Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 32, tidak sabar menimang cahaya mata bersama suaminya, Syamsul Yusof, 33 tahun. Bulan April 2017 adalah bulan yang amat ditunggu-tunggu kerana bayi pertama mereka bakal dilahirkan pada bulan tersebut.

Ibu yang tidak sabar menerima kehadiran bayi pertama memang jelas nyata di wajah Puteri Sarah Liyana sepanjang perbualan ini. Kegembiraannya turut dikongsi bersama dengan ibu mentuanya Datin Fatimah Ismail.

INILAH CARA MUDAH NAK ‘JERAT’ HATI IBU MENTUA

Berbalik kepada perhubungan antara Puteri Sarah Liyana dan ibu mentuanya, Datin Fatimah. Bagaimanakah hubungan antara menantu dan mentua ini?

“Sebelum kahwin Sarah akui diri ini memang takut dengan Datin. Siapalah kita jika dibandingkan dengan keluarga ternama ini. Selepas itu, masa mereka datang merisik, Sarah berbual dengan Datin. Daripada perbualan tersebut Sarah dapati Datin seorang yang bai

 

Inilah Rahsia Sebenar Macam Mana Puteri Sarah Boleh Duduk Sebumbung Dengan Mentua, Cuba Tiru!

 

“Selepas itu Sarah selalu berurusan dengan Datin berkaitan dengan persediaan perkahwinan Sarah dan Syamsul. Sewaktu itu Sarah bekerja di butik di Taman Melawati. Sarah tidak sangka Datin memberikan layanan yang amat baik. Kadang-kadang dia akan menghantar makanan kepada Sarah. Sarah rasa amat terharu. Segan pun ada.

IKLAN

“Kemudian selepas berkahwin dengan Sarah, seminggu Syamsul duduk di rumah keluarga Sarah. Selepas itu Sarah berpindah untuk tinggal bersama Syamsul di rumah keluarganya. Datin memang layan baik.

“Alhamdulillah Sarah tidak seperti orang lain yang takut-takut dan bermasalah dengan ibu mentua. Memang Datuk dan Datin sangat baik. Alhamdulillah Sarah mendapat mentua yang baik.”

Berkaitan dengan menyesuaikan diri dalam keluarga ternama ini, Sarah mengakui pada mulanya dia agak segan dalam menyesuaikan diri. Tetapi selepas tinggal bersama barulah dia dapat menyesuaikan diri. Segan perlu ditolak tepi.

 

Inilah Rahsia Sebenar Macam Mana Puteri Sarah Boleh Duduk Sebumbung Dengan Mentua, Cuba Tiru!

IKLAN

 

“Tinggal bersama mentua, Sarah banyak belajar perkara baru mengenai suami. Datin banyak ajar makanan kegemaran Syamsul. Dia suka makanan eksotik seperti otak lembu.

RESEPI TINGGAL SEBUMBUNG DENGAN MENTUA

Walaupun semua anak-anak Datuk Yusof tinggal bersama di banglo miliknya, duduk bersama dalam satu rumah tidak menghalang kebebasan kami untuk melakukan perkara yang biasa dilakukan setiap hari. Lagipun rumah ini besar. Kami ada tingkat masing-masing. Cuma bila hendak makan, kami perlu makan di ruang makan sama.”

 

IKLAN

Inilah Rahsia Sebenar Macam Mana Puteri Sarah Boleh Duduk Sebumbung Dengan Mentua, Cuba Tiru!

 

KELUARGA MENTUA JADI IDOLA

Melihatkan hubungan pasangan terkenal di Malaysia ini, Puteri Sarah mengakui dia banyak belajar daripada mereka.

“Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah memang pasangan yang saling cinta-menyintai. Malah Datuk dan Datin selalu tegaskan pada Syamsul agar sayangkan isteri. Sarah banyak belajar mengenai kasih sayang dan hubungan suami-isteri.

“Kami keluarga seni. Datuk dan Datin selalu berpesan pada Sarah agar sabar dan faham dengan kerjaya Syamsul. Nasib baik Sarah dalam bidang yang sama dan faham dengan apa yang Syamsul lakukan. Bagi Sarah, sikap saling mempercayai itu amat penting.”

SOAL BISNES TETAP JALAN

Apabila ditanya mengenai bisnes butiknya, Puteri Sarah menjelaskan bahawa dia mungkin akan lebih fokus dalam membesarkan anak selepas melahirkan bayinya ini.

“Sarah tidak mahu kelam-kabut. Tetapi bisnes tetap diteruskan. Cuma Sarah akan tukarkan bisnes ini kepada berjual di dalam laman web. Buat masa sekarang, Shara Islamic Fashion House masih ada lagi di Bangsar. Setelah kontrak sewa kedai ini tamat, mungkin Sarah akan cari kedai kecil untuk meneruskan bisnes ini.”

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI