Hanya RM110 saja…Inspirasi Sangat!

Cara Membuat:

Mula-mula bersihkan meja banquet lama tu.

Sembur bahagian kaki kerusi yang berwarna hitam dengan spray putih yang dibeli di kedai Mr DIY.

Kemudian di bahagian permukaan atas meja, balut dengan wallpaper marble dengan kemas dan penuh hati-hati. Tadaaa! Dah siap! Mudah je kan? Bukan susah mana pun. Tapi buat kerja biarlah cermat dan teliti, barulah hasilnya cantik. Jangan ‘ikut dan’  dan asal siap je. Nanti hasil tak memuaskan hati, menyesal tak sudah pula. Betul tak?

Inspirasi Sangat!

Gandingkan dengan kerusi plastik putih dan bunga hijau sebagai penyeri meja. Comel kan? Sesuai untuk sudut makan yang tidak begitu luas.

 

 

 

 

 

 

Published by
Nurul Azwa