Insiden memalukan, bapa mertua sepak bakal menantu ketika akad nikah. Majlis akad nikah yang sepatutnya diraikan dengan penuh kesyukuran dan penuh meriah bertukar mood, bila bapa mertua berang.
Tindakan bapa mertua yang sanggup menyepak bakal menantu tentu sahaja memalukan keluarga pengantin lelaki, malah keluarga pengantin perempuan juga.
Insiden Memalukan
Sungguh memalukan, sebuah majlis akad nikah di Jakarta, Indonesia bertukar kecoh apabila pengantin lelaki disepak bakal bapa mentuanya.
Rakaman video berdurasi satu minit 41 saat itu yang dimuat naik menerusi akaun Facebook, Ansar Blur dan diulang tonton hampir 2,000 kali.
Pada mulanya, acara akad nikah itu berlangsung lancar dengan penghulu yang mengetuai majlis berkenaan yang dilaporkan berlangsung di Oimbo, Kota Bima, Nusa Tenggara Barat.
Entah apa yang membuatkan seorang bapa bertindak sedemikian.
Kejadian itu bermula ketika giliran bapa pengantin wanita membacakan istigfar dan syahadah apabila seorang lelaki tiba-tiba menyebut perkataan ‘bote’ yang membawa maksud monyet dalam bahasa Bima.
Tindakan itu mencetuskan reaksi daripada pihak keluarga pengantin lelaki dengan kedengaran suara kemarahan seorang wanita.
Ads
“Apa lagi masalahnya ini, hormatilah kami sebagai keluarganya.
“Tak elok masalah ini didengari,” katanya dalam bahasa Bima.
Ketika Majlis Akad Nikah
Ia menyebabkan bapa pengantin wanita bangun dan menyepak pengantin lelaki hingga terkena wajahnya.
Tidak cukup itu, bapa pengantin wanita sekali lagi mahu menyerang menantunya, namun berjaya dileraikan.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Kota Bima, Henry Novika Candra mengesahkan kejadian dalam video itu berlaku pada 14 Ogos lalu.
Katanya, kes berkenaan diserahkan kepada pihak Polis Rasanae Barat untuk siasatan lanjut.
“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mencari motif dan kertas siasatan dibuka di bawah Jabatan Siasatan Jenayah,” katanya dalam portal Detik.com
Mingguan Wanita : Biar apa pun yang berlaku, kedua-dua keluarga harus duduk berbincang dan mencapai kata putus sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan atau tidak majlis yang dirancang. Sememangnya restu mak, ayah amat penting dalam sebuah ikatan perkahwinan.
Virus COVID-19 menjangkiti manusia tidak mengira siapa. Siapa sangka lapan beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat COVID-19 tekad meneruskan kelangsungan hidup biarpun terpaksa melalui kesusahan.
Anak Sulung Jadi ‘Ibu Ayah’
Anak sulung, Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang kini memikul tanggungjawab sebagai ‘ibu dan bapa’ meletakkan harapan tinggi buat adiknya untuk menerima ketentuan itu dan bangkit daripada segala kedukaan yang dihadapi.
Penuntut jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Politeknik Mersing, Johor itu tetap mahukan semua adiknya meneruskan pembelajaran demi memastikan masa depan yang lebih baik buat mereka.
“Saya mahu adik ke sekolah dan berjaya dalam pelajaran. Walaupun dugaan kami besar, saya tidak mahu masa depan mereka tidak menentu dan tercicir dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Terdahulu, beliau dan tujuh adiknya dikunjungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang meluangkan masa bertanyakan khabar serta menyampaikan sumbangan dan bantuan, termasuk pendidikan dan sara hidup.
Reda Pemergian Insan Tersayang
Nazurah berkata, semua adiknya reda dengan pemergian insan tersayang biarpun rasa sedih itu masih menebal dalam diri.
“Ayah dan ibu pesan untuk jaga adik baik-baik dan walau apa pun yang terjadi, kami jangan berpisah.
“Saya akan jaga adik sebaiknya, akan ingat pesanan ayah dan ibu,” katanya yang kini tinggal bersama ibu saudaranya di rumah berkenaan.
Menceritakan pemergian bapanya, Benyajeed Bernie, 45, pada 16 Julai lalu diikuti ibu, Noraini Ibrahim, 43, dua hari selepas itu, Nazurah mengakui bapanya mempunyai sejarah penyakit iaitu pernah menghidap angin ahmar 10 tahun lalu, manakala ibunya mempunyai penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi.
“Ibu dan bapa saya belum disuntik vaksin COVID-19 ketika mereka disahkan positif virus. Ibu positif dulu dan bapa kemudian menjadi kontak rapat,” katanya memberitahu beliau dan semua adiknya turut disahkan positif dan kini sudah tamat menjalani kuarantin diri.
Dijaga Makcik
Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Nazurah berkata dia akan menetap di situ untuk menamatkan pengajiannya di Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang dan belum merancang untuk tinggal bersama neneknya di Pahang.
“Memang ada yang cakap kami akan tinggal bersama nenek selepas ini, tetapi buat masa ini belum lagi sebab mak cik mahu jaga kami di sini,” katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan, terutama Ismail Sabri, Dr Adham dan Noraini yang sudi membantu mereka dan berjanji bantuan yang disalurkan pelbagai pihak akan digunakan sebaiknya untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Selain bantuan wang tunai, bakul makanan dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), Nazurah juga ditawarkan pertukaran tempat pengajian di Mersing, Johor ke Behrang bagi membolehkan dia tinggal bersama adiknya yang lain.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat keluarga ini. Semoga anak-anak ini diberi kekuatan untuk terus cekal meneruskan kehidupan walaupun tanpa insan tersayang. Diharap pihak berwajib juga, dapat terus memberikan bantuan demi kelangsungan kehidupan anak-anak yatim piatu ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Setiap pasangan suami isteri pastinya ada cara tersendiri dalam memberi nama pada setiap kelahiran anak. Kreativiti dan keunikan nama yang boleh memberi kelainan tersendiri dalam keluarga.
Guna 4 Abjad
Sepasang suami isteri di Belgium menamakan kesemua 11 anak mereka hanya dengan menggunakan empat abjad yang diubah suai secara berbeza, lapor akhbar The Sun semalam.
Gwenny Blanckaert and Marino Vaneeno hanya menggunakan abjad a, e, l dan x dalam kesemua nama anak-anak mereka yang terdiri daripada tujuh perempuan dan empat lelaki.
Anak sulung mereka yang berusia 13 tahun bernama Alex, dan diikuti dengan Axel, 12; Xela, 11; Lexa, 10; Xael, 9; Xeal, 8; Exla, 5; Leax, 4; Xale, 2; Elax, 1 dan Alxe, enam bulan.
Sasarkan 12 Anak
Mereka juga dijangka menimang cahaya mata yang ke-12 pada April tahun depan.
“Kami menamakan anak sulung sebagai Alex bersempena dengan nama bapa tiri Vaneeno kerana berasakan ia adalah nama yang indah.
“Anak kedua kami kemudiannya dinamakan Axel sebelum kami mula ‘bermain’ dengan empat abjad tersebut untuk menamakan anak-anak yang lain,” kata Blanckaert.
Tambahnya, selepas melahirkan anak ke-12 pada tahun depan, dia dan suaminya berhasrat untuk tidak lagi mempunyai anak yang lain.
“Sejak awal lagi kami telah menetapkan sasaran untuk memiliki 12 orang anak. Apabila kami duduk di sekeliling meja bersama 12 orang anak, ia bererti keluarga ini telah lengkap,” ujar Blanckaert.
Marilah hulurkan derma takat mana yang mampu kepada keluarga ini, apa yang kita tengok tak seberat rasa luluh yang si ibu tanggung. Bukan sahaja terpaksa sabar melihat derita si kecil, malah berusaha mencari rezeki untuk tanggung kos perubatan.
Apa yang dipaparkan adalah realiti yang dikongsi oleh Puan Husna Mat Jusoh untuk mengurangkan beban keluarga ini, bagi yang sudi menyumbang boleh semak akaun bank untuk teruskan niat hulurkan derma.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.
Di sini saya sebagai wakil bagi pihak ibu Fatin Aisya Shahrin serta ibu saudara Raisya Zaif kepada baby Nur Qaireen Nayla binti Syafiq Rizal.
Lahir pada 5 Sept 2017 yg lalu di Hospital Sultan Ahmad Shah, HoShas Temerloh Pahang dan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh utk rawatan dan pembedahan.
Sehingga kini baby Nayla masih belum berkesempatan melihat dunia luar akibat masalah yang dihadapi. Baby Nayla masih ditempatkan di NICU Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Penghidap Penyakit Spina Bifida
Untuk pengetahuan, baby Nayla mengalami penyakit Spina Bifida dan Hydrocephalus dan telah menjalani pembedahan sebanyak 3 kali di bahagian belakang serta kepala.
Bantuan dana derma untuk menanggung kos perubatan, pembedahan serta sara hidup diperlukan kini. tuan-tuan, puan-puan yang budiman boleh membuat bayaran ke acc berikut.
Akuan Bank CIMB:
Fatin Nur Aisya Shahrin 7607159182 CIMB Bank 01126919729
Hulurkan tangan ringankan beban.
Feel free to share.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...